Oleh pada 28 Aug 2017 kategori

Tak dapat dinafikan kehidupan kita serba canggih yang telah memudahkan hidup kita. Lumrah manusia sentiasa mahukan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya, maka terhasilah apa yang kita nikmati hari ini. Apa yang ada sekarang adalah sangat mudah, semuanya dihujung jari membuatkan kanak-kanak zaman sekarang menjadi manja dan degil.

Namun bagi sesetengah orang, walaupun kehidupan zaman 90-an tiada teknologi secanggih sekarang, ia masih memberikan kehidupan yang indah, yang kanak-kanak zaman sekarang tak akan dapat rasa dan tahu.

iluminasi.com ingin berkongsi 8 perkara dan cabaran kanak-kanak 90-an yang kanak-kanak zaman sekarang tak akan pernah tahu.

1. Telefon bimbit

3310

Ya, dulu kita tak panggil telefon pintar, sebab masa tu telefon masih belum pintar, hanya manusia saja pintar. Telefon bimbit zaman dahulu jauh beza daripada yang ada sekarang. Rata-rata menggunakan telefon jenama Nokia, Siemens, Samsung, Motorola, Sony Ericsson, Alcatel, LG dan beberapa lagi. Kebanyakannya tak ada warna. Akses internet internet pun tak ada. Hanya boleh telefon, mesej dan main game ular.

snake 698

ngage

Siapa yang ada duit lebih, boleh lah beli yang mahal sikit yang ada warna dan kamera, serta boleh dapat line GPRS. Itu pun masih guna keypad. Nak taip mesej kena tekan satu persatu sampai lenguh jari. Kalau boleh hantar gambar (MMS) itu dah kira sangat canggih, tapi mahal dengan harga 25 hingga 50 sen. Tapi apa yang bestnya, bateri telefon tu boleh tahan berhari-hari. Alasan "Bateri habis" langsung tak wujud pada zaman dulu. Sebab terlalu jarang berlaku. Tak macam telefon pintar sekarang baru 5 jam dah mati. Telefon ini masih lagi digunakan sekarang oleh warga tua dan juga sebagai telefon spare.

2. Telefon rumah

telefon rumah

Bagi yang tak ada telefon bimbit, memang tak ada cara lain untuk dihubungi, melainkan buat panggilan ke telefon rumah. Ini memang klasik. Tak macam sekarang, telefon pintar sentiasa ada kat tangan. Dulu memang susah, kalau tak ada kat rumah, dan tak ada telefon bimbit, anggap saja rakan anda MIA (Missing In Action). Tapi kalau dah bergayut, memang sampai mak jeling la. Bil melambung-lambung.

Sekarang boleh dikatakan hampir kesemua rumah dah tak gunakan telefon ini. Mungkin 1% rumah sahaja yang guna lagi? Tapi bisnes masih guna telefon ini.

3. Yellow Pages

yellow pages

Tepi telefon rumah wajib ada Yellow Pages. Yellow Pages adalah buku yang mengandungi nombor telefon individu atau perniagaan. Nak nombor telefon siapa cari sahaja, semua ada dalam tu. Tapi memang letih kena cari satu-satu. Kalau sekarang, nak cari nombor telefon, Google saja, semua keluar. Tapi Yellow Pages tu juga digunakan sebagai alat untuk mengetuk kepala anak-anak bila asyik bergayut telefon.

4. Telefon awam

telefon awam

Pastinya kanak-kanak zaman sekarang tak sempat nak merasa pengalaman ini, kerana rata-rata telefon awam kini sudah tak digunakan lagi. Kalau ada pun, 99% rosak. Memang sangat tak relevan dah zaman ni, sebab penggunaan telefon bimbit yang berleluasa. Dulu kalau tak ada telefon bimbit, kena guna telefon awam, nak bergayut dengan kekasih. 

Kena beratur, tunggu giliran. Siap sedia duit syiling satu plastik. Bila dah sampai giliran, mulalah bergayut. Memang agak seksa juga. Itu tak kira nyamuk lagi. 

5. Internet dan pelan internet telefon

komputer 2

Zaman sekarang, internet di hujung jari. Tak ada sempadan. Tapi dulu, kalau nak guna intenet, kena sambungkan pada soket telefon (telefon tak boleh digunakan sementara guna internet). Ini bagi rumah yang ada internet sahaja okay. Dan nak guna internet, hanya di rumah sahaja, tak ada istilah WIFI. Memang tak wujud. Dan bila tengah tunggu internet disambungkan, akan keluar satu bunyi, yang pasti anda masih ingat. Memang klasik. 

