einstein 685

Dalam kehidupan kita, pengaruh merupakan sesuatu yang sangat penting terutamanya kepada mereka yang memimpin sama ada pemerintah, ketua pejabat mahupun suami. Sejarah telah menceritakan bahawa bagaimana sesuatu pengaruh yang terdapat pada seseorang itu boleh mengubah dunia, dari sudut positif atau negatif. Pengaruh yang mereka bawa telah mengubah masyarakat dari pelbagai sudut termasuklah adat, budaya, agama dan sebagainya. Di antara mereka telah menakluki dunia dan memimpin dengan hebat serta mengubah sejarah dunia.

Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda carta 10 orang paling berpengaruh dalam sejarah dunia mengikut buku yang ditulis oleh Michael H. Hart, seorang doktor falsafah, ahli astrofizik dan juga penulis dari Amerika Syarikat. Beliau berkecimpung dalam bidang fizik dan juga sejarah dan terkenal dengan bukunya :  The 100 : A Ranking of the Most Influential Persons in History. Tokoh-tokoh berpengaruh dalam naskhah ini dipilih dan disenaraikan berdasarkan sumbangan mereka untuk mempengaruhi dunia. 

10. Albert Einstein : Saintis

albert einstein

Siapa tak kenal dengan saintis German yang menemui Teori Relativiti ini. Beliau merupakan antara salah seorang saintis yang sangat disanjung tinggi dan dikagumi kepintarannya. Digelar sebagai genius, Einstein lahir di Jerman pada tahun 1879 kepada keluarga Yahudi dan merupakan seorang free-thinker Formulanya berkenaan relativiti iaitu persamaan antara jisim dan tenaga, E=MC^2 adalah antara formula yang paling terkenal di dunia. Formula ini telah mengembangkan lagi dunia fizik ke cabang yang baru. Dengan sumbangnyannya kepada dunia fizik dan evolusi Teori Kuantum, beliau dianugerahkan Anugerah Nobel Fizik pada tahun 1921.

Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab dalam memulakan Projek Manhattan iaitu projek yang menghasilkan senjata nuklear yang pertama di dunia. Menyedari kesilapan beliau berkenaan dengan akibat yang boleh dicetuskan oleh senjata nuklear, beliau kemudiannya menentang penggunaan senjata nuklear.

"Sekolah telah mengecewakan saya dan saya gagal dalam persekolahan. Ia sangat membosankan. Pengajar-pengajar berkelakuan seperti sarjan. Saya mahu mempelajari apa yang saya mahu pelajari tetapi mereka mahukan saya mempelajari untuk mengambil peperiksaan,"

- Albert Einstien

9. Christopher Columbus : Peneroka dan pelayar

christopher columbus

Dilahirkan di Republik Genoa (Itali Barat) pada 1451, beliau merupakan pelayar dan peneroka yang paling terkenal di dunia. Dikenali dan diperingati kerana penemuan prinsip Amerika dan memberikan kesedaran kepada barat mengenai wujudnya "Amerika". Sangat dimuliakan di Amerika kerana menjadi ikon yang meletakkan Amerika dalam peta dunia. Walaupun beliau bukanlah orang pertama yang berlayar ke Amerika namun Columbus adalah orang pertama yang membina penempatan secara kekal di Amerika.

Bermula mempelajari teknik pelayaran dan berlayar sejak usia yang masih muda, beliau kemudiannya berkecimpung dalam bidang perniagaan dimana beliau menjadi seorang agen yang memerlukan beliau selalu berlayar. Beliau mengajar diri sendiri mengenai astronomi, sains dan navigasi, serta fasih dalam beberapa bahasa termasuk Latin, Portugis dan Spanish.Pelayarannya ditaja oleh Monarki Katolik Sepanyol dan sebagai balasan beliau berjanji akan menyebarkan fahaman agama Kristian di negara-negara timur.

"Anda tidak akan boleh menyeberangi lautan melainkan jika anda mempunyai keberanian untuk melupakan daratan."

- Christopher Columbus

8. Johannes Gutenberg : Pencipta mesin cetak

johannes gutenberg

Lahir pada tahun 1398, Johannes Gutenberg yang berasal dari dari Mainz, Jerman ini telah membawa suatu pengaruh yang mengubah dunia dalam bidang penerbitan hingga ke hari ini. Beliau merupakan seorang tukang besi, tukang emas, pencetak dan penerbit, dan juga orang yang bertanggungjawab mencipta mesin cetak pertama dunia. Dengan ciptaan beliau ini dunia telah menjadi lebih mudah untuk mencetak buku dan kosnya menjadi lebih rendah dan berpatutan.

