Zaman sudah berubah, dan kini tiba masanya untuk permainan video menjadi salah satu sukan yang menarik perhatian dunia lebih-lebih lagi daripada golongan remaja. Walaupun masih baru dipertandingkan secara profesional, namun E-sports telah berjaya memberikan impak yang besar kepada dunia.

Jika dulu remaja yang menghabiskan masa dengan bermain permainan video dikatakan membuang masa dan tidak mempunyai masa depan, kini kenyataan itu tidak lagi relevan. Apa yang boleh kita ringkaskan adalah permainan video kini menjadi satu kuasa besar yang mempu mencabar sukan fizikal lain, dari segi jumlah penonton, dan lebih menarik, dari segi jumlah wang yang dipertaruhkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

team liquid

Permainan video seperti Dota 2 yang dianjurkan melalui kejohanan The International 2017 menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM107 juta, yang mana membuatkan pemenangnya menjadi jutawan dalam sekelip mata.

Sebelum kita ke senarai 4 terkaya di dunia, apa kata kita lihat dahulu 10 pemain Dota 2 Malaysia dengan hasil kutipan wang kemenangan tertinggi setakat ini.

  1. Chai Yee Fung a.k.a "Mushi" - RM3.34 juta
  2. Wong Hock Chuan a.k.a "ChuaN" - RM3.05 juta
  3. Chuan Tue a.k.a "Ah-fu" - RM2.47 juta
  4. Chong Xin Khoo a.k.a "Ohaiyo" - RM2.36 juta
  5. Zheng Yeik Nai a.k.a "MidOne" - RM2.23 juta
  6. Adam Shah a.k.a "343" - RM1.53 juta
  7. Pern Lim Wai a.k.a "Net" - RM647,594
  8. Lee Kong Yang a.k.a "Ky`xY" - RM523,384
  9. Joel Chan Zhan Leong a.k.a "Xtinct" - RM388,509
  10. Lai Jay Son a.k.a "Ahjit" - RM231,868

iluminasi.com ingin berkongsi 4 atlet permainan video Dota 2 yang terkaya di dunia.

4. Lasse "Matumbaman" Urpalainen

lasse urpalainen

Jumlah wang dimenangi : RM11.59 juta

Lasse Urpalainen merupakan remaja kelahiran Finland yang berusia 22 tahun. Beliau merupakan pemain Dota 2 dan mula dikenali apabila menjuarai kejohanan Assembly Summer 2014 LAN bersama pasukan Veni,Vidi,Vici. Dengan nama samaram "Matumbaman", beliau menarik perhatian ramai dengan kemahirannya menggunakan hero seperti Tinker dan Ember Spirit.

Pernah menyertai pasukan Fnatic namun berpisah selepas Fnatic dibubarkan. Menjelang kejohanan Frankfurt Major pada tahun 2015, Lasse telah direkrut oleh pasukan 5Jungz. Namun Lasse menyertai pasukan Team Liquid dan beliau menunjukkan taringnya apabila mendominasi aksi di The International 2016, namun tewas.

lasse urpalainen 2

Lasse bersama-sama Team Liquid memperkuatkan pasukan mereka menjelang The International 2017 dan telah membuahkan hasil apabila menjadi juara. Jumlah wang yang dimenangi oleh Lasse dalam 40 kejohanan yang disertainya adalah RM11.59 juta.

3. Saahil "Universe" Arora

saahil arora 2

Jumlah wang dimenangi : RM12.42 juta

Dikenali dengan nama "Universe" atau "UNiVeRsE", Saahil Arora adalah pemain permainan video ke-3 terkaya di dunia dengan jumlah wang kemenangan sebanyak RM12.42 juta daripada 68 kejohanan. Berasal dari Wisconsis, Amerika Syarikat, pemuda berusia 27 tahun ini merupakan pemain posisi "offlaner" bagi pasukan Evil Geniuses yang memenangi kejohanan The International 2015 yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM28.4 juta.

saahil arora

Sebelum menjadi terkenal, Saahil menyertai pasukan Online Kingdom pada tahun 2011. Kemudian beliau berpindah masuk ke pasukan Team Dignitas pada tahun 2013 dan mendapat tempat ke-9 dalam The International 2013, dan bersama-sama pasukan Evil Geniuses memenangi tempat ke-3 di The International 2014.

2. Amer "Miracle-" al-Balkawi - Dota 2

amer balkawi

Jumlah wang dimenangi : RM12.59

Amer al-Balkawi atau dikenali sebagai Miracle- merupakan pemain Dota 2 dari pasukan Team Liquid.  Amer berusia 20 tahun dan berasal dari Jordan, serta mempunyai darah Poland. Bermula dengan bermain Defense of the Ancients pada pertengahan tahun 2000, Amer kemudiannya beralih arah kepada Dota 2 namun tidak bermain secara profesional sehingga awal tahun 2015 apabila menyertai pasukan Balkan Bears. 

Pada penghujung tahun 2015, Amer telah mencapai rating MMR melebihi 8000 melepasi Aliwi "w33" Omar seterusnya menjadi pemain terbaik dunia dan telah direkrut oleh pasukan (monkey) Business. Amer bersama-sama (monkey) Business yang kemudiannya menukarkan nama pasukan mereka kepada "OG" dan memenangi kejohanan Frankfurt Major pada tahun 2015.

amer balkawi 2

Amer juga merupakan pemain Dota 2 yang pertama mencapai 9000 MMR, iaitu pada Mac 2016. Beliau meninggalkan pasukan OG setelah berada di kedudukan 9-12 pada The International 2016 dan menyertai Team Liquid. Sebagai salah seorang ahli pasukan Team Liquid, Amer mendapat pecahan wang kemenangan Team Liquid yang menjuarai The International 2017 yang menjadikan jumlah wang yang dimenangi sebanyak RM12.59 juta.

1. Kuro "KuroKy" Salehi Takhasomi - Dota 2

kuro salehi

Jumlah wang dimenangi : RM14.41 juta

Berada di tangga pertama senarai pemain video games profesional terkaya di dunia, adalah Kuro Salehi Takhasomi. Jumlah wang terkumpul yang dimenangi oleh Kuro adalah sebanyak RM14.41 juta daripada 75 kejohanan yang mana 99.98% daripadanya daripada Dota 2. Berusia 25, Kuro merupakan anak kelahiran Iran yang tinggal di Jerman. Beliau mula menceburkan diri dalam kejohanan E-sport ketika berusia 16 tahun. 

kuro salehi takhasomi

Kuro telah banyak kali mengambil bahagian dalam kejohanan E-sport di peringkat antarabangsa namun pencapaian terbaik beliau sepanjang kariernya sebagai pemain permainan video profesional adalah menerajui pasukannya, Team Liquid menjuarai kejohanan Dota 2 di The International 2017 dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM46.25 juta. 

Rujukan : E-sport Earnings




Hakcipta iluminasi.com (2017)