Sebenarnya di dalam dunia ini, tidak terdapat fakta kukuh atau kajian yang boleh menentukan seorang lelaki itu adalah suami yang sempurna. Namun, terdapat beberapa ciri-ciri semulajadi atau traitsyang boleh dijadikan sandaran kepada wanita di luar sana untuk mencari suami yang sempurna atau kepada lelaki yang ingin menjadi suami yang sempurna untuk isteri(-isteri) mereka.
BESARKAN TEKS A- A+
Lelaki yang mesra dengan semua orang tak kira kasta
Ciri lelaki yang patut ada adalah bagaimana cara dia melayan semua orang; tidak mengenal pangkat dan kuasa menentukan cara lelaki itu melayan pasangannya dan keluarganya kelak.
Lelaki yang ingat perkara dan tarikh penting
Kadang-kadang walaupun lelaki itu diakui tidak ambil kisah dengan semua perkara namun seeloknya lelaki ini menggunakan teknologi untuk mengingati tarikh lahir pasangannya, tarikh ulangtahun dan tarikh penting lain agar tidak lupa. Zaman sekarang sudah ada kalendar,reminderdan jugapersonalassistantseperti Siri.
Pendengar yang setia walaupun berkaitan hal yang tidak dipersetujui
Tak semestinya lelaki itu perlu bersetuju akan semua perkara yang disampaikan oleh pasangannya namun lelaki itu harus tahu pasangannya itu meluahkan perasaan mereka kepada anda kerana mereka selesa dengan anda.
Lelaki yang sanggup tonjolkan kelemahan sendiri
Di dalam setiap diri seorang lelaki, ada satu sisi lemah yang jarang ditonjolkan kerana ego lelaki itu kuat. Wanita tahu perkara ini dan mereka ingin tahu yang anda sanggup tolak ego anda kerana mereka.
Lelaki kuat dan mampu menjaga mereka
Lelaki perlu tampil kuat apabila pasangannya memerlukannya. Contohnya, ketika wanita meminta anda membuka tudung sos prego sebab ketat sangat.
Suka berkasih sayang dan tidak memaksa
Wanita suka akan lelaki yang romantik dan tidak menjadi lelaki yang membosankan dan tidak menghiburkannya.
Lelaki yang menjadi sumber inspirasi
Sebagai ketua keluarga, lelaki harus tahu cara yang boleh memberi inspirasi kepada pasangan anda untuk dia berjaya.
Seorang lelaki yang menjaga kata-kata pertuturannya
Kata-kata dan adab lelaki ketika bercakap akan menyerlahkan lagi sikapnya kepada pasangannya kerana wanita inginkan pasangan yang memberi contoh kepada dirinya dan anak-anak yang akan dilahirkan.
Lelaki yang menghargai kecantikan mereka dan selalu memuji
Diakui ramai wanita itu suka dipuji. Jadi, kepada lelaki, silalah puji pasangan anda kerana mereka hanya ada anda.
Lelaki yang bekerja keras untuk mencari wang
Kualiti ini diakui agak sensitif tetapi terus terang semua benda di dunia ini perlukan duit dan sebagai ketua keluarga, keluar berkerja dan menyara hidup pasangan anda dan anak-anak anda kelak. Tunjukkan contoh yang baik kepada mereka.
Lelaki yang sanggup akui kesilapan
Tidak hilang macho seorang lelaki kalau meminta maaf di atas kesilapan anda. Lelaki yang diidamkan akan berkata,"Sayang, Abang minta maaf di atas kejadian tadi".
Lelaki yang pemaaf dan boleh menerima kelemahan
Lelaki juga perlu mudah memaafkan pasangan di atas kesalahan atau kegagalan mereka dalam membuat sesuatu perkara. Nilaikan segala perkara itu dengan teliti dan jadi contoh kepada pasangan anda.
Lelaki yang benar-benar mahu berkongsi hidup
Lelaki yang serius dalam perhubungannya akan berkongsi segala benda dengan pasangannya dan tidak takut untuk meluahkan perkara sensitif kerana wanita juga akan serius dengan perhubungan itu kerana sikap anda.
Lelaki yang protective
Ditakdirkan lelaki adalah makhluk yang kuat berbanding manusia. Sebagai pasangan, wanita menginginkan lelaki yang berada di sisi mereka ketika mereka di dalam keadaan yang memerlukan.
Lelaki yang berdikari dan berwawasan
Lelaki yang bertanggungjawab akan mencorak kisah hidupnya dan pasangannya dan kemanakah hala tuju hidupnya dan perkara ini membuatkan wanita itu teruja untuk melayari hidupnya dengan pasangannya.
Nota: Pasangan di dalam artikel ini merujuk kepada perhubungan yang sihat iaitu lelaki dan wanita dan bukan gay atau lesbian.