neelofa menggayakan lv

Antara jenama terkemuka yang menjadi kegilaan ramai pada ketika ini tak lain dan tak bukan adalah Louis Vuitton. Jenama ini berasal dari kota Paris, Perancis dan diasaskan pada tahun 1854.

Dan selepas lebih daripada 150 tahun beroperasi, Louis Vuitton atau lebih popular dengan singkatan LV menjadi antara jenama fesyen paling bernilai di atas muka bumi.

Hanya mereka yang berada sahaja mampu memiliki barangan LV kerana setiap satu itemnya mencecah harga ribuan malah puluhan ribu ringgit.

cara semak beg louis vuitton asli

Namun, disebabkan terlalu popular dan mendapat sambutan hangat, LV tidak terlepas daripada menjadi mangsa pemalsu produk yang ingin mendapatkan keuntungan pantas.

Kini anda boleh mendapat kasut loafer LV dengan harga RM50 di uptown, walhal kasut asli tersebut mencecah RM4,000. oleh itu, iluminasi.com kongsikan 3 cara mudah untuk anda membezakan beg tangan LV yang asli dengan yang palsu.

1. Cop "Louis Vuitton"

cop pada beg louis vuitton

Cop Louis Vuitton pada setiap tas atau beg tangan adalah amat penting untuk mengenal pasti keaslian beg tersebut. Ia sering menjadi petanda sama ada item tersebut adalah palsu atau tidak.

Disebabkan beg LV palsu juga mempunyai cop ini, maka anda perlu memeriksa dengan teliti. Pertama, tulisannya haruslah jelas, nipis, tajam dan mudah dibaca.

Ekor huruf "L" sepatutnya sangat pendek dan huruf "O" adalah benar-benar bulat serta kelihatan lebih besar daripada hufuf "L".

Kedua, dua huruf "T" pada perkataan "Vuitton" sentiasa hampir bersentuhan di antara satu sama lain dan dalam huruf besar, kecuali jika ia tertulis "Made in France".

Jika terdapat kesalahan ejaan dalam apa jua cara, maka ia sudah pasti palsu. 

2. Zip dan rantai

zip dan rantai beg louis vuitton

Perbezaan yang sangat jelas di antara beg asli dan beg tiruan gred AAA yang sangat serupa, adalah pada zip dan juga rantaian pada beg itu sendiri.

Zip dan rantai pada beg palsu akan kelihatan seperti plastik dan tersangat rendah kualiti. Cetakan pada zip sepatutnya jelas, tajam dan tepat tanpa ada sebarang tanda-tanda karat.

3. Kod tarikh

kod tarikh pada beg louis vuitton

Beg Louis Vuitton yang dihasilkan sebelum tahun 1980-an tidak mempunyai kod tarikh, tetapi semua item yang dihasilkan selepas itu mempunyai kod tarikh.

Kod tarikh ini terletak di atas kulit di bahagian tepi beg atau di tepi berhampiran jahitan dan harus sentiasa mudah dicari.

Kod ini wajib tertera pada beg LV, melainkan beg itu adalah beg yang sudah lama dan kod tarikh telah hilang.

Ramai pemalsu meninggalkan aspek penting ini daripada beg tiruan mereka. Kod tarikh ialah gabungan nombor dan huruf, di mana nombor menunjukkan bulan dan tahun dihasilkan manakala huruf menunjukkan tempat pengeluarannya.

Semak secara dalam talian untuk mencari kilang-kilang di mana beg Louis Vuitton dihasilkan untuk mengesahkan apa yang ada ingin beli adalah item asli.

senarai kilang kilang louis vuitton 373

Cara pembacaan kod ini agak ringkas namun perlu diketahui caranya.

Sebagai contoh, jika beg dikeluarkan pada bulan Disember 2005 di Perancis kod tarikh adalah VI1025.

'VI' mewakili lokasi kilang di Perancis, digit pertama dan ketiga ("1" dan "2") bermakna ia dihasilkan pada bulan Disember dan digit kedua dan keempat ("0" dan "5") menunjukkan tahun 2005.

Sentiasa sahkan apa standard kod tarikh dari Louis Vuitton sebelum membuat pembelian anda kerana penggunaan sistem ini berubah-ubah.

Untuk melihat tempat beg Louis Vuitton anda dihasilkan, inilah gambaran mengenai kod lokasi kilang-kilang Louis Vuitton.


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)