kesaksamaan jantina

Kesaksamaan jantina adalah sesuatu yang menjadi satu yang disuarakan dan diperjuangkan sejak beberapa abad ini. Jurang antara jantina ini membuatkan kaum wanita merasakan mereka ditindas. 

Bagi wanita, mereka juga mampu melakukan apa yang dilakukan oleh lelaki. Dan terdapat negara yang memperjuangkan hak ini membuatkan wanita lebih beruntung untuk tinggal di sini. iluminasi.com ingin berkongsi 5 negara terbaik di dunia untuk didiami wanita.

5. Kanada

kabinet kerajaaan kanada mempunyai jumlah lelaki dan wanita yang sama

Kesaksamaan jantina di Kanada ditunjukkan dari peringkat atas lagi. Ia merupakan satu usaha dalam membuktikan Kanada memberikan peluang yang saksama kepada kedua-dua jantina tanpa prejudis.

Ketika Justin Trudeau berkempen untuk jawatan Perdana Menteri, beliau menggelarkan beliau adalah seorang feminis. Selepas memenangi pilihan raya, Justin melantik ahli kabinetnya yang merangkumi jumlah bilangan lelaki dan wanita yang sama rata.

Beliau dipuji dengan lantang sekali oleh rakyat Kanada, dan ia membuatkan Justin menjadi ikon kepada kesaksamaan jantina di peringkat antarabangsa.

4. Belanda

wanita belanda mendapat manfaat yang baik

Belanda menduduki tempat ke-16 dari 144 negara dalam Laporan Jurang Jantina Global 2016. Ia menunjukkan kerajaannyaa telah melakukan usaha yang sangat baik dalam mengurangkan jurang antara lelaki dan wanita. Ia melibatkan kesihatan, pendidikan, ekonomi dan juga politik.

Belanda juga menyediakan manfaat kepada ibu bersalin, termasuklah memberikan akses kepada jururawat bersalin, dengan sebahagian atau keseluruhan kos tersebut dilindungi oleh insurans.

3. Norway 

ibu bersalin di norway diberikan cuti bersalin yang sangat panjang

Norway dianggap sebagai salah satu negara yang paling saksama di dunia dari segi jantina. Ia berada di kedudukan ke-3 daripada 144 negara dalaam Laporan Jurang Jantina Global 2016.

Polisi cuti bersalin yang sangat lama memberikan sokongan tambahan kepada wanita. Ibu-ibu boleh mengambil cuti bersalin selama 35 minggu dengan gaji penuh, atau 45 minggu dengan 80% gaji di Norway. 

Ia bermaksud para ibu boleh bercuti dari 8 hingga 10 bulan selepas melahirkan anak. Bapa pula boleh mengambil cuti di antara 0 hingga 10 minggu cuti bergantung kepada pendapatan isteri mereka.

2. Denmark

kesaksamaan jantina di denmark antara yang terbaik di dunia 789

Denmark menggalakkan kesaksamaan jantina dengan menawarkan sistem penjagaan harian yang berkaitan dengan pendapatan dan polisi cuti bersalin, yang merupakan antara yang paling fleksibel di Kesatuan Eropah.

Denmark berada dalam kedudukan yang agak baik iaitu ke-19 daripada 144 negara dalam Laporan Jurang Jantina Global 2016 di Forum Ekonomi Dunia. Laporan itu melihat jurang relatif antara wanita dan lelaki di seluruh kesihatan, pendidikan, ekonomi dan politik.

1. Sweden

sweden merupakan negara terbaik untuk didiami wanita

Kesaksamaan jantina adalah salah satu daripada asas masyarakat di Sweden. Negara ini mempunyai sikap yang paling progresif terhadap kesaksaamaan jantina. Lelaki dan wanita di Sweden cenderung melihat wanita sebagai kumpulan yang tertindas, membuatkan pemimpin mengambil langkah-langkah mengatasinya.

Ini membuatkannya ia menjadi negara terbaik untuk wanita. Hampir 2 daripada 3 ijazah di universiti-universiti dianugerahkan kepada wanita.

Malah, cuti selama tiga bulan diberikan kepada setiap ibu bapa untuk cuti bersalin. Akta Diskriminasi di Sweden juga menghendaki semua majikan agar "secara aktif mengejar matlamat tertentu untuk mempromosikan kesaksamaan antara lelaki dan wanita."


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)