twitter 579

Adakah ada seorang pengguna Twitter? Jika jawapannya YA, adakah tweet anda pernah di retweet oleh akaun-akaun pelik yang meragukan?

Mengikut kajian yang dilakukan oleh University of Southern California dan Indiana University, 48 juta akaun Twitter sebenarnya adalah bot. Dalam kata lain, ianya bukanlah akaun yang dikawal oleh manusia. Kajian tersebut telah dibuat melalui beberapa kriteria sebelum mengklasifikasikan sesuatu akaun itu sebagai bot atau tidak. Hasil daripada kajian tersebut menunjukkan 9% - 15% akaun daripada 315 juta akaun Twitter yang aktif adalah bot.

Walaupun begitu, hasil kajian ini tidak begitu mengejutkan memandangkan sebelum ini iaitu pada tahun 2014, pihak Twitter pernah mengumumkan kira-kira 8.5% akaun yang wujud adalah bot.

Mengikut kajian ini, maka tidak hairanlah sekiranya anda menggunakan Twitter, anda mesti pernah di mention oleh akaun-akaun pelik yang mempromosikan sesuatu produk atau link yang mencurigakan. Modus operandi bot ini mudah, mereka hanya perlu menngesan beberapa kata kunci yang terdapat dalam tweet pengguna. Sekiranya kata kunci yang mereka inginkan terdapat dalam tweet anda, secara automatiknya mereka akan mention akaun nama dan disertai dengan tweet spam.


tags : , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)