Disebabkan telefon bimbit dahulu tak canggih dan tak ada akses internet, maka tak ada lah pelan internet. Yang ada hanya pelan SMS dan telefon. Sekarang boleh dikatakan sangat murah, ada yang dapat pelan panggilan percuma, dan SMS memang sangat jarang digunakan. Tapi dulu, kalau topup RM10, sehari dah boleh habis. Sebab apa? Sebab mahal.

6. SMS

msg

Ini antara yang paling berbeza. Disebabkan dulu tak ada Whatsapp, kita akan guna servis SMS. Memang seksa betul kalau SMS, sebab harga yang sangat mahal. Biasanya satu SMS akan dicaj 10 hingga 30 sen, bergantung kepada telco. Jika hantar SMS ke telco yang sama (Maxis ke Maxis), harganya murah sikit, itupun dah guna Active10. Kalau hantar SMS ke telco lain sangat mahal.

Katakanlah hantar 1 SMS kepada rakan yang guna telco lain, harganya 25sen. hantar 1 SMS, "Weh jom lepak", dah habis 25 sen. Rakan balas pula, "Ok, nak lepak kat mana,", dan anda balas "Ikut kau lah,". 

sms

Kat sini saja dah habis 50sen, tapi belum tahu nak lepak kat mana. Alih-alih habis RM1. Dah la topup RM3 saja, dan guna duit sekolah sendiri. Bila mesej dah penuh dalam inbox, kena delete, kalau tak, mesej tak boleh nak masuk dah. Itu belum pasangan kekasih lagi dan biasanya pasangan kekasih akan berpakat gunakan telco yang sama supaya boleh jimat duit. Kalau nak bergayut, kena tunggu pukul 12 malam dan beli pelan panggilan, boleh dapat murah.

Budak sekarang? Whatsapp sahaja, percuma, tak perlu duit, hanya beli pelan internet. Call pun boleh guna Whatsapp. Itupun bila orang mesej tak reti nak balas. Dah la mak ayah yang bayarkan bil or topup. Takkan rasa apa yang kanak-kanak dahulu rasa.

7. Kaset & VCR

cassette 2

Kanak-kanak zaman sekarang kalau nak dengar lagu atau tengok video sangat mudah, buka sahaja Youtube. Nak apa, semua ada. Daripada lagu, filem, video kelakar, belajar memasak dan sebagainya, semuanya lengkap. Sebab tu ramai kanak-kanak zaman sekarang selalu menghadap gajet, tengok kartun-kartun seperti Upin & Ipin dan sebagainya.

cassette

Tapi zaman dulu, tak begitu. Nak dengar lagu? Beli kaset. Harga? Antara RM15 hingga RM20. Kaset ini pula, hanya boleh dipasangkan pada radio, walkman, ataupun kereta. Siapa yang ada duit boleh la beli walkman, tapi yang tak ada, mungkin pasang kat radio rumah sahaja. Lagi sedih? Bawa kaset pasang dalam kereta ayah sambil nyanyi seorang diri. 

vcr

Nak tengok filem pula? Kena beli VCR (Videocassette recorder) dan kaset untuk VCR ini boleh dibeli atau disewa di kedai. Sebab itu kartun Melayu kat TV zaman dahulu memberikan impak yang kuat kepada kanak-kanak walaupun kartun 2D saja, sebab tak ada pilihan lain. Usop Sontorian, Keluang Man, Kampung Boy, Anak-anak Sidek, ALONG, dan Di Mana Joe Jambul, semuanya masih diingati sampai sekarang. Tapi itupun kalau ada TV kat rumah, kalau tak ada? Melangut aje la.

8. Gajet dan permainan

digimon

Antara gajet yang biasa pada zaman dahulu adalah Tamagotchi atau gajet Digimon. Memang sangat popular satu ketika dulu. Harganya boleh tahan, dalam lingkungan RM40 ke RM80. Boleh dikatakan hampir kesemua kanak-kanak ada, memang jadi sasaran rampasan cikgu-cikgu kalau nampak di sekolah. Nak ayah belikan kena belajr rajin-rajin baru dapat. Penulis hari-hari "tab" Digimon V1, dengan harapan nak dapatkan Teddymon.

