Masalah kemurungan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Lebih-lebih lagi jika kemurungan yang dialami tidak disedari oleh diri sendiri. Ini secara tak langsung membuatkan orang di sekeliling anda juga tidak tahu akan keberadaan diri anda, yang telah terbukti sangat berbahaya dan mengundang padah.

Jika anda atau orang yang anda kenal mempunyai 10 tanda-tanda kemurungan tersembunyi ini, jangan teragak-agak untuk berbuat sesuatu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Hilang minat terhadap perkara yang digemari

10 tanda tanda kemurungan yang tak disedari 5

Apa yang selama ini membawa kegembiraaan kepada anda, namun kini tidak lagi. Anda berasakan seperti anda sedang menantikan sesuatu, tetapi anda tak pasti benda apa. Dan pada yang sama anda menyedari bahawa hidup anda terus berlalu begitu sahaja.

2. Melakukan perkara yang tidak menjadi kebiasaan

Bagi mereka yang mengalami kemurungan yang tidak disedari, tak semua berkelakuan dengan cara yang sama. Anda mungkin mendapati diri anda mengubah gaya hidup dan atau menjadikan sesuatu yang di luar norma sebagai tabiat untuk melawan gangguan dalaman ini termasuklah jogging, mengangkat berat, berjalan-jalan di taman, membeli belah dan lain-lain.

3. Mempunyai tabiat makan dan tidur yang tak normal

10 tanda tanda kemurungan yang tak disedari 1

Tidak normal di sini bermaksud insomnia atau keletihan yang berterusan.

Malah, hilang selera makan atau sentiasa berasa lapar, merupakan tanda-tanda anda kemurungan. Anda biasanya akan meyakinkan diri anda bahawa anda boleh mengawal amalan harian yang "biasa" ini, tapi cara yang anda lakukan ini adalah tidak sihat.

4. Rasa fobia ditinggalkan

Bagi mereka yang mengalami kemurungan, mereka akan berasakan bahawa mereka sebagai satu beban kepada orang yang tersayang.

Mereka biasanya tidak akan mendedahkan bahawa dalaman mereka sedang terseksa kerana bimbang tekanan seperti ini akan membuatkan orang yang mereka sayang meninggalkan mereka.

5. Bersungguh-sungguh untuk kelihatan gembira

robin william yang mengalami kemurungan yang teruk

Ini adalah salah satu tanda besar bahawa seseorang itu mengalami kemurungan. Kemurungan bukan sahaja sejenis mood, tapi ia merupakan kuasa yang sangat kuat yang mampu mengubah tingkah laku anda. Emosi sebenar disembunyikan dan memaksa tingkahlaku yang sangat ceria ketika berinteraksi dengan orang lain kerana mereka tidak mahu sesiapa pun berasa sedih atau tak selesa.

Juga, ia merupakan respon automatik dan sudah menjadi rutin kerana dilakukan dalam satu tempoh yang lama.

6. Sangat berbakat dan kreatif

Orang yang tidak sedar mereka mengalami kemurungan biasanya akan cuba untuk mencari emosi di mana mereka boleh melawan rasa tertekan yang jahat yang menyeksa diri dari dalam.

Kebanyakan daripada mereka ini sangat kreatif dan berbakat, cemerlang dalam seni, muzik, kepimpinan dan lain-lain. Juga terdapat banyak kajian yang mengaitkan kepintaran dengan kemurungan.

7. Kerap fikirkan tentang hidup dan mati

10 tanda tanda kemurungan yang tak disedari 3

Memang kita akan memikirkan tentang kematian dari masa ke masa, namun berususan dengan kemurungan tersembunyi bermakna anda akan sentiasa mempersoalkan tujuan hidup dan berhadapan dengan kematian.

Jika anda kerap kali memikirkan untuk membunuh diri, jangan teragak-agak untuk memberitahu mereka yang rapat dengan anda atau berjumpa dengan pakar. Anda tidak keseorangan!

8. Pandai menyembunyikan cerita

Apabila berhadapan dengan masalah ini, kebolehan berbohong dan menipu berkenaan emosi anda atau tanda-tanda lebam pada badan anda akan berlaku secara semulajadi seolah-olah ia sangat mudah bagi anda.

Walaupun jiwa anda sedang bergelut untuk terus hidup, anda secara tak langsung akan berbohong mengenainya apabila ditanya.

Ini adalah salah satu cara untuk tidak mahu membebankan rakan atau ahli keluarga anda dengan kesedihan anda. 

9. Tak selesa melihatkan orang lain berduka

Disebabkan anda tahu bagaimana rasanya, jadi melihat orang lain dalam kesedihan atau kekecewaan adalah faktor yang membuatkan anda cuba tidak menunjukkan perkara sebenar. 

Anda tak mahu orang lain berasa kesal atau kecewa atau membuatkan mereka kasihankan anda. Dengan ini, anda berasa ia sangat penting untuk memastikan orang di sekeliling anda selesa dan gembira.

10. Seorang yang sukakan kesempurnaan

10 tanda tanda kemurungan yang tak disedari 4

Anda sentiasa mencari cinta dan kasih sayang, yang merupakan satu lagi faktor yang membuatkan anda tak mahu mengambil risiko untuk membuatkan orang yang anda sayang berasa tidak selesa.

Menunjukkan yang diri anda tak sempurna kepada orang tersayang bermakna anda membiarkan kelemahan anda terserlah. Jadi, anda akan berusaha untuk melakukan semua perkara dengan sempurna.




Hakcipta iluminasi.com (2017)