Oleh pada 24 Dec 2017 kategori

gambar runtuhan bangunan

Menurut sejarah, terdapat beberapa kejadian runtuhan bangunan yang meragut ratusan nyawa yang tidak berdosa. Antara punca yang dikenalpasti termasuk letupan bom dan penyelenggaraan yang lemah.

Antara pengajaran yang perlu dipelajari oleh semua pihak ialah betapa pentingnya pembangunan yang lebih kukuh dan terancang. Ciri-ciri keselamatan yang optimum juga perlu dititikberatkan dalam mengurangkan kadar kematian berpunca daripada kemalangan melibatkan bangunan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jom semak senarai 10 insiden runtuhan bangunan yang paling dahsyat di muka bumi.

10. Versailles Wedding Hall, Jerusalem, Israel

versailles wedding hall

Sumber foto: Uriel Sinai / Haaretz

Versailles Wedding Hall di Talpiot, Jerusalem ialah tapak bencana awam terburuk dalam sejarah Israel. Pada 24 Mei 2001, kejadian malang itu berlaku semasa berlangsungnya perkahwinan pasangan pengantin, Keren dan Asaf Dror. Sebahagian besar kawasan tingkat ketiga bangunan tersebut tiba-tiba runtuh.

Akibatnya, 23 orang maut akibat terjatuh dari tingkat 2. Antaranya ialah keluarga pengantin lelaki seperti datuk dan sepupunya yang berusia 3 tahun. Seramai 380 mangsa lain dilaporkan cedera. Pengantin perempuan mengalami kecederaan pelvis yang serius dan terpaksa melalui pembedahan. 

Menurut siasatan awal, ianya dipercayai berpunca daripada cara "Pal-Kal" atau ekspres untuk membina sistem tingkat konkrit berkotak. Beberapa minggu sebelum kejadian, pemilik dewan perkahwinan tersebut membuat keputusan untuk membuang beberapa bahagian. Sebaik laluan beban dibuang, tingkat atas mula kendur beberapa inci.

Bagi menyelesaikan masalah itu, pemilik cuba mendatarkannya dengan turap dan penimbusan tambahan. Bagaimanapun, pendekatan itu bukan sahaja gagal dijadikan sebagai kapasiti sktruktur tambahan, malah ia juga secara tidak sengaja memperkenalkan beban mati yang baru pada kawasan bangunan itu yang lemah.

9. Highland Towers, Selangor, Malaysia

highland towers 877

Sumber foto: Kamarudin Ahmad / New Straits Times

Bangunan apartmen Highland Towers, terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, Malaysia, roboh pada 11 Disember 1993,  Runtuhan Blok 1 apartmen tersebut menyebabkan kematian 48 orang dan kesemua penduduk blok 2 dan 3 terpaksa dipindahkan atas faktor keselamatan.

Ia disebabkan kandungan air dalam tanah menjadi terlalu tepu. Tanah menjadi likat atau pada asasnya, menjadi lumpur. Tanah runtuh dengan anggaran 100,000 meter persegi lumpur merempuh asas Blok 1 dan menolaknya ke hadapan secara berperingkat.

Selepas sebulan tekanan itu berlaku secara berterusan, asas bangunan itu retak. Pada November 1993, penduduk mula nampak rekahan terbentuk dan melebar pada jalan sekitar Highland Towers, suatu tanda awal runtuhan itu. Malangnya, tiada siasatan lanjut yang dilakukan, sebelum blok itu akhirnya runtuh pada 11 Disember 1993.

8. Bangunan kediaman di Mumbai, India

runtuhan bangunan kediaman di mumbai india

Sumber foto: Terrific Top 10

Pada 27 September 2013, sebuah bangunan kediaman runtuh di kawasan Mazagaon, Mumbai di negeri Maharashtra, India. Sekurang-kurangnya 61 orang meninggal dunia dan 32 yang lain cedera dalam bencana tersebut.

Polis mengatakan runtuhan berlaku selepas lantai mezanin dibina tanpa kebenaran dalam sebuah gudang pejabat di tingkat bawah bangunan berkenaann.

Harga sewa dan hartanah di Mumbai adalah antara yang tertinggi di Asia. Ramai rakyat yang dipaksa untuk tinggal di dalam kediaman usang dan terbiar, di bandar yang tanahnya adalah terhad.

