ibu kalash bersama anaknya

Menyambut kelahiran merupakan salah satu detik paling indah yang akan diingati oleh mana-mana ibu bapa. Bagaimanapun, cara-cara kita menyambut kelahiran itu berbeza-beza mengikut adat dan kepercayaan agama kita.

Di seluruh dunia, ada bermacam cara pasangan menyambut kelahiran yang diamalkan. Berikut, adalah 5 budaya menyambut kelahiran yang diamalkan oleh sebilangan masyarakat dunia ketika ini yang kami rasakan menarik untuk dikongsikan pada anda.

1. Budaya melumurkan bayi dengan air liur

ritual meludah bayi

Satu suku kaum yang bernama Wolof di Mauritania percaya air liur manusia mampu menyimpan kata-kata seseorang. Jadi apabila dilahirkan, ibu akan meludah pada wajah bayi sementara ayahnya pula akan meludah ke dalam telinga bagi memastikan anak-anak mereka menjadi seorang yang baik.

Sebuah suku kaum bernama Igbo di Nigeria pula lebih hebat. Apabila seorang bayi dilahirkan, salah seorang sanak saudara yang mereka yang pandai berkata-kata akan dipilih untuk mengunyah sejenis tumbuhan yang dinamakan lada buaya (alligator pepper) lalu memasukkan kunyahan tadi ke dalam mulut bayi, untuk membolehkan bayi itu jadi pandai berkata-kata kemudian hari.

2. Ibu perlu melahirkan anak seorang diri

ibu nigeria dengan anak kembar 3

Di beberapa tempat di Nigeria. kepercayaan mereka pula membuatkan si ibu yang perlu melahirkan kandungan - melakukannya sendirian tanpa mendapat bantuan daripada mana-mana pihak sekalipun, termasuklah bapanya. Kepercayaan ini berpunca bukannya daripada agama atau sebarang bentuk ritual, kepercayaan ini berlaku kerana faktor kemampuan kewangan yang rendah serta kekurangan rasa hormat pada golongan wanita.

Kebanyakan keluarga percaya beban yang mereka perlu tanggung apabila memohon bantuan, merupakan sesuatu yang tak mampu mereka alami, jadi kebanyakan keluarga memilih untuk menjimatkan duit dan membiarkan ibu bersalin sendirian. Sehingga 2013, kajian menunjukkan masih banyak keluarga mengamalkan pegangan ini walaupun secara puratanya jumlah kes menurun. (rujukan)

3. Masyarakat Ireland tabur kek atas kepala bayi

baby irish

Bagi masyarakat Ireland, setiap pasangan yang berkahwin pasti akan menyimpan lapisan paling atas kek perkahwinan mereka dan juga sebotol champagne, untuk digunakan semasa menyambut kelahiran anak pertama mereka.

Dalam majlis 'christening' yang dianjurkan bagi menyambut kelahiran anak mereka itu, ibu bapa akan mengambil sedikit bahagian kek yang disimpan dan dihidangkan semula itu, ke atas dahi anak mereka sebagai petanda nasib baik. Champagne yang disimpan pula akan dilumurkan pada kepala bayi tersebut untuk tujuan sama. (rujukan)

4. Ibu di China berpantang secara ekstrim

ibu di china berpantang

Bagi masyarakat di China pula, kebanyakan daripada mereka mengamalkan tempoh berpantang yang sangat-sangat ketat. Ritual ini yang digelar zuo yuezi, memerlukan si ibu dan anaknya duduk di dalam rumah tanpa keluar selama 30 hari. Si ibu tidak benarkan makan sayur atau buah mentah, minum kopi serta minum minuman sejuk.

Ada banyak pantang larang lain juga semasa mengandung. Dia tidak boleh bercerita tentang orang lain. Ketawa tidak boleh kuat. Si ibu tidak boleh marah. Dia tidak boleh berfikir tentang perkara buruk. Si ibu juga perlu menyimpan objek tajam di bawah tilamnya untuk menghalau semangat jahat. (rujukan)

5. Ibu perlu berpindah ke pondok untuk melahirkan anak

bashaleni di pakistan

Bagi masyarakat Kalash yang menetap di Pakistan, semua wanita yang mengalami haid akan diwajibkan untuk ke sebuah pondak yang dinamakan 'bashaleni.' Setiap kampung mempunyai bashaleni yang dibangunkan khas untuk wanita sedang haid agar mereka duduk di sana sehinggalah mereka 'suci' semula.

Dalam bashaleni ini jugalah semua wanita yang perlu bersalin akan dihantar bagi membolehkan mereka melahirkan kandungan. Bukan semua individu dibenarkan masuk ke dalam bashaleni ini. Jika si ibu memerlukan bantuan, hanya wanita yang sedang mengalami haid dibenarkan membantunya.

Selepas bersalin, satu ritual akan diadakan sebelum seorang ibu boleh dibenarkan pulang ke rumahnya bagi menyucikan dia, kerana bashaleni hanyalah tempat untuk wanita-wanita yang dianggap 'kotor' pada masyarakat mereka. (rujukan)


tags : , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)