Sebelum terhasilnya mesin cetak pertama, beliau melaburkan tenaga dan wang kepada perusahaan cermin namun gagal. Untuk menjamin bahawa beliau akan membayar hutang kepada pemiutang-pemiutang, beliau berjanji akan memberi bahagian kepada mereka apabila terhasilnya mesin cetak yang sedang diusahakannya.

Model pertama mesin cetak yang dihasilkannya dikeluarkan sekitar tahun 1440 di Strasbourg, hasil gabungan pelbagai teknologi daripada pelbagai bidang. Terima kasih kepada ciptaan beliau kini kita masih menggunakannya secara meluas.

7. Cai Lun : Pencipta kertas

cai lun

Jika Johannes Gutenberg menyumbang kepada dunia dengan mencipta mesin cetak, tanpa ciptaan Cai Lun pula, ciptaan Johannes Gutenberg takkan terhasil. Lahir di Guiyang ketika zaman pemerintahan Han iaitu Maharaja He. Jawatan beliau di istana adalah sebaga sida mahkamah pada tahun 75 SM dan kemudiannya dinaikkan kepada gelaran Shang Fang Si, iaitu seorang pegawai yang bertanggungjawab dalam pembuatan alatan dan senjata.

Dikatakan beliau berkemungkinan mendapat idea penciptaan kertas daripada golongan kelas bawahan, Cai mencipta dan menghasilkan komposisi kertas bersama-sama proses pembuatan kertas pada tahun 105 SM. Teknik-teknik yang digunakan pada era ini masih digunakan sehingga kini walaupun teknologi penghasilan kini lebih kompleks dan canggih seperti proses penyaliran air dan kemudiannya dikeringkan dalam lapisan bertikar yang nipis. Ciptaannya ini diiktiraf di seluruh dunia sehingga selepas kematian beliau.

6. Saint Paul : Mubaligh Kristian dan salah seorang penulis New Testament (Kitab Perjanjian Baharu)

saint paul

Hasil penulisan dan surat-surat oleh Saint Paul telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada terhasilnya New Testament. Beliau merupakan seorang yang sangat berpengaruh dalam perkembangan awal agama Kristian. Rakyat Rom ini di awal kehidupannya pernah mengambil bahagian dalam penindasan terhadap orang Kristian namun beralih dan memeluk agama itu ketika dalam perjalanan ke Damascus. Beliau menekankan bahawa pemeliharaan daripada bahaya adalah berdasarkan kepercayaan dan bukannya adat agama.

5. Confucius : Ahli falsafah China

confucius

Lahir pada tahun 515 SM, Confucius adalah seorang guru, ahli politik dan ahli falsafah yang sangat bijak dalam mendidik merupakan seorang ahli cendekiawan yang sangat bijak dalam mendidik rakyat yang lain akan pegangan moral daripada kepercayaan purba. Ahli cendekiawan ini yang lahir sekitar tahun 551 SM diajar oleh ibu bapanya dalam suasana upacara purba, mempelajari puisi dan muzik serta etika mahkamah purba.

Confucius menjadi seorang guru dan mengajar semua lapisan masyarakat mengenai ajaran moral dan budaya yang dikenali sebagai Li. Beliau sangat disayangi oleh pelajar-pelajarnya kerana sifatnya yang sangat mesra dan cara pengajaranya yang mengajar pelajarnya bergantung kepada personaliti dan sifat-sifat mereka.

Beliau dianggap tidak berjaya pada zaman hidupnya namun falsafahnya memainkan perenan penting dalam mempengaruhi masyarakat China pada masa hadapan serta falsafah China.

Confucianisma, juga dikenali sebagai Ruisma, digambarkan sebagai tradisi, falsafah, agama, agama kemanusiaan atau rasional, cara mentadbir, atau hanya satu cara hidup hasil ajaran Confucius.

4. Buddha : Pengasas agama Buddha

gauthama buddha

Siddharta Gautama atau Gautama Buddha yang lahir dalam keluarga diraja kira-kira pada tahun 400 BC di Nepal merupakan pengasas kepada agama Buddha dan merupakan tokoh utama dalam agama Buddha. Dikatakan hidup dan mengajar di bahagian timur India purba pada sekitar abad ke 4 dan 6 BCE.

Terkenal dan diiktiraf oleh penganut agama Buddha sebagai guru yang menerangi dan mencapai tahap Buddha yang sebenar serta berkongsi pendapat beliau untuk membantu makhluk yang melalui kelahiran semula serta daripada penyeksaan. Ajaran yang dikaitkan dengannya telah diturunkan melalui tradisi pengajaran oral.

