Oleh pada 24 Mar 2018 kategori

negara yang anda tak tahu kewujudannya1

Jumlah negara yang ada ketika ini bukanlah sama seperti yang ada pada zaman dahulu. Ada yang telah dibubarkan dan ada yang dibentuk kemudiannya. Antara penyebab utama berlakunya pembubaran dan pembentukan sesebuah negara itu adalah peperangan.

Namun, disebalik semua ini, terdapat beberapa buah negara yang tidak diketahui kita akan kewujudan mereka. Ia mungkin disebabkan tidak mendapat pengiktirafan, atau wujud dalam tempoh yang terlalu singkat.

iluminasi.com ingin kongsikan 4 buah negara yang anda mungkin tak pernah tahu.

1. Republik Lanun

republik lanun negara yang anda tak tahu kewujudannya 3 976

Di zaman kegemilangan lanun, pengaruh mereka amat kuat sehinggakan mampu menubuhkan negara sendiri. Itulah apa yang mereka lakukan terhadap sebuah pulau kecil di Carribean.

Republik lanun ini merupakan rumah kepada banyak lanun-lanun terkenal termasuklah Blackbeard, Sam Bellamy dan banyak lagi. Mereka akan menyerang mana-mana kapal yang berlayar berdekatan dengan pulau mereka yang menyebabkan pemimpin-pemimpin Eropah menggelarkan mereka sebagai "Musuh manusia".

republik lanun negara yang anda tak tahu kewujudannya1

Dalam banyak-banyak lanun, Blackbeard dilantik untuk memimpin mereka dan telah menguatkuasakan undang-undang sendiri dikenali sebagai kod lanun.

Republik ini ditubuhkan pada tahun 1706 yang menjadi syurga kepada para lanun termasuklah menjadi mendapat kekayaan yang sangat banyak.

republik lanun negara yang anda tak tahu kewujudannya 829

Namun, mereka tidak mempunyai sekutu, dan lanun tidak tahu untuk memerintah negara.

Disebabkan itu, empayar Inggeris telah mengambil alih pulau tersebut pada tahun 1718. Mana-mana lanun yang ingkar akan dihukum bunuh manakala yang menyerah diri diberikan pengampunan.

2. Kerajaan Taiping Heavenly

kerajaan taiping heavenly negara yang anda tak tahu kewujudannya 3

Pemberontakan Taiping merupakan perang saudara China yang sangat besar yang berlarutan selama 21 tahun bermula dari tahun 1850 hingga 1871. Dianggarkan seramai 20 juta nyawa terkorban dalam perang ini.

Ia bermula apabila pemimpin alim yang mengaku dirinya adik kepada Nabi Isa dan mahu China menjadi negara Kristian. Selepas mendapat sokongan besar, beliau membina kerajaan sendiri. Kerajaan Heavenly Taiping mempunyai kawasan yang agak besar dengan populasi 30 juta.

kerajaan taiping heavenly negara yang anda tak tahu kewujudannya1

Harta peribadi dan kelas sosial dihapuskan. Namun kerajaan ini terasing dengan kuasa China ketika itu mula menceroboh kerajaan ini. 

Dengan bantuan kuasa barat, China telah memusnahkan kerajaan ini pada tahun 1864. Raja bagi kerajaan ini meninggal dunia sebelum kejatuhan Taiping Heavenly dan digantikan anaknya yang hanya berusia 14 tahun menjadi mangsa bunuh selepas jatuhnya kerajaan ini.

Anggaran nyawa yang terkorban menghampiri 100 juta.

3. Kerajaan Kepulauan

kerajaan kepulauan negara yang anda tak tahu kewujudannya

Kingdom of the Isles merupakan sekumpulan pulau yang menjadi jajahan Vikings. Kerajaan ini diperintah oleh keturunan Vikings bermula dari abad ke-9 hingga ke-13. Walaupun agak lama mentadbir, hanya beberapa ketika sahaja pemerintah kerajaan ini tidak menjadi boneka kepada kerajaan besar seperti Norway.

Sehingga pada satu tahap Norway menceroboh kerjaan ini dan memerintah pulau-pulau tersebut namun ditentang oleh penduduk tempatan yang kemudiannya mengecapi kemerdekaan.

kerajaan kepulauan negara yang anda tak tahu kewujudannya 3

Mungkin sebab ini ahli sejarah menganggap rekod kerajaan ini tidak lengkap kerana ia seolah-olah sebuah kerajaan yang tidak mempunyai kuasa. Norway dan Scotland pernah berperang bagi mendapatkan pulau-pulau ini.

Namun akhirnya Scotland membayar kepada Norway bagi menjadi pemilik kepada kerajaan ini. Tetapi agak pelik kerana Norway mendapat pulau Orkney dan Shetland, yang mana kedua-duanya adalah sebahagian daripada Scotland.

4. Republik Ezo

republik ezo negara yang anda tak tahu kewujudannya

Jepun tidak diperintah oleh maharajanya sehingga tahun 1868, dan kuasa pada ketika itu dipegang oleh jawatan yang dikenali sebagai Shogun. Namun, tiba-tiba satu perang besar meletus.

Di satu pihak adalah Shogun yang memerintah Jepun dan satu lagi adalah kuasa yang mahukan maharaja untuk mendapatkan kembali kuasanya. Perang tersebut tidak memihak kepada Shogun yang tewas dan memberikan kuasa mutlak kepada maharaja.

republik ezo negara yang anda tak tahu kewujudannya 2

Ia dikenali sebagai Pengambilalihan Meiji kerana Meiji bermaksud maharaja. Namun, sesuatu yang pelik telah berlaku di mana sebahagian daripada kuasa Shogun berpindah ke sebuah pulau besar iaitu Ezo. 

Mereka mengisytiharkan kerajaan itu sebagai sebuah republik bebas bermodelkan negara-negara bersatu. Tindakan ini merupakan demokrasi yang pertama di Jepun. Namu disebabkan kuasa mereka yang sudah tidak kuat, Republik Ezo akhirnya diambil alih oleh kuasa Imperial.

Dengan hanya wujud selama 5 bulan dan tak mempunyai masa untuk berbuat apa-apa, ia gagal untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa. Dengan Jepun yang telah bersatu, maharaja mula menjadikan ia sebagai negara perindustrian dan mengembangkan kuasa tentera membuatkan Republik Ezo mejadi negara Asia yang pertama diindustrikan.


tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)