Kredit foto: Instagram.com/theaqasha

Aqasha atau nama penuhnya, Firdee Akassya bin Rosli dilahirkan pada 6 Oktober 1982 di Shah Alam, Selangor. Kini berusia 35 tahun, dia merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang bergiat aktif dari tahun 2000 sehingga kini.

Antara filem lakonan Aqasha adalah Embun (2002), Gangster (2005), GK3 The Movie (2005), Remp-it (2006), Man Laksa (2006), Bilut (2006), V3 Samseng Jalanan (2010), Bangunan (2015), Gangsterock Kasi Sengat (2015) dan Cinta Koko Coklat (2017).

Aqasha mempunyai 3 album berjudul Cahaya Hati (2000), Impian (2002) dan Qashanova (2011). Dia juga mempunyai dua single iaitu Cahaya Hati dan Embun.

Dia juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim keempat (GV4), namun tersingkir pada peringkat suku akhir.

Aqasha berkahwin dengan pasangannya, Noor Baizura Mohd. Sabri pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Alehandra Ahmad (7 tahun) dan Alaena Ayesha (6 tahun).

Jom layan beberapa gambar mereka berdua.

Sumber berita: Wikipedia Aqasha

Kredit foto: Instagram.com/theaqasha & Instagram.com/baizura5




Hakcipta iluminasi.com (2017)