Oleh pada 09 Jan 2018 kategori

kedai rm5 menjadi pilihan rakyat malaysia

Saban hari kedai RM5 menjadi trend di Malaysia. Banyak lambakan kedai-kedai ini tumbuh bak cendawan lepas hujan. Ia tak lain tak bukan disebabkan sambutan orang ramai terhadap kedai yang dianggap sebagai berbaloi untuk berbelanja.

Tak dinafikan, memang banyak barangan di kedai RM5 yang berbaloi untuk dibeli. Namun, perasankah anda bahawa terdapat beberapa barangan yang dijual di kedai ini boleh didapati dengan harga yang lebih murah dari RM5?

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi 5 antara barangan yang tak berbaloi dibeli di kedai RM5.

1. Alat solek

barangan solek murah berisiko

Terdapat banyak kedai RM5 yang menjual alat solek. Bagi yang ingin berjimat, pasti anda akan mencari barang yang lebih murah, termasuklah alat solek. Ada juga yang berpendapat bahawa alat solek yang mahal adalah disebabkan syarikat pengeluarnya mahu mengambil keuntungan berlipat ganda.

Pendapat ini tak semestinya benar, kerana pengeluar alat solek yang sah terpaksa mengikut peraturan syarat-syarat keselamatan dalam menghasilkan produk mereka. Mereka juga harus menggunakan bahan kimia yang diluluskan sahaja dan semua ini melibatkan kos pengeluaran.

Jadi, terdapat kemungkinan besar alat solek yang murah tidak mematuhi peraturan pengeluaran, yang mana berbahaya kepada pengguna. Sanggupkah anda jimat wang tapi wajah berisiko?

2. Kertas pembalut

kertas balut hadiah boleh didapati dengan harga rm1

Kadang-kadang apabila anda panik kerana kesuntukan masa mencari hadiah di saat-saat terakhir, anda cenderung untuk membeli kertas pembalut di kedai ini. Nampak memang cantik dan menarik. Tapi apabila anda ingin membayar, harganya RM5 dan jika anda tak perasan, pasti anda akan terus bayar.

RM5 bagi kertas balutan adalah tersangat mahal, yang mana anda boleh dapatkannya dengan harga RM1 ke RM2 di kedai-kedai buku.

3. Peralatan dapur plastik

barangan dapur plastik

Sekali tengok anda boleh tahu kualiti senduk ini. Ia sangat mudah patah dan terbakar. Adakah anda rasa anda boleh gunakan senduk ini dengan selamat jika masak dengan api yang kuat?

Walaupun kita tak tahu sama ada ia berkualiti atau tidak, namun anda masih berhadapan dengan 2 risiko, iaitu senduk plastik ini cair ke dalam makanan anda, atau retak / terbakar terkena api.

Dalam hal ini, anda mungkin harus memikirkan keselematan terlebih dahulu, daripada wang ringgit.

4. Aksesori rambut

aksesori rambut

Memang tak dapat dinafikan terdapat banyak aksesori wanita dijual di kedai RM5 termasuk aksesori rambut. Aksesori ini seperti getah, penyepit, klip dan cekak rambut dijual dengan harga RM5.

Tanpa memikirkan alternatif lain dan tak mahu susah payah ke kedai lain, anda cenderung untuk membeli aksesori ini di kedai RM5. Dah alang-alang kan? Tapi jika difikirkan sejenak, anda boleh dapatkan barangan ini dengan harga yang jauh lebih murah dari RM5.

5. Pengetip kuku

pengetip kuku

Harga RM5 bagi pengetip kuku adalah sangat mahal, namun ia tetap dijual di kedai RM5. Namun, teknik pemasaran kedai-kedai ini berjaya memperdaya pelanggan dengan menjual pelbagai jenis pengetip kuku yang berwarna dan bercorak. Malah ada yang diletakkan berlian plastik.

Jika anda ke kedai runcit biasa, harga pengetip kuku adalah sekitar RM1 hingga Rm2 sahaja.




Hakcipta iluminasi.com (2017)