Oleh pada 20 May 2017 kategori

Perlawanan gladiators merupakan suatu hiburan yang sangat popular di zaman kegemilangan Rom suatu masa dulu. Perlawanan yang melibatkan nyawa ini mempunyai suatu tarikan sendiri, mungkin sekali disebabkan oleh sifatnya yang ganas tetapi dipenuhi dengan nilai kepahlawanan. Acara-acara besar perlawanan gladiators ini selalunya dianjurkan di Colosseum dan arena-arena yang banyak terbina di sana.

carpophorus roman gladiator 1ea27

Pahlawan yang dikenali sebagai gladiators ini sebenarnya tidak sama antara satu sama lain. Ada pendapat mengatakan bahawa mereka sebenarnya telah dilatih untuk memegang watak-watak tertentu dan mereka mempelajari bagaimana untuk berlawan dengan cara yang telah ditetapkan untuk watak tersebut.

gladiators 1ea68

Sebagai contoh, seorang myrmillo akan dilengkapi dengan perisai yang lengkap di bahagian kepala, lengan dan kakinya. Disamping itu dia juga dilengkapi perisai yang besar. Sudah pasti sukar untuk menewaskan lawan yang sebegini. Namun begitu, kehebatan myrmillo ini dihadkan oleh pedangnya yang pendek dan juga penglihatannya yang terhad disebabkan oleh helmetnya yang menutup seluruh kepalanya.

battle

Seorang retiarius pula hanya diberi perisai yang minimal, sebatang serampang tiga mata dan juga jaring yang boleh digunakan untuk memerangkap pihak lawan dan menghalang pergerakan mereka. Walaupun nampak seperti mudah dicederakan, retiarius sebenarnya mempunyai kelebihan dari segi fleksibiliti dalam pergerakan dan kebolehan untuk menyerang dari jarak yang agak jauh.

retiarius

Seorang dimachaerus pula hanya diberikan helmet dan baju perisai yang diperbuat dari kulit. Namun begitu, beliau dilengkapi dengan dua bilah pedang pedang. Walaupun kekurangan dari segi pertahanan, watak ini sememangnya mempunyai lebih banyak kelebihan dalam serangan dan pergerakan yang lincah.

mosaic

Perlawanan gladiators yang dijalankan selalunya akan diaturkan supaya watak-watak yang berlainan akan berlawan antara satu sama lain. Ada acara yang melibatkan gabungan beberapa watak dalam satu kumpulan yang berlawan dengan satu kumpulan yang lain. Dengan cara ini, kemahiran seorang gladiator itu akan lebih menonjol dan penguasaan teknik berlawan akan menjadi penentu siapakah yang akan hidup atau mati.

Jadi, apa yang kita boleh pelajari daripada semua ini.

1. Setiap seorang daripada kita ini dicipta dengan kebolehan masing-masing.

Tidak ada seorang pun yang betul-betul serupa dengan orang lain. Ada yang berkebolehan dalam pelajaran, asyik skor A saja dalam peperiksaan, tetapi lemah dalam bab teknikal, pegang spanar pun asyik terlepas. Ada yang dilahirkan sempurna tubuh badan, tetapi pemalas, lebih suka melepak dari bekerja. Ada pula yang dilahirkan tak sempurna tubuh badan tetapi berjiwa produktif dan sentiasa berusaha untuk maju ke hadapan. Hormati semua orang. Semua orang ada keistimewaan masing-masing.

fight

2. Jangan terlalu fokus pada kelemahan diri.

Fokus pada apa yang kita ada dan fungsikan kelebihan kita untuk mengejar kehidupan yang lebih baik. Ada kelemahan yang kita perlu perbaiki contohnya dalam aspek disiplin tetapi ada kelemahan diri kita yang kita perlu terima seadanya dan terus sahaja bergerak ke hadapan. Lebih baik tajamkan kebolehan kita ke tahap kita dipanggil pakar daripada cuba untuk belajar sampai pandai semua benda yang kita lemah.

gladiators

3. Tambah baik kelebihan kita dengan latihan.

Bakat dan usaha adalah dua perkara yang berbeza. Orang yang tidak berbakat, dengan latihan yang betul akan boleh mengatasi orang yang berbakat tetapi malas untuk berusaha. Sentiasalah mencari jalan dan peluang baru untuk mencabar kelebihan yang ada pada diri kita ke tingkat yang seterusnya.

gladiatore

4. Kita semua saling melengkapi.

Oleh kerana setiap seorang daripada kita mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berlainan, kita perlu bergerak secara berkumpulan untuk membuatkan perjalanan kita lebih mudah. Ini kerana segenap sudut kelemahan kita akan ditutup oleh kelebihan yang ada pada ahli kumpulan kita yang lain. Walaupun berbeza, kita akan dapat lebih banyak manfaat apabila bekerjasama, walaupun pada mulanya akan timbul konflik semasa dalam fasa menyesuaikan diri.

Jadi, anda dapat sesuatu yang bermanfaat daripada perkongsian ini.

Jangan lupa, kita semua Gladiators!!!

Sumber Rujukan: Wikipedia


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)