ps1

super nintendo

dash emperor 779

Tapi ada juga permainan lain yang popular seperti PS1 atau Super Nintendo. Konsol-konsol ketika itu boleh dikatakan mahal, hanya orang yang mampu sahaja yang ada. Yang tak ada, boleh cari pusat permainan video, dan bayar untuk main. RM4 untuk satu jam biasanya. "Kereta Dash", kereta mainan yang paling hebat masa itu, juga memberikan impak yang sangat kuat kepada kanak-kanak 90-an, melalui Dash Yonkuro. Sampai ada tournament kebangsaan. Main sampai tak ingat dunia. Penulis guna Super Emperor (Auldey) dan pakai enjin hitam je, sebab tak mampu enjin Tamiya. Anda pula guna kereta apa? 

tuju selipar

Itu kalau budak yang mampu, kalau tak mampu, permainan seperti tuju selipar, atau guli, serta gasing menjadi pillihan. Itu pun dah sangat menyeronokkan. Penulis dulu main bola sepak tapi tak ada duit, jadi ambil suratkhabar dan masukkan pasir, ronyokkan menjadi bulat. Kemudian balut dengan plastik 2-3 lapis, dan ikat guna gelung getah, dah jadi bola. Tahan la untuk 3-4 hari.

Cuba tanya kanak-kanak sekarang apa konda-kondi mesti tak tahu, budak kampung pun tak tentu tahu. Tapi kalau ada yang tahu, mungkin dia main game konda-kondi kat telefon pintar. Cuba cari kat Google Apps atau Apple Store, ada tau game konda-kondi.

9. MIRC

mirc

Masih ada lagi sehingga sekarang tapi rasanya dah tak ramai orang guna. Satu medan chatting yang sangat terkenal, selain "Kampungchat" yang digunakan untuk mencari kenalan baru. Dan bila sebut pasal MIRC, mesti semua ingat terma ni : "ASL". Kalau tak ingat, bukan kanak-kanak zaman 90-an la kan!

10. Myspace & Friendster

tom myspace

Kedua-dua laman ini sama sahaja macam Facebook. Media sosial, untuk persahabatan di alam maya. Dan orang paling famous di Myspace ketika itu adalah Tom Myspace, macam Mark Zuckerberg hari ini. Tapi tak lah secanggih Facebook yang boleh video call dan live video.

myspace 462

Tapi apa yang best mengenai Myspace dan Friendster adalah anda boleh hiaskan profil anda sesuka hati. Nak letak apa pun boleh. Tak cukup dengan itu, anda juga boleh letak lagu. Jadi bila orang lawati laman Myspace atau Friendster anda, ada hiasan Hello Kitty dan lagu Limp Bizkit atau Evanescene. Kool kan?

11. Kamera

kamera

Tak ada yang lebih senang daripada zaman sekarang dalam menyimpan memori-memori indah. Nak ambil gambar, keluarkan handphone, dan snap! Bila-bila masa di mana sahaja. Dah ambil gambar, kalau tak cantik, boleh delete, dan ambil lagi seribu kali. Bila dah puas hati, terus upload ke Facebook dan Instagram. Apa anda makan, kat mana anda jogging, apa OOTD anda, dengan siapa anda berada dan di mana. 

Tapi dahulu, nak ambil gambar kena guna kamera manual, dan kamera itu pula guna filem, yang dipanggil Kodak walaupun Kodak itu nama jenama dan bukan nama produk. Satunya, tak semua ada kamera, kerana harga yang agak mahal, lepas tu kena beli filem kalau guna, juga mahal. Dan masalah besar pula bila dah ambil gambar, tak tahu sama ada elok atau tak, kena tunggu bila dah "cuci" baru tahu masa ambil gambar, muka hodoh, mulut ternganga, mata pejam dan tudung senget.

filem

negatif

Tak boleh nak delete-delete. Dan juga tak boleh nak upload ke Myspace sebab tak ada akses, dan siapa pun tak akan tahu kau makan apa dan pakai baju apa hari tu. Gambar pula nak cuci pun berhari-hari. Dan bila pergi kedai gambar dan cuci, keluarlah segala gambar, daripada hari guru, hari lahir, hari ibu dan sebagainya dalam satu masa, sebab semuanya dalam filem yang sama. Masa tu lah kau kena belasah dengan abang kau sebab dia tengok dalam gambar tu kau pakai baju dia tapi tak mintak izin. Dan jaga baik-baik negatif filem tu, hilang filem, hilanglah kenangan. Budak sekarang tak akan pernah rasa.


tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)