Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita selalu terbaca berita tentang penindasan dan ketidakadilan terhadap umat Islam di seluruh dunia.

Ini semua berpunca daripada segelintir manusia ekstrim tidak bertanggungjawab yang telah merosakkan tanggapan masyarakat seluruh dunia terhadap agama yang sepatutnya bertoleransi dan sangat indah ini. Inilah yang dikatakan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, dalam kekecohan yang melanda dunia, masih wujud pihak yang menerima Islam seadanya. Kami kongsikan 5 detik indah di mana manusia berlainan agama bertembung dalam suasana harmoni:

#1 Koir pelajar Muslim menyanyikan karol Krismas

Video ini menunjukkan lebih kurang 40 pelajar perempuan yang lengkap dengan hijab menyanyikan "Silent Night" yang ditukar ke dalam bahasa Arab kepada saudara-saudara Kristian di sebuah gereja di Beirut, Lebanon.

yayasan imam sadr lebanon menyanyi di gereja

Pelajar-pelajar itu merupakan ahli kumpulan koir dari Yayasan Imam Sadr yang mempersembahkan nyanyian itu semasa Festival Nyanyian Beirut yang diadakan di seluruh bandar. Festival yang dianjurkan itu bertujuan untuk meraikan perbezaan dan kewujudan bersama komuniti di Lebanon.

Nyanyian pelajar Yayasan Imam Sadr itu mengiringi penyanyi terkenal Lebanon, Abeer Nehme.

Terdapat pendapat berbeza-beza mengikut mazhab mengenai umat Islam yang berkunjung ke gereja. Ada haram, makruh dan harus. Tetapi menurut Fatwa Lajnah Daimah Lil Ifta' Arab Saudi, umat Islam tidak dibenarkan memasuki gereja hanya untuk menunjukkan sikap toleransi.

Sebaliknya, jika ia merupakan peluang untuk kita berdakwah (selagi mana kita tidak mengambil bahagian dalam upacara keagamaan mereka dan tidak mudah terpengaruh) ia dibenarkan. 

Mana tahu, lepas dengar pelajar-pelajar ini menyanyi dalam bahasa Arab, ramai yang tertarik dengan Islam?

#2 Pertubuhan Hak Asasi Yahudi menyokong umat Islam

Semasa kempen pilihan raya presiden Amerika, Donald Trump telah berjanji untuk mewujudkan satu sistem pendaftaran khusus untuk mengesan pergerakan setiap orang Islam di negara itu. Ramai penyokong Trump berterusan memuji tindakannya dan menuntut agar inisiatif itu dijalankan.

warga amerika membantah propaganda trump

Walau bagaimanapun, Jonathan Greenblatt, ketua pengarah Anti-Defamation League (ADL) yang merupakan seorang penganut agama Yahudi tegar berjanji untuk turut sama mendaftar sebagai Muslim sebagai tanda solidariti warga Amerika dan protes terhadap propaganda Trump.

jonathan greenblatt tweet solidariti muslim 82

Selain Jonathan yang mewakili organisasi itu, ramai lagi warga Amerika yang bersama menyokong umat Islam di sana. Sifat keakraban dan belas ihsan seperti inilah yang dialu-alukan walaupun berlainan pegangan agama.

madeleine albright tweet solidariti muslim 344

#3 Keprihatinan gereja Kanada terhadap pelarian Syria

Lebih tiga dekad yang lalu, Bayan Khatib dan keluarganya diselamatkan oleh sebuah gereja di Toronto dengan penajaan tempat tinggal dan keperluan asas semasa mula-mula tiba di Kanada.

bayan khatib

Kini, Bayan Khatib yang mewakili Persatuan Muslim Kanada menyatukan masjid dan kesatuan gereja di Toronto untuk bersama-sama membantu sebuah keluarga Syria di sana. Kedua-dua organisasi ini mewujudkan kempen fundraising untuk memastikan keluarga empat beranak itu mampu bertahan sepanjang tahun pertama di Kanada.

keluarga tarek syria yang diselamatkan

Menurut Bayan Khatib, kumpulan itu juga sedang berbincang dengan pihak Yahudi untuk mewujudkan satu lagi usahasama untuk membantu keluarga Syria yang lain.

#4 Restoran Muslim beri makanan percuma kepada gelandangan semasa perayaan Krismas

Cuti perayaan seperti Hari Raya dan Krismas bermakna anda dapat meluangkan masa bersama keluarga dan orang tersayang. Namun tidak semua orang bertuah memiliki rumah dan ahli keluarga untuk dikunjungi.

muslim christmas restoran gelandangan london

Seorang pemilik restoran yang beragama Islam di London membuka pintu restorannya kepada semua orang yang tidak mempunyai arah tuju semasa hari Krismas. Setiap gelandangan dan warga emas yang berkunjung akan diberikan hidangan tiga sajian secara percuma.

sajian krismas untuk gelandangan

Perbuatan murni dan ikhlas seperti ini mampu mengurangkan insiden Islamophobia rentetan kisah "Brexit" di United Kingdom dan pengeboman yang banyak terjadi di sana.

warga emas yang kesunyian juga boleh bertandang untuk makan percuma

#5 Program Interfaith Reach Out

Pada awal Mei 2017, seramai 10 orang alumni Youth Exchange and Study (YES) yang datang dari 9 buah negara berbeza dan mempunyai pegangan agama berlainan telah berkumpul di Washington D.C. untuk mengikuti program antara agama yang dianjurkan oleh America-Middle East Educational & Training Services (AMIDEAST).

interfaith projek antara agama yesprogram

Selama tiga hari, kesemua peserta akan berkongsi idea, menjalankan pelbagai aktiviti dan duduk semeja bersama pemimpin-pemimpin agama dari komuniti setempat untuk bertanyakan kemusykilan.

Mereka kemudian pulang ke negara masing-masing dengan harapan menjadikan dunia ini sebuah tempat untuk hidup secara aman dan harmoni walaupun berbilang bangsa dan agama.

ihw madrasssa bounaania group 2

Walaupun kita dapat lihat banyak cerita yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman sehingga membuatkan kita berang, kita juga menyaksikan banyak usaha dilakukan untuk merapatkan jurang antara manusia.

Kita marah apabila orang lain melabelkan Islam sebagai pengganas, tapi ia sebenarnya merupakan perhubungan dua hala. Sekiranya kita berterusan menanamkan sifat bencikan orang lain dalam jiwa anak-anak, bayangkanlah apa yang bakal terjadi 20 atau 30 tahun yang akan datang.

pertembungan agama yang harmoni dan toleransi 992

Kita sebenarnya tidak perlu pun bertoleransi terhadap agama-agama lain, tapi kita masih perlu menghormati sesama manusia. Apa kata kita gunakan semua peluang yang ada untuk menunjukkan kepada mereka bahawa Islam itu agama yang syumul dan paling indah.

Anggaplah ia sebagai dakwah kepada orang bukan Islam, mudah-mudahan mereka lebih berminat untuk mendekati Islam selepas kita menunjukkan sikap toleransi sesama manusia. Kan lebih baik begitu?




Hakcipta iluminasi.com (2017)