7. Thane Building, India

bangunan thane india

Sumber foto: Terrific Top 10

Pada 4 April 2013, bangunan runtuh di tanah puak di Mumbra, sebuah pinggir bandar Thane di Maharashtra, India. Ia digelar sebagai runtuhan bangunan terburuk di kawasan terbabit.

Seramai 74 mangsa disahkan meninggal dunia, termasuk 18 orang kanak-kanak. Bangunan itu masih lagi dalam proses pembinaan dan tidak mempunyai sijil penghunian. Penduduknya seramai 100 ke 150 orang, terdiri dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Selain golongan keluarga, pekerja tapak pembinaan juga tinggal di dalam bangunan itu. Sejumlah 15 suspek ditahan termasuk pembina, jurutera, pegawai perbandaran dan pihak lain yang bertanggunjawab.

6. Hyatt Regency Walkway, Kansas City, Missouri

hyatt regency walkway

Sumber foto: Building Failures

Pada 17 Julai 1981, dua laluan pejalan kaki yang tergantung melalui lobi Hyatt Regency di Kansas City, Missouri runtuh. Kejadian itu membunuh 114 orang dan mencederakan 200 orang pada sebuah acara minum petang diiringi tarian dipanggil "tea dance".

Runtuhan itu dipercayai disebabkan oleh kelewatan perubahan dari segi reka bentuk. Ini mengubah kaedah dimana rod yang menanggung laluan pejalan kaki itu dihubungkan. Tanpa disedari, ia telah menggandakan daya pada sambungan tersebut.

Kegagalan itu menekankan perlunya komunikasi yang bagus antara jurutera reka bentuk dan kontraktor. Tidak ketinggalan ialah pemeriksaan ketat pada reka bentuk, terutamanya perubahan yang dicadangkan oleh kontraktor.

Masalah seperti itu sebenarnya merupakan kajian kes yang biasa bagi kursus kejuruteraan seluruh negara. Malah, ia digunakan untuk mengajar kepentingan etika dalam kejuruteraan.

5. Royal Plaza Hotel, Thailand

royal plaza hotel thailand

Sumber foto: Listverse

Pada 13 Ogos 1993, Royal Plaza Hotel di bandar Nakhon Ratchasima (Khorat) di Thailand runtuh. Seramai 137 orang terbunuh dan 227 orang cedera.

Mengambil masa kurang dari 10 saat, bangunan itu runtuh dan mengubah kompleks setinggi 6 tingkat itu menjadi timbunan debu. Satu-satunya bahagian yang terselamat ialah dewan lif hadapan yang dibina berasingan dari struktur lain.

Perubahan bentuk berperingkat oleh kerana rayapan melemahkan kesemua tiang sokongan tingkat bawah. Apabila salah satu gagal berfungsi, selebihnya akan terikut dengan pantas, sehingga menyebabkan runtuhan yang hampir sepenuhnya secara menegak.

Beberapa orang berjaya diselamatkan dari runtuhan itu. Sementara itu, mangsa yang terperangkap menjerit meminta pertolongan menggunakan telefon bimbit.

Kelalaian didakwa menjadi punca, dimana juruteranya telah melanggar peraturan keselamatan dan mengambil pendekatan yang tidak profesional. Pihak polis menahan pemilik bangunan itu dan 5 lagi individu lain.

Tempoh operasi menyelamat dilanjutkan mencecah 20 hari, sehingga 3 September 1993. Ia dianggap sebagai salah satu malapetaka paling buruk dalam sejarah negara Thailand.

4. Alfred P. Murrah Federal Building, Oklahoma City

alfred p murrah federal building oklahoma city

Sumber foto: Reddit

Pada 19 April 1995, sebahagian konkrit setinggi 9 tingkat pada bangunan persekutuan ini runtuh dalam sebuah serangan bom kereta besar-besaran. Ia mencatat jumlah kematian seramai 168 orang.

Serangan tersebut menyebabkan runtuhan tidak rata pada sktruktur bangunan itu. Kaca bertaburan dan menghancurkan sepenuhnya tiang konkrit bertetulang di aras bawah.

Pada tingkat kedua, jarak tiang yang lebih luas wujud. Beban dari tiang tingkat atas dipindahkan ke tiang yang lebih sedikit di bawah, oleh galang tingkat kedua.

Penyingkiran salah satu tiang tingkat yang lebih rendah menyebabkan tiang disekelilingnya gagal berfungsi kerana terdapat beban tambahan. Akhirnya ia menyebabkan keruntuhan secara menyeluruh bahagian pusat bangunan itu.

