Oleh pada 25 Oct 2017 kategori

Baru-baru ini iluminasi ada kongsikan keburukan bateri karbon tetapi hari ini penulis ingin berkongsi tajuk yang sedikit berlainan iaitu kelebihan kereta elektrik berbanding kereta konvensional. Kuantiti kereta elektrik masih lagi berada dalam tahap yang rendah kerana masih ramai yang menggunakan kereta konvensional.

Kita tidak tahu apa yang berlaku pada masa hadapan tetapi dengan perkembangan teknologi yang ada sekarang, sudah pasti kita mampu menjadi lebih maju suatu hari nanti terutamanya dalam industri automotif. Industri automotif akan menunjukkan perbezaan ketara jika kereta elektrik dikomersialkan besar-besaran dan mengurangkan bilangan kereta konvensional.

Terdapat beberapa kelebihan kereta elektrik berbanding kereta konvensional seperti berikut:

1. Tidak mengeluarkan gas toksik

gas toksik

Kita tidak mampu mencapai tahap pencemaran sifar kerana itu merupakan dunia yang sempurna dan sudah tentulah dunia yang sempurna tidak wujud di dunia. Penggunaan kereta elektrik tidak mengeluarkan apa-apa karbon dioksida kerana bateri yang digunakan hanya menggunakan hidrogen dan oksigen di mana sisa bateri ini hanyalah air.

Walaupun proses penghasilan bateri ini mengeluarkan karbon dioksida, tetapi pengeluaran karbon dioksida hanyalah sekali seumur hidup sepanjang kereta itu dikeluarkan berbanding kereta konvensional yang membakar minyak petrol dan mengeluarkan gas berbahaya ini setiap masa ia dibakar.

Bayangkan betapa bahaya menggunakan kereta konvensional jika gas dibakar bukan sahaja mengeluarkan karbon dioksida tetapi mengeluarkan gas-gas toksin lain. Penggunaan kereta elektrik sudah tentulah akan memberi impak yang besar kerana tiada lagi pembakaran hidrokarbon sepanjang masa sekali gus mengurangkan jumlah gas-gas toksik di atmosfera.

2. Kos Penyelenggaraan Yang Rendah

penyelengaraan kereta

Kereta konvensional mempunyai kos penyelenggaraan yang tinggi disebabkan sistem kereta itu sendiri sangat kompleks. Bayangkan dari semasa ke semasa kita harus menukar minyak enjin, palam pencucuh dan servis-servis lain kerana sistem enjin pembakaran dalaman ini memerlukan keperluan yang tinggi.

Kereta elektrik mempunyai brek regeneratif di mana tenaga akan dikembalikan bateri dan menyelamatkan brek geseran jadi sistem brek juga memerlukan kurang penyelenggaraan dari semasa ke semasa.

Bateri merupakan bahagian yang mahal dalam kereta elektrik tetapi ini mengimbangi kos kerana harganya hampir sama dengan kos tangki petrol dan kereta elektrik tidak memerlukan tangki petrol. Kos ini juga berbaloi walaupun mahal kerana bateri ini direka untuk bertahan lama iaitu mempunyai jangka hayat yang sama dengan kereta itu sendiri.

3. Kurang pencemaran bunyi

pencemaran bunyi 40

Ketika seni bina kereta masih lagi dibangunkan, ramai yang sanggup membayar harga yang tinggi seperti kereta konvensional keluaran Rolls Royce kerana kereta ini tidak mengeluarkan bunyi yang bising seperti kereta konvensional biasa. Tetapi ini tidak lagi menjadi masalah kepada pengguna kereta elektrik.

Kereta elektrik menggunakan mekanisma instant torque yang mana motor dalam kereta ini mempunyai pergerakan tork penuh iaitu tenaga kerja ini bermula dengan 0 rpm tetapi sudah tentu mempunyai kadar-kadarnya yang tersendiri. Sistem ini tidak lagi membuatkan kereta anda berbunyi bising seperti kereta konvensional

4. Bebas Petrol - Jimat Wang Minyak

mengecas kereta elektrik

Disebabkan kereta elektrik tidak menggunakan petrol, jadi bahan bakar kereta ini tidak lagi bergantung kepada harga minyak yang tidak menentu. Kereta ini boleh cas dari masa ke semasa cuma negara kita masih lagi tidak mengkomersialkan kereta ini secara besar-besaran. 

Ada juga yang mengatakan kerana negara kita merupakan antara negara pengeluar minyak jadi ekonomi kita bergantung kepada harga minyak sendiri menyebabkan susah untuk mengkomersialkan kereta elektrik. Namun, kereta elektrik ini sendiri memerlukan cas dari masa ke semasa untuk bergerak. Jadi ia masih memerlukan kos pengecasan kereta ini sendiri.

Tenaga yang digunakan oleh kereta elektrik merupakan tenaga yang boleh diperbaharui kalau dibandingkan kereta konvensional yang menggunakan minyak cari gali di mana ia mengambil masa berjuta-juta tahun untuk dihasilkan melalui penguraian binatang mati.

Secara konklusi, teknologi kereta elektrik ini masih lagi dikaji dan ia akan ditambahbaik dari masa ke semasa. Buat masa sekarang, banyak juga kelebihan konvensional berbanding kereta elektrik termasuk kos pengeluaran kereta itu sendiri tetapi ini boleh berubah suatu hari nanti apabila kemajuan kereta elektrik ini diperhebat.


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)