3. Jesus Christ : Nabi Islam (Tokoh agama Kristian)

2930840 1335116228164

Dalam kepercayaan orang Kristian, Jesus Christ merupakan anak kepada Tuhan dan tokoh agama Kristian namun beliau merupakan seorang nabi iaitu Isa dalam agama Islam. Al-Quran dan hadis menyebut bahawa Nabi Isa dilahirkan kepada Mariam sebagai hasil kehamilan perawan, sama seperti terma "Annunciation" dalam agama Kristian.

Jesus Christ adalah nama yang diberikan dan digunapakai oleh penganut agama Kristian. Pengaruhnya di kalangan penganut Kristian tidak dapat disangkal lagi sehinggakan ada yang menganggapnya sebagai Tuhan

2. Isaac Newton : Ahli matematik dan saintis

isaac newton

Lahir pada 1642 di England, seorang saintis yang dikenali oleh semua lapisan masyarakat sehingga kini disebabkan oleh penemuannya akan hukum graviti ketika sedang tidur di bawah pokok epal. Diiktiraf sebagai salah seorang saintis yang paling berpengaruh sepanjang zaman kerana penemuannya yang lain seperti hukum mekanik dan juga hukum gerakan. Bukan itu sahaja, beliau juga mengasas rangka untuk revolusi saintifik pada abad ke-7 dengan hasil kerjanya yang diberi nama "Principia Mathematica".

Juga menyumbang dalam bidang optik, agama dan juga alkemi.

1. Muhammad : Nabi dan rasul Islam

muhammad

Tidak syak lagi, disenaraikan di tangga pertama sebagai orang paling berpengaruh di muka bumi, iaitu penghulu manusia, Nabi Muhammad S.A.W. Pengaruh baginda dalam agama Islam dan juga kehidupan seharian sememangnya diiktiraf sendiri oleh orang bukan Islam. Banyak saintis-saintis zaman sekarang yang tidak percaya akan Islam, namun membuat kajian berkenaan rutin harian beliau dan menemukan banyak bukti bahawa baginda adalah manusia terulung.

Daripada asal-usul yang merendah diri, Nabi Muhammad membawa wahyu agama Islam dan diisytiharkan sebagai salah satu agama terbesar di dunia, dan menjadi pemimpin teragung yang paling berkesan. Sehingga hari ini, selepas lebih 1400 tahun kewafatannya, pengaruh baginda masih dipegang kuat dan meluas di serata dunia.

Asal-usul merendah diri, Muhammad ditubuhkan dan diisytiharkan salah satu agama besar di dunia, dan menjadi seorang pemimpin politik yang amat berkesan. Hari ini, tiga belas abad selepas kematiannya, pengaruhnya masih kuat dan meluas.

Dilahirkan pada 20 April 571 Masihi di Mekah kepada pasangan Abdullah dan Siti Aminah. Melalui zaman kanak-kanaknya sebagai seorang anak yatim dan dipelihara oleh datuknya. Setelah kematian datuknya, baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya Abu Talib. Ketika berusia 5 tahun, baginda melalui proses yang tidak dialami kanak-kanak lain apabila dada baginda dibelah oleh malaikat dan dibuang bahagian syaitan yang ada dalam hatinya.

Terkenal dengan sifat baginda iaitu benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana, beliau diangkat menjadi Rasul ketika berusia 40 tahun. Diberikan amanah dan tanggungjawab yang sangat besar memperjuangkan dan menyebarkan agama Islam kepada manusia. Tugas menyampaikan wahyu dan ajaran Islam oleh baginda menerima tentangan yang amat dasyat, sehinggakan ditentang oleh ahli keluarganya sendiri. 

Namun, dengan izin Allah, baginda berjaya menjalankan tugasnya dengan baik. Kini, agama Islam mempunyai umat sebanyak 1.6 billion orang di seluruh dunia. Selawat ke atas Nabi dan para sahabat serta ahli keluarganya.

"Pilihan saya iaitu Muhammad untuk menghuni tangga pertama orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan sesetengah pembaca dan mungkin dipersoalkan oleh orang lain, tetapi baginda adalah satu-satunya manusia dalam sejarah yang berjaya dengan sempurna di kedua-dua peringkat agama dan kehidupan dunia,"

- Michael H. Hart

Wallahualam.

Sumber :

1. The 100 : A Ranking of the Most Influential Persons in History

2. Wikipedia

3. Biography Online


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)