Pengeboman itu merupakan salah satu peringatan terawal untuk memberitahu kita bagaimana pengganas boleh berikan daya melampau dari beban letupan terhadap sesuatu bangunan.

Kesedaran itu sekaligus membawa kepada meningkatnya pertimbangan terhadap faktor keganasan dalam reka bentuk sktruktur bangunan.

3. Sampoong Department Store, Korea Selatan

sampoong department store south korea

Sumber foto: Wikimedia

Pada 29 Jun 1995, bangunan kedai serbaneka setinggi 5 tingkat di daerah Seocho di Seoul, South Korea runtuh dalam masa 20 saat dan mengakibatkan kematian 502 orang.

Pada April 1995, retakan mula kelihatan pada siling tingkat kelima sayap selatan kedai tersebut. Ini disebabkan oleh wujudnya unit penghawa dingin pada bumbung dan sktruktur yang lemah.

Lima jam sebelum runtuhan, beberapa bunyi bising yang kuat didengar dari tingkat atas. Getaran penghawa dingin menyebabkan retakan bidur menjadi semakin merebak.

Sebaik laporan dari pelanggan diterima, penghawa dingin itu ditutup. Tetapi, retakan di lantai telah membesar ke 10cm. Pada kira-kira pukul 5.00 petang waktu tempatan, siling tingkat kelima mula tenggelam.

Kira-kira sejam selepas itu, bumbung tercabut dan unit penghawa dingin terhempas ke tingkat kelima. Lebih dari 1,500 orang terperangkap dan seramai 502 orang terbunuh.

2. Rana Plaza, Bangladesh

rana plaza bangladesh

Sumber foto: Wikipedia

Pada 24 April 2013, Rana Plaza, sebuah bangunan komersial 8 tingkat di daerah Savar, Bangladesh runtuh. Jumlah kematian ialah seramai 1,129 orang dan 2,515 lagi cedera.

Bangunan itu menempatkan beberapa kilang pakaian, kedai dan sebuah bank. Ketua Perkhidmatan Kebakaran dan Pertahanan Awam Bangladesh berkata, 4 tingkat teratas telah dibina tanpa permit.

Menurut cadangan arkitek, bangunan itu sepatutnya dibina untuk kedai dan pejabat, bukannya kilang. Artikek yang lain menekankan risiko yang terlibat dalam meletakkan kilang dalam sebuah bangunan yang direka hanya untuk kedai dan pejabat. 

Strukturnya berpotensi menjadi tidak cukup kuat untuk menanggung berat dan kesemua mesin yang ada. Malah, rekahan telah ditemui di dalam bangunan itu sehari sebelum kejadian. Bangunan itu diminta untuk ditutup dan kesemua penghuni dipindahkan.

Kedai dan bank di tingkat bawah ditutup dengan kadar segera. Tetapi, pekerja kedai pakaian di situ dipaksa untuk kembali keesokan harinya, dimana penyelia mengisytiharkan bangunan itu selamat.

1. World Trade Center, New York City

world trade center new york city

Sumber foto: Getty Images / Warta Kota

Bangunan berkembar World Trade Center runtuh pada 11 September 2001, akibat serangan pengganas bersekutu al-Qaeda. Mereka merampas 4 pesawat jet penumpang komersial dan merempuh WTC menggunakan dua daripadanya.

Kedua-dua Menara Utara (1 WTC) dan Menara Selatan (2 WTC) menjadi sasaran. Runtuhan tersebut memusnahkan kompleks yang selebihnya. Serpihan runtuhan itu merosakkan lebih dari 12 struktur lain yang berhampiran.

Seramai 2,752 orang disahkan meninggal dunia, termasuk kesemua 157 penumpang, perampas dan kru yang berada di dalam kedua-dua kapal terbang itu.

Pada Mei 2002, Kumpulan Penyelidik Prestasi Bangunan mengeluarkan suatu laporan bahawa kesan pelanggaran itu dikenalpasti menyebabkan kerosakan struktur yang luas termasuk runtuhan setempat.

Api yang marak melemahkan struktur berbingkai besi itu sehingga mengakibatkan runtuhan secara menyeluruh. Mereka juga mencadangkan kajian kejuruteraan yang lebih terperinci dibuat tentang runtuhan bangunan paling dahsyat dalam sejarah itu.

Rujukan: Terrific Top 10




Hakcipta iluminasi.com (2017)