zila seeron 878

Kredit foto: motifviral.com

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 4, Zila Seeron ternyata mengejutkan ramai peminat apabila tampil berhijab ketika mengadakan persembahan bersama kumpulan Sevenation pada 18 Ogos lepas di Pentas Utusan.

Pernah mencetuskan kontroversi dengan mewarnakan rambutnya sebelum ini, ramai tertanya-tanya apakah penyanyi cantik jelita itu sudah bertudung atau sebaliknya memandangkan laman sosialnya masih memaparkan foto dirinya yang tidak berhijab.

Baru-baru ini, pemilik nama sebenar Nur Azilah Seeron (29 tahun) itu memuat naik status teguran seorang peminat akan imejnya yang mengelirukan itu dengan kapsyen berbunyi “Alhamdulillah dan masih ada yang sayang.”

Semenjak itu, foto-foto dirinya yang dahulu dilihat telah pun dipadam. 

Memang tidak dinafikan sebelum ini saya tidak bertudung (selepas bercerai) tapi setelah difikirkan demi kebaikan diri, dengan itu saya memutuskan untuk berhijab kembali. Insya-Allah saya akan berhijab sampai bila-bila. Amin. Tolong doakan kebaikan untuk saya.


Saya tahu ramai yang masih bercerita tentang saya apabila lihat kemunculan saya dengan Sevenation tempoh hari. Tapi sebagai manusia saya kena terima perkara yang berlaku. Memang agar sukar untuk saya melalui situasi apabila bersangkutan dengan orang ramai namun saya perlu tabah dan mengakui kesilapan sebelum ini.


Bagi saya, tidak ada seorang manusia pun yang dapat lari daripada melakukan kesilapan. Saya reda dan bertawakal setiap masa.

Sementara itu, ibu tunggal itu juga meluahkan rasa lega kerana satu-satunya anaknya bernama Ahmad Danial (6 tahun) kini dalam jagaan bekas suaminya selain tidak berniat untuk mencari pengganti buat masa ini. 

Biarpun anak bukan dalam jagaan saya tapi saya tahu dia dijaga dengan baik oleh keluarga bekas suami.


Buat masa sekarang, saya tidak mahu memikirkan soal mencari pasangan kerana mahu lebih fokus kepada mencari rezeki. Saya tak pernah serik untuk berkahwin lagi kerana soal jodoh ini adalah urusan Allah. Namun biarlah saya tumpu kepada usaha untuk menyara hidup dulu, barulah fikir soal lain.

Mengulas lanjut mengenai kerjaya nyanyiannya, Zila menjelaskan yang dia mahu membina semula tapak dalam industri hiburan yang ditinggalkan sejak berkahwin suatu ketika dahulu.

Buat masa ini saya sedang bergiat membina reputasi sebagai seorang penyanyi dan mengharapkan agar kemunculan semula saya dalam industri ini diterima dengan baik oleh semua pihak, Insya-Allah.



Syukur... anggota Sevenation sering mempelawa saya menyanyi bersama-sama kerana mereka adalah kumpulan pemuzik. Apabila menyanyi secara langsung memang seronok. Kami tidak ada masalah untuk bekerjasama kerana saya sudah lama mengenali mereka. Lagipun mereka adalah rakan-rakan saya semasa bersekolah menengah lagi.



Kalau tidak ada halangan kemungkinan besar saya akan berkolaborasi dengan mereka. Saya memang ada perancangan untuk tampil dengan single baharu. Genre belum ditetapkan lagi kerana semua itu bergantung kepada komposer. Kalau dia kata suara saya sesuai untuk sesuatu genre itu maka rentak itulah yang akan saya dendangkan.

Menurut Zila lagi, dia masih tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman atau pihak pengurusan setakat ini. Biarpun ada menerima beberapa tawaran sebelum ini, namun dia masih belum membuat sebarang keputusan.

Sumber berita: Utusan Online


tags : , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)