Oleh pada 02 Jun 2017 kategori

rasulullah nabi junjungan

Bulan Ramadhan bagi umat muslim seluruh dunia merupakan bulan penuh berkah, hikmah dan keampunan kerana pelbagai amalan dan perbuatan dapat menjadi pahala yang berkali lipat ganda berbanding bulan lain.

Rasulullah SAW merupakan penghulu manusia dan manusia contoh yang wajib kita jadikan idola dan ikutan. Baginda telah menunjukkan contoh yang sempurna dengan amalan-amalan dan kata-kata baginda sejak dari dahulu lagi.

Malah, ramai saintis-saintis bukan Islam telah mengkaji perbuatan sehari baginda dan membuktikan ianya bermanfaat. Sempena Ramadhan yang mulia ini, iluminasi.com ingin berkongsi 10 amalan yang dianjurkan selama bulan puasa ramadhan sesuai sunnah Rasulullah S.A.W.

1. Menyegerakan Berbuka Puasa

segera berbuka

Apabila masuknya waktu berbuka puasa, hendaklah menyegerakan berbuka, kerana didalamnya terdapat banyak kebaikan. Rasulullah SAW bersabda :

لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الْفِطْرَ – رواه الشيخان

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

2. Melaksanakan Makan Sahur

bersahur

تَسَحَّرُوْا فَإِنَّ فِى السَّحُرِ بَرَكَةٌ – الشيخان –

“Makan sahurlah karena sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

3. Membaca Al-Qur’an (Tilawah)

tilawah

Ayat Al-Qur’an diturunkan pertama mali pada bulan Ramadhan. Maka tak hairan jika Rasulullah SAW sering dan lebih banyak membaca Al-Qur’an di bulan Ramadhan dibandingkan di bulan-bulan lain.

Imam Az-Zuhri berkata, “Apabila datang Ramadhan, maka kegiatan utama kita selain berpuasa adalah membaca Al-Qur’an.” Bacalah dengan tajwid yang baik dan tadabburi, fahami, dan amalkan isinya. Insya Allah, kita akan menjadi insan yang berkah.

Buatlah sasaran untuk diri anda sendiri. Sebagai contoh, cuba sasarkan untuk khatam Al-Quran dalam sebulan Ramadhan. 

4. Memberikan Makanan Berbuka Puasa (Ith’amu ath-tha’am)

sedekah makanan

مَنْ فَطَرَ صَائِمًا فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ وَلَا يَنْقُصُ مِنْ اَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئٌ – صحيح النسائى و الترمذى

“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (Sahih Nasa’i dan Tirmidzi)

Amal ibadah mulia ini dapat anda manfaatkan bersama jiran atau anak-anak yatim yang bermukim disekitar rumah anda. Memberikan makanan ini hanya satu contoh yang dapat kita terapkan dalam hal berbagi rezeki kepada sesama umat. Hal ini juga perlu dibiasakan, agar setelah selesai bulan Ramadhan, hal ini tidak punah begitu saja.

5. Berdakwah

berdakwah

Jangan sia-siakan bulan Ramadhan kali ini. Sepanjang bulan Ramadhan kita mempunyai kesempatan berdakwah kerana pastinya suasana Ramadhan sudah sangat terasa dimana-mana dan setiap orang siap menerima nasihat.

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung” (TQS. Al-Imran[3] : 104)

Namun pastikan jika nda memberi nasihat haruslah ada dalilnya. Sesuai dengan sabda Rasulullah saw: “Barangsiapa menunjuki kebaikan, baginya pahala sebagaimana orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun.”

6. Solat Tarawih (Qiyamul Ramadhan)

tarawuh

Ibadah sunnah yang khas di bulan Ramadhan adalah solat tarawih (qiyamul ramadhan). Dan yang paling penting diingat ialah solat tarawih juga dapat dilakukan di rumah.

Rasulullah S.A.W pernah merasa bimbang kerana takut solay tarawih dianggap menjadi solat wajib kerana semakin hari semakin banyak yang melakukan secara berjalemaah di masjid sehingga beliau akhirnya melaksanakan solat tarawih sendiri di rumah. 

7. I’tikaf

beriktikaf

Inilah amalan Ramadhan yang selalu dilakukan Rasulullah SAW. I’tikaf adalah berdiam diri di masjid dengan niat beribadah kepada Allah SWT.

Abu Sa’id Al-khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah beri’tikaf pada awal Ramadhan, pertengahan Ramadhan, dan paling sering di 10 hari terakhir bulan Ramadhan.

Namun sayangnya, ibadah ini dianggap berat oleh kebanyakan orang Islam, jadi hanya sedikit sahaja yang mengamalkannya. Hal ini diutarakan oleh Imam Az-Zuhri, “Pelik benar keadaan orang Islam, mereka meninggalkan i’tikaf padahal Rasulullah tidak pernah meninggalkannya sejak beliau datang ke Madinah sampai beliau wafat.”

8. Lailatul Qadar

lailatul qadar

Pada bulan Ramadhan ada satu malam yang istimewa: Lailatul qadar, malam yang penuh berkat. Malam itu nilainya sama dengan seribu bulan atau 84 tahun.

Rasulullah SAW amat menjaga-jaga untuk meraih lailatul qadar. Maka, Baginda menyuruh kita mencarinya di malam-malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.

Kenapa? Kerana “Barangsiapa yang solat pada malam lailatul qadar berdasarkan iman dan ihtissab, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” Begitu kata Rasulullah saw. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Bahkan, untuk mendapatkan malam penuh berkah itu, Rasulullah SAW mengajarkan kita sebuah doa, “Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii.” yang bermaksud "Ya Allah, Engkaulah Pemilik Ampunan dan Engkaulah Maha Pemberi Ampun. Ampunilah aku"

9. Umrah

umrah

Jika anda punya rezeki cukup, pergilah umrah di bulan Ramadhan. Kerana pahalanya berlipat-lipat. Rasulullah SAW berkata kepada Ummu Sinan, seorang wanita Anshar, agar apabila datang bulan Ramadhan, hendaklah ia melakukan umrah, kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah saw. (HR. Bukhari dan Muslim)

10. Bertaubat

bertaubat

Selama bulan Ramadhan, Allah SWT membukakan pintu keampunan bagi seluruh hambanya. Kerana itu, bulan Ramadhan adalah kesempatan emas bagi kita untuk bertaubat kembali ke fitrah kita.

Ekstra

11. Zakat Fitrah

mengeluarkan zakat

Zakat fitrah wajib dibayar sebelum hari Ramadhan berakhir oleh umat Islam, baik lelaki mahupunperempuan, dewasa mahupun anak-anak. Tujuannya untuk mensucikan orang yang melaksanakan puasa dan untuk membantu fakir miskin.

Semoga bermanfaat dan diamalkan, serta dikongsi untuk kebaikan bersama.

Amin.


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)