Siapa tak sukakan kecantikan? Ia adalah lumrah manusia, terutamanya bagi kaum hawa. Mereka sanggup menghabiskan wang untuk kelihatan cantik dan mahu mempercayai bahawa produk yang dibeli berkesan dengan baik.

Namun, tak semua produk yang kita bergantung harap, dapat membuatkan anda lebih muda dan cantik. Sesetengah produk dihasilkan oleh pengeluar hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan, melihatkan mereka yang bermasalah sanggup melakukan apa sahaja.

iluminasi.com ingin menyelamatkan anda daripada membazir membeli produk yang sia-sia, dan ini adalah 10 produk kecantikan yang langsung tak membantu anda.

1. Topeng muka

topeng muka 10 produk kecantikan yang membazir

Topeng muka yang sangat comel dan lucu ini sangat mudah digunakan, namun dengan harga yang agak mahal, ia adalah tidak berbaloi. Kebanyakan topeng muka ini berfungsi melembapkan wajah anda atau menyerap minyak seperti mana topeng muka yang murah.

Jadi, tak perlu beli topeng yang mahal yang menjanjikan fungsi-fungsi lain.

2. Krim selulit

Semua orang yang mempunyai masalah ini berharap agar krim selulit benar-benar berkesan. Namun semua kajian yang dijalankan membuktikan sebaliknya. Krim biasanya boleh melembutkan kulit da memebrikan kesan jangka pendek, namun realitinya, hanya dua perkara sahaja yang mampu menghapuskan selulit, iaitu pemakanan yang seimbang dan juga bersenam.

Wang yang anda gunakan untuk membeli krim ini sebaiknya digunakan untuk membeli makanan yang berkhasiat.

3. Krim payudara

Selepas krim selulit, ini adalah satu-satunya krim yang mana diharapkan oleh golongan wanita yang bermasalah. Menurut saintis di Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat, untuk beberapa dekad, berpuluh-puluh juta ringgit telah dibelanjakan ke atas peranti, krim dan losyen yang diiklankan mampu untuk membersarkan payudara, namun semua wang ini telah dibazirkan begitu sahaja.

Setakat ini, tiada peranti atau sistem bersenam yang mampu menambahkan saiz payudara. Setidaknya, peranti hanya mampu menguatkan dan membina otot yang menyokong payudara, dan dengan bersenam otot-otot ini tidak akan membesarkan payudara.

4. Lip Balm

lip balm 10 produk kecantikan yang membazir 570

Sesetengah lip balm boleh menyuburkan kulit yang sangat berharga pada bibir anda, tetapi kebanyakannya mengandungi camphor, fenol dan mentol yang mana semua ini akan hanya mengeringkan kulit anda.

Anda hanya akan berada dalam kitaran yang "ganas", kerana semakin anda menggunakannya, semakin kering bibir anda. Dan semakin kering bibir anda, semakin kuat anda rasa keperluan untuk memakainya.

Adalah lebih baik anda menggunakan minyak zaitun pada bibir yang kering yang akan melegakan, melembutkan, dan melincirkan bibir anda.

5. Toner muka

toner muka 10 produk kecantikan yang membazir

Tujuan penggunaan toner adalah untuk membuang segala minyak pada wajah anda, namun apa yang dilakukannya adalah sebaliknya. Kebanyakan toner menggunakan alkohol sebagai bahan utama, yang akan terlalu mengeringkan wajah anda.

Apabila wajah anda menjadi terlalu kering, ia akan memberikan isyarat kepada badan anda untuk menghasilkan lebih banyak minyak, membuatkan penghasilan minyak menjadi terlalu produktif.

Pakar dermatologi mengesyorkan anda membersihkan wajah dengan krim pembersih kerana ia kurang kasar dan mengekalkan pH yang betul pada kulit anda.

6. Losyen tangan, badan dan kaki

krim badan 10 produk kecantikan yang membazir

Perasan tak anda bahawa harga krim mata adalah sangat mahal, diikuti dengan krim kaki, krim tangan, dan losyen badan adalah yang paling murah? Teknik pemasaran yang dilakukan oleh pengeluar dan pengedar sangat efektif.

Hakikatnya, semua krim adalah sama, hanya pembungkusannya sahaja yang berbeza. Biasanya dan secara logiknya, krim yang lebih mahal ditempatkan dalam pembungkusan yang kelihatan lebih mahal dan ekslusif.

Namun di sebalik "wajah" pembungkusan yang cantik atau tidak, semua krim pelembap berfungsi dengan cara yang sama, dan anda boleh menggunakannya di seluruh bahagian badan anda.

7. Pemulih rambut pecah

pemulih rambut pecah 10 produk kecantikan yang membazir

Krim, losyen dan serum yang menjanjikan untuk memulihkan hujung rambut anda dan membuatkannya kelihatan sihat kembali adalah tidak benar. Tiada apa yang mampu memulihkan masalah hujung rambut retak atau mengikat rambut anda secara kekal bersama-sama.

Produk ini mungkin mampu membuatkan rambut anda kembali lekat bersama, memberikan ilusi bahawa masalah anda sudah selesai. Tapi, cuba anda mandi atau sikat rambut anda, pasti rambut anda akan berpecah semula.

Simpan wang anda, atau labur dengan mengguntingkan rambut anda. Ia adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini.

8. Krim tanda regangan

krim tanda regangan 10 produk kecantikan yang membazir

Tanda regangan, antara musuh nombor satu bagi kaum hawa. Kebanyakan wanita sanggup melakukan apa sahaja untuk menghilangkannya dan perkara ini diketahui oleh indsutri kecantikan.

Syarikat-syarikat kosmetik mendakwa bahawa krim mereka mampu merangsang pengeluaran kolagen dan menghilangkan tanda regangan. Malangnya, kajian menunjukkan bahawa krim tanda regangan adalah tidak berkesan dan hanya berfungsi secara sementara melembapkan dan menegangkan kulit di sekeliling kawasan tersebut.

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa minyak badam pahit mungkin dapat membantu masalah ini. Penyelidikan lanjut mengenai terapi laser menunjukkan ia mampu menjanjikan dalam pengurangan tanda regangan.

9. Pembersih muka yang mahal

pembersih muka 10 produk kecantikan yang membazir

Bagi yang selalu mengunjungi kedai kecantikan, pasti anda perasan bahawa terdapat pembersih muka dari harga RM5 hingga RM100, malah lebih mahal. Kebanyakan pakar dermatologi berpendapat bahawa membelanjakan wang yang banyak kepada sesuatu yang hanya digunakan pada wajah untuk tempoh yang singkat adalah sia-sia dan membazir.

Pembersih muka hanya berfungsi sebagai penghapus solekan, minyak dan kotoran, itu sahaja. Jika ada pembersih muka yang menjanjikan lebih daripada ini, ia hanyalah satu penipuan terang-terangan.

Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda membelanjakan wang anda yang anda berjimat daripada membeli pembersih muka mahal, kepada berus pembersih elektronik, yang menggunakan getaran ultrasonik membersihkan muka anda dengan perlahan-lahan.

10. Produk kecilkan pori atau liang

produk kecilkan pori 10 produk kecantikan yang membazir

Pori atau liang roma anda sudah ditentukan oleh genetik anda, dan tiada produk yang pernah terbukti dapat mengurangkan saiznya. Produk-produk yang terdapat di pasaran yang mendakwa mampu mengecilkan pori anda adalah palsu semata-mata.

Produk-produk tersebut mengisi pori-prosu secara sementara dengan silikon supaya ia kelihatan seperti hilang.

Rujukan:

1. Prevention

2. Healthyway




Hakcipta iluminasi.com (2017)