Pernahkah anda bayangkan doktor anda mengesyorkan untuk mengambil kokain sekiranya sakit tekak? Bagaimana pula dengan heroin untuk menyembuhkan batuk anda? Sekiranya anda hidup pada awal tahun 1900-an, itulah rawatan mujarab yang disyorkan oleh para doktor.

Ubat-ubatan tertentu yang mengandungi dadah yang kita anggap haram, salah di sisi undang-undang dan berbahaya hari ini, pernah digunakan sebagai bahan penyembuhan yang mujarab dalam rawatan untuk penyakit umum suatu masa dahulu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Setelah bertahun-tahun lamanya, dadah-dadah ini telah dikaji semula dan dikeluarkan daripada senarai ubatan doktor dan juga farmasi walaupun tidak semua, hanya untuk tujuan yang benar-benar memerlukannya sahaja. Kami ingin kongsikan beberapa daripada bahan terlarang yang suatu masa dahulu dianggap ubat mujarab ini.

1. Kokain

ubat sakit tekak

Pada akhir tahan 1800-an dan awal 1900-an, kokain tidak dianggap berbahaya seperti sekarang. Malah, Sigmund Freud yang merupakan seorang penulis telah menerbitkan artikel bertajuk "Uber Coca" yang menceritakan kesan positif dalam penggunaan kokain.

Dia telah menggariskan bagaimana ia digunakan untuk menyembuhkan sakit gigi, sakit tekak dan juga dapat meningkatkan stamina. Freud juga berhujah bahawa daun koka yang digunakan untuk menghasilkan kokain, boleh digunakan dengan berkesan untuk merawat ketagihan morfin dan alkohol. Malah ada yang menggunakan kokain untuk rawatan rambut dan kulit kepala.

kokain sebagai ubat rambut

Satu lagi kejutan tambahan ialah sebelum tahun 1903, daun koka merupakan salah satu ramuan utama dalam minuman ringan Coca-Cola. Namun, disebabkan peningkatan kematian akibat kokain, syarikat pengeluar minuman itu terpaksa mencari alternatif lain yang kurang membahayakan.

2. Heroin

heroin sebagai ubat

Sebelum tahun 1920-an, orang ramai percaya bahawa heroin adalah ubat yang mujarab. Ia telah ditakrifkan oleh ramai pakar perubatan sebagai ubat penahan batuk, penahan sakit dan sumber bagi mengurangkan kesakitan kronik termasuk mereka yang mempunyai tumor.

Syarikat farmaseutikal gergasi Bayer yang menghasilkan ubat aspirin untuk bayi dan Alka Seltzer, sebenarnya telah memasarkan heroin untuk digunakan kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit tuberkulosis atau batuk kering sebagai ubat penahan sakit dan batuk yang dialami penghidap.

iklan ubat bayer

Sebelum penggunaan heroin diharamkan pada tahun 1920, ia juga selalu digunakan oleh sebahagian pakar anestetik semasa pembedahan menggantikan bahan anestetik sedia ada. Kini, heroin dianggap sebagai salah satu dadah yang paling berbahaya di dunia.

Kini, sesetengah doktor dan farmaseutikal telah mencadangkan kembali penggunaan heroin dan berharap ia dipertimbangkan sebagai salah satu ubat yang selamat digunakan oleh pesakit kanser.

3. Ekstasi (MDMA)

ekstasi

Dadah rekriasi yang popular ini biasanya dikenali sebagai ekstasi atau molly dan pada asalnya diciptakan sebagai pil kurus. Ia tidaklah begitu pelik memandangkan kesan sampingannya termasuk muntah berlebihan atau cirit-birit.

Pencipta asal dadah ini adalah sebuah syarikat farmaseutikal dari Jerman iaitu Merck. Mereka akhirnya berhenti menghasilkannya tetapi ubat ini terus dikaji oleh syarikat lain.

alexander shulgin

Alexander Shulgin

Alexander Shulgin, seorang ahli kimia dari Dow Chemical Company telah menumpukan masa untuk meneliti kualiti terapeutiknya dan dilaporkan sebagai manusia pertama yang menggunakan ekstasi seperti yang ada sekarang.

Dia yang juga dikenali sebagai "Bapa Ekstasi" telah mengedarkan MDMA tulen kepada isteri dan rakan-rakannya serta merekodkan hasil daripada menggunakannya. Dia juga berhujah bahawa ubat itu boleh digunakan oleh warga emas yang mempunyai PSTD. Kini, idea penggunaan ekstasi telah diperdebatkan semula.

4. Tembakau

iklan lucky strike

Dengan semua iklan di akhbar dan televisyen tentang kesan negatif rokok, ianya sukar dibayangkan bahawa suatu masa dahulu rokok pernah diluluskan oleh doktor sebagai penawar.

Sesetengah doktor telah mengesyorkan rokok adalah penawar bagi penyakit umum seperti sakit tekak. Ikla dari syarikat tembakau terkemuka seperti Lucky Strike malah sering mendakwa rokok dan tembakau boleh digunakan untuk melegakan kerongkong daripada kegatalan dan batuk.

iklan rokok camel

Rokok dan tembakau sering disyorkan sebagai ubat kerana ia merupakan satu taktik pemasaran yang berjaya sehinggalah pada akhir tahun 1960-an. Selepas itu pada tahun 1964, Surgeon General telah mengeluarkan laporan terperinci tentang kesan sampingan negatif merokok. 

5. Cendawan Psikedelik

cendawan magik

Kita tahu bahawa cendawan psikedelik atau cendawan magik ini adalah bahan yang digunakan untuk berasa khayal seperti yang banyak dimakan oleh hippies satu masa dahulu.

Namun, sebelum zaman hippies lagi, psilosibin (bahan aktif dalam cendawan ini) sebenarnya telah diteliti sebagai rawatan untuk pelbagai penyakit psikologi serta medium untuk mencapai tahap pemahaman mental yang lebih tinggi.

penulisan aldous huxley visionary experience

Seorang penulis terkenal iaitu Aldous Huxley bahkan telah menggunakan cendawan magik ini untuk merasai "pengalaman berwawasan" dan menulis bahawa menjadi khayal dengan cendawan ini adalah cara terbaik untuk merasai dunia.

Semasa Perang Dunia Kedua pula, bahan psilosibin ini telah dikaji dan digunakan sebagai bahan untuk bercakap benar dalam menjalankan soal siasat terhadap tawanan. Ia juga dijadikan alternatif lain untuk bahan sintetik bagi meningkatkan adrenalin.




Hakcipta iluminasi.com (2017)