kim jong un barangan yang di eksport oleh korea utara

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi tertutup, tidak ramai yang tahu apakah sumber utama ekonomi Korea Utara. Malah, sekatan ekonomi yang dikenakan oleh beberapa buah negara terhadap Korea Utara menyukarkan lagi ekonomi mereka. 

Daripada segi pecahan pula, dianggarkan 34.4% pendapatan Korea Utara datang daripada perlombongan dan industri berat, 31.3% servis dan perkhidmatan, 21.8% perikanan dan pertanian, 8.2% pembinaan dan lain-lain lagi. Kali ini, kami ingin berkongsi 5 barangan yang dieksport oleh Korea Utara ke luar negara sama ada secara sah atau melalui pasaran gelap.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Arang batu

pekerja perlombongan arang batu

China merupakan negara yang menggunakan arang batu paling banyak di dunia (walaupun kini sudah semakin berkurang). Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa Korea Utara merupakan negara yang mengeksport arang batu terbanyak ke negara China? Dianggarkan 25% daripada arang batu yang dieksport oleh China datangnya daripada Korea Utara.

Di kebanyakan negara, industri perlombongan arang batu dikenakan peraturan yang ketat dan memerlukan penggunaan jentera yang mahal, seterusnya meningkatkan kos. Walau bagaimanapun, di Korea Utara proses perlombongan majoritinya masih menggunakan tenaga kerja manusia dan kerana kos tenaga buruh yang murah, maka Korea Utara berupaya mengeksport arang batu dalam jumlah yang banyak ke luar negara.

2. Peluru berpandu

peluru berpandu 381

Korea Utara merupakan sebuah negara ketenteraan. Maka, tidak hairanlah mereka menghasilkan senjata dalam jumlah yang besar dan mampu untuk mengeksportnya ke luar negara. Penjualan peluru berpandu bukan sahaja memberikan Korea Utara berjuta-juta ringgit setiap tahun, malah ianya membolehkannya untuk terus menghasilkan peluru berpandu untuk kegunaan domestik.

Antara negara yang dikatakan mengimport peluru berpandu daripada Korea Utara adalah Iran. Kerana undang-undang antarabangsa yang ketat, penjualan peluru berpandu ke luar negara ini biasanya dilakukan melalui pasaran gelap.

3. Makanan

makanan korea utara

Di beberapa buah negara, Korea Utara turut membuka restoran yang menghidangkan makanan asli Korea Utara sambil dihiburkan dengan persembahan tradisional Korea Utara. Tujuan restoran ini dibuka bukan sahaja bagi menjana pendapatan bagi kerajaan, malah pendapatannya digunakan untuk menanggung kos operasi pihak kedutaan Korea Utara di sesebuah negara tersebut.

Pekerja yang bekerja disini termasuk chef dan pelayan sentiasa dikawal ketat dan diperhatikan agar mereka tidak melarikan diri. Malah, keluarga mereka di Korea Utara akan diugut bunuh sekiranya mereka cuba melarikan diri.  Sejak 1990-an, restoran-restoran ini telah dibuka dengan nama "Pyongyang Restaurant". Terdapat sebuah restoran di Malaysia yang bernama Pyongyang Restaurant namun kami tidak dapat memastikan ianya adalah restoran milik kerajaan Korea Utara atau hanyalah sekadar kebetulan namanya sama.

4. Tekstil

industri tekstil

Kebanyakan baju yang dihasilkan kini diimport daripada negara seperti China, Vietnam dan Kemboja kerana kos buruhnya yang murah. Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa Korea Utara juga menjana pendapatan lumayan setiap tahun hasil daripada eksport tekstil ke luar negara?

Walau bagaimanapun, mungkin kerana sensitiviti atau sekatan ekonomi, produk kain dan pakaian daripada Korea Utara biasanya menggunakan label "Made in China" yang bermaksud "Dihasilkan di China". Industri tekstil bukanlah baru di Korea Utara kerana pada tahun 1970-an lagi syarikat daripada Belanda sudah mengimport pakaian dari Korea Utara.

Industri tekstil di Korea Utara kebanyakannya tertumpu di daerah Dandong yang terletak di sempadan Korea Utara - China. Antara faktor pengeksportan tekstil ini adalah kerana gaji tenaga buruh yang rendah di Korea Utara, menjadikan kos penghasilan pakaian dikatakan 30% lebih murah daripada dihasilkan di China.

5. Tenaga buruh

pekerja buruh kasar 657

Kos tenaga buruh yang rendah membolehkan Korea Utara mengeksport arang batu dan tekstil ke luar negara. Walau bagaimanapun, tahukah anda Korea Utara juga mengeksport tenaga buruh ke luar negara? Kerana jumlah rakyat yang ramai, maka ada yang dihantar ke luar negara seperti China dan Korea untuk bekerja dalam industri berat seperti pembinaan.

Bagaimanakah kerajaan Korea Utara membuat duit dengan cara ini? Pekerja yang dihantar bekerja di luar negara hanya dibenarkan menyimpan 10% daripada gaji yang diterima manakala duit gaji selebihnya mestilah dihantar pulang kepada kerajaan. Bagi memastikan setiap pekerja tidak ingkar, maka ahli keluarga mereka di Korea Utara akan dijadikan tebusan. Cara ini didakwa membolehkan Korea Utara menjana pendapatan sebanyak RM 8.5 bilion setiap tahun.

Kredit:

  1. BBC
  2. WikiPedia
  3. US News
  4. Quartz
  5. NY Times
  6. The Korea Times



Hakcipta iluminasi.com (2017)