Jika ada satu dadah yang telah mendapat reputasi yang terkenal, ia sudah tentu heroin.

Heroin telah menjadi masalah utama di seluruh dunia dan menikmati infrastruktur perdagangan yang luas dari pasaran gelap dan peniaga jalanan terus mengekalkan kewujudannya.

Dalam dekad yang lalu, dadah yang dihasilkan dengan tujuan untuk menggantikan dadah heroin atau seperti heroin telah secara tidak sengaja meningkatkan penjualan heroin secara tak sengaja.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ia menjadikan heroin boleh didapati dengan murah dan boleh didapati dengan mudah apabila penagih memerlukannya, terutama di Amerika Syarikat, yang membebankan penagih di seluruh dunia.

Tetapi bagaimana dengan sejarahnya? Bagaimana ia boleh dicipta dan tersebar ke seluruh dunia? Bagaimana heroin menjadi dadah yang dianggap oleh semua orang sebagai dadah paling teruk?

8. Daripada candu kepada heroin

dari candu kepada heroin

Heroin (juga dikenali sebagai diamorphine) disintesis dari morfin, alkaloid opioid yang kuat yang berasal dari tumbuhan popi.

Morfin adalah dadah yang sangat ketagihan, dan heroin sebenarnya disintesis dalam usaha untuk mencipta morfin versi yang kurang menyebabkan ketagihan, yang mula dijual pada akhir abad ke-19.

Heroin dipercayai secara meluas sebagai kurang ketagihan berbanding morfin dan diedarkan secara santai di kedai-kedai tempatan.

Dan dengan pantas, ia mula mengambil menunjukkan kehebatannya dan orang menjadi ketagih, dengan kelas yang paling terjejas adalah wanita pertengahan umur, terutama wanita berkahwin. 

7. Penciptaan heroin

penciptaan heroin

Heroin mula-mula disintesis oleh ahli kimia bernama C.R. Alder Wright pada tahun 1874. Pada mulanya, tak ramai yang begitu mengendahkannya.

Alder mungkin sedang mencari sebatian tambahan yang boleh diperoleh daripada morfin, namun tidak membuahkan hasil.

Tetapi 23 tahun kemudian, pada tahun 1897, ia disintesiskan semula oleh Felix Hoffman, yang bekerja untuk syarikat farmaseutikal Bayer pada masa itu.

Semua ini berlaku secara tidak sengaja. Hoffman sedang berusaha untuk mensintesiskan codeine (dadah yang kurang ketagihan, kurang kuat) daripada morfin tetapi akhirnya berjaya mensintesis dadah lain, iaitu heroin.

Heroin bukanlah dadah yang lemah seperti yang diharapkan pada codeine, tetapi 50% hingga 100% lebih kuat.

Ini jelas akan menjadi satu kejayaan besar, walaupun ia datang dengan beberapa kesan sampingan ketagihan yang tragis. Usaha untuk menjual heroin kepada orang ramai hanyalah satu permulaan.

6. Penjualan besar-besaran

penjualan heroin besar besaran

Dengan heroin disintesis dan kekuatannya direalisasikan, Bayer berasa cemas untuk menjual dadah baru ini kepada orang ramai secara besar-besaran.

Tetapi nama "diamorphine" tidak kedengaran begitu tertarik kepada orang ramai, jadi mereka mencari ciri-ciri yang akan diberikan oleh dadah itu kepada penggunanya. 

Dengan itu, mereka memilih nama Jerman, iaitu Heroin.

Nama itu berasal dari perkataan Jerman iaitu heroisch, yang bermaksud "sungguh berani ". Sebenarnya, Bayer pernah menjual dadah sebelum ini di bawah nama Heroin.

Pada masa itu, morfin adalah bahan yang sangat ketagihan yang masyarakat cuba untuk memulihkan diri mereka, janji yang dibawa oleh heroin sebagai jalan keluar daripada morfin.

Oleh itu, heroin diperkenalkan sebagai alternatif yang lebih baik kepada morfin. Heroin dimasukkan ke semua produk dari ubat batuk sehinggalah ke ubat penahan sakit, serta dipasarkan secara terus kepada kanak-kanak.

5. Tahun 1930-an

heroin 1930

Tibanya tahun 1930-an, heroin adalah haram di Amerika Syarikat, dan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia mula melihat ancaman sosial yang menonjol yang ditimbulkan oleh dadah ini.

Akan tetapi, sudah ramai yang mengalami ketagih heroin, yang bermaksud mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya dan melepaskan daripada ketagihan.

Di Amerika Syarikat, ini membuka pintu untuk kumpulan jenayah terancang yang besar, yang bersedia dan sanggup mengambil alih perniagaan mana terpaksa ditinggilkan oleh syarikat farmaseutikal dan kedai ubat.

Di Amerika Syarikat, Mafia menguasai pasaran dadah, kekosongan yang ditinggalkan oleh penarikan diri secara mengejut oleh syarikat farmaseutikal, dan populariti heroin hanya terus meningkat dengan jenayahnya.

4. Penyeludupan dadah

penyeludupan heroin

Mafia dan jenayah terancang lain menjamin bahawa perdagangan dadah antara Amerika Syarikat dan Eropah adalah mantap dan sentiasa mengalir.

Di sebalik pasaran perdagangan yang berkembang di Eropah dan Amerika Syarikat yang mana tidak dapat dipertahankan oleh penguatkuasaan undang-undang semata-mata, tahun 1960-an membawa era baru pengedar dadah, di mana ia dilakukan secara global.

Laos, Kemboja, Vietnam dan negara Asia Tenggara yang lain mula terlibat dalam jenayah ini apabila Amerika Syarikat dan Perancis membiayai senjata kepada pelbagai kumpulan dalam negara-negara ini dalam usaha untuk mengalahkan pemberontakan Komunis.

Di Amerika, heroin digunakan terutamanya oleh orang-orang buangan sosial, penjenayah dewasa yang tidak pernah berasakan diri mereka termasuk dalam masyarakat dan sentiasa miskin, sementara suri rumah dan bapa pinggir kota masing-masing menikmati amfetamin dan alkohol.

Ini semua berubah dengan Perang Vietnam, apabila tentera Amerika dihantar ke barisan hadapan untuk melawan ancaman komunis yang dianggap sebagai bukan konflik mereka sendiri.

Ironinya adalah bahawa Asia Tenggara adalah kawasan yang matang untuk menanam popi, dan dengan alat baru yang diberikan oleh Amerika dan Perancis, Asia Tenggara menerima perdagangan dadah lalu membekalkan pasukan Amerika dengan heroin untuk menenangkan diri mereka.

3. Vietnam

perang vietnam 243

Ketika perang sedang berlangsung, ketagihan golongan muda terhadap heroin semakin meningkat ketika mana golongan ini dihantar ke Vietnam untuk berperang dan kembali dengan parut yang berkekalan.

Mereka ini beralih kepada heroin, dadah yang diterajui oleh jenayah terancang di Amerika, untuk mengurangkan kesakitan yang dirasai dan mententeramkan mimpi buruk mereka.

Ramai anggota tentera yang cedera di luar negara dan terpaksa mengubati diri sendiri untuk melegakan kesakitan kecederaan mereka.

Dan apabila remaja-remaja yang tercedera dari segi fizikal dan mental ini pulang ke tanah air, mereka bersatu semula dengan rakan-rakan lain lantas menjadikan heroin sebagai dadah untuk berseronok.

2. Dadah "superstar" 

dadah superstar heroin

Sejak disintesiskan semula pada lewat 1800-an, diamorphine mula dilihat untuk menjadi ubat superstar, secara harfiah dan kiasan.

Ia sangat kuat, menawan, dan orgasmik (seperti yang diterangkan oleh pengguna), dan bahaya itu menambahkan elemen risiko kepada kehidupan yang seolah-olah kelihatan membosankan dan biasa.

Peningkatan heroin ke tahap keunggulannya didorong oleh para superstar yang hidup dan mati di dengannya.

Dari penyanyi Janis Joplin hinggalah ke Sid Vicious, heroin adalah dadah bintang rock, pemberontak, orang buangan, dan orang-orang yang ingin menghantar mesej kepada golongan media yang mudah terpengaruh.

Di Amerika Syarikat, pentadbiran Richard Nixon berperang dengan pembaharuan dadah yang sukar dan ini memaksa Kongres Amerika Syarikat untuk meluluskan rang undang-undang yang memperuntukkan RM1.5 bilion untuk menentang dadah yang masuk secara besar-besaran dari Asia.

Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) ditubuhkan pada tahun 1973.

1. Lonjakan heroin yang tak disangkakan 

krisis heroin

Krisis opioid moden, bermula sekitar abad ke 21 dan terus ke hari ini, telah mengejutkan dunia Barat.

Berbeza dengan penggunaan heroin sebelum ini, dadah opioid baru gred farmaseutikal telah mula memenuhi jalanan.

Sebagai contoh, fentanyl yang berkali-kali lebih kuat berbanding heroin dan kesannya terhadap masyarakat teramat dahsyat, sepadan dengan potensinya.

Kematian disebabkan oleh fentanyl meningkat lebih daripada 1,000% antara 2011 dan 2016, membunuh puluhan ribu di Amerika Syarikat sahaja, menurut Pusat Kawalan Penyakit.

Satu perkara yang pasti, fentanyl menjadikan heroin kelihatan seperti dadah yang baik. Jadi, pasti anda akan beranggapan dengan penggunaan dadah baru ini, maka permintaan terhadap heroin juga akan berkurangan kan?

Salah. Populasi yang mana sebelum ini tidak berisiko untuk menggunakan heroin kini telah sampai ke jalan-jalan untuk mencari bekalan, yang kini ada di penjuru setiap kawasan di seluruh dunia.

Ramai pengguna heroin yang baru ketagihan melalui opioid preskripsi dan kemudian beralih kepada heroin yang lebih murah, apabila komuniti perubatan memotong bekalan mereka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)