Keputusan SPM 2018 baru