the titanic 517

Titanic merupakan salah satu kapal pesiaran lagenda yang kini sudah lebih dari 100 tahun menyembah bumi di dasar lautan. Satu ketika dahulu ia merupakan satu lambang kebanggaan yang dikatakan tidak akan karam. Bagi mereka yang menonton filem Titanic, pasti anda mengetahui betapa mewah dan besarnya kapal tersebut.

Namun, kini wujud lebih banyak kapal pesiaran yang jauh lebih besar dan mewah serta ke hadapan mengikut arus zaman. iluminasi.com ingin berkongi 4 kapal pesiaran paling besar di dunia berdasarkan saiz dan kapasiti penumpang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

4. Quantum of the Seas

quantum of the seas 691

Merupakan kapal pesiaran ke-4 terbesar ketika ini, Quantum of the Seas adalah kapal pertama daripada 3 kapal dalam kelas Quantum. Ia dibina oleh syarikat perkapalan Jerman, Meyer Werft. Memulakan pelayaran pertamanya pada November 2014, kapal ini kemudiannya di hantar ke China pada Mei 2015 dan digunakan bagi pelayaran dari Shanghai ke Jepun dan Korea.

Quantum of the Seas yang berukuran 347 meter panjang ini mempunyai 18 dek dan 2,090 buah bilik termasuk bilik berbalkoni, bilik menghadap lautan serta bilik di bahagian dalam kapal. Secara maksimum, kapal ini mampu memuatkan tetamu seramai 5,714 orang dalam satu masa. 

quantum of the seas 0

quantum of the seas 1

quantum of the seas 6

Kapal yang menelan kos sebanyak RM4 billion ini mampu berlayar dengan kelajuan 41 kilometer sejam. Linkungan harga untuk mengikuti pelayaran dengan kapal Quantum of the Seas adalah diantara RM1,100 sehingga RM9,100 untuk seorang mengikut jenis pelayaran.

3. Oasis of the Seas

oasis of the seas 3

Ditempah pada tahun 2006, syarikat perkapalan STX Europe Turku Shipyard dari Finland mengambil masa lebih daripada 2 tahun untuk menyiapkan dan melancarkan kapal ke-3 terbesar di dunia ini pada dengan kos RM6 billion. Oasis of the Seas merupakan kapal pesiaran paling besar di dunia ketika memulakan servisnya pada tahun 2009. 

Kapal berkelas Oasis ini berukuran 361.6 meter panjang, dengan ketinggian keseluruhan 94.55 meter yang mana 22.55 meter berada di bawah aras laut dan selebihnya di permukaan.

oasis of the seas 2

oasis of the seas 5

Ia mempunyai 16 dek penumpang yang mampu memuatkan tetamu seramai 7,144 secara maksimum. Tetamu-tetamu kapal ini mempunyai pilihan bilik yang menarik dari bilik suite dua tingkat hinggalah bilik suite mewah dengan balkoni. Selain itu, kapal ini mempunyai kemudahan yang pertama kali diperkenalkan seperti Aqua Theater dan koridor terbuka.

oasis

Kemudahan lain termasuklah kolam renang dalam bilik kaca, simulator meluncur, rock-climbing, gelanggang bola keranjang dan bola tampar. Harga terendah bagi menyertai pelayaran yang berlepas dari Pelabuhan Canaveral, Florida untuk "7 Night Western Carribean Cruise" ini adalah RM2,080 sehingga RM15,300 untuk seorang.

2. Allure of the Seas

allure of the seas0

Allure of the Seas merupakan kapal bertaraf Oasis, yang juga merupakan adik kepada kapal ke-3 terbesar di dunia, Oasis of the Seas. Ia juga dibina oleh syarikat STX Europe Turku Shipyard dan berukuran 362 meter panjang dengan ketinggian keseluruhan 132.5 meter. Ia ditempah pada tahun 2007 dan telah dilancarkan 2 tahun kemudian.

Allure of the Seas merupakan kapal penumpang terbesar dalam servis sebelum kehadiran Harmony of the Seas yang menduduki tangga pertama. Sama seperti kapal-kapal lain , ia mempunyai 16 dek penumpang dengan kapasiti maksimum 7,148 penumpang.

allure of the seas3

allure of the seas2

allure of the seas 8

Kapal mewah ini mempunyai kemudahan seperti dewan menari dua tingkat, panggung wayang 1,380 tempat duduk, gelanggang luncur ais, spa, gym dan banyak lagi. Kos pembinaan kapal ini lebih murah dari "kakaknya" iaitu RM5.16 billion.

allure of the seas 7

allure of the seas fmily room

Harga pelayaran serendah RM2,100 boleh didapati bagi merasakan pengalaman di atas kapal ini dalam pelayaran "7 Night Western Carribean Cruise" yang berlepas dari Pelabuhan Lauderdale, Florida, Amerika Syarikat. Harga paling mahal sekitar RM14,700 untuk seorang.

1. Harmony of the Seas

harmony of the seas 4

Kapal pesiaran paling besar di dunia ketika ini jatuh kepada Harmony of the Seas. Kapal dengan ukuran panjang 362 meter dan tinggi keseluruhan 107 meter ini dibina oleh syarikat FTX France di Saint-Nazaire dengan kos RM5.8 billion. Ia dilancarkan pada Jun 2015 dan menawarkan pelayaran barat Mediterranean selama 7 hari dari Barcelona dan Civitavecchia.

harmony of the seass

harmony of the seas

harmony of the seas 6

harmony of the seas 2

Harmony of the Seas mengandungi 18 dek termasuk 16 dek penumpang dengan 2,747 bilik yang berkapasiti maksimum 6,780 penumpang. Ia mempunyai kemudahan sama seperti kapal-kapal milik Royal Carribean yang lain iaitu Central Park, spa, gym, pusat hiburan, panggung wayang, kolam renang dan banyak lagi.

harmony of the seas3

harmony of the seas2

Harmony of the Seas mampu berlayar dengan kelajuan maksimum 46 kilometer sejam. Jika anda ingin menyertai pelayaran mewah ini, harganya bermula dengan RM2,360 hingga RM38,000 untuk seorang.

Rujukan :

1. Marine Insight

2. Cruise Critics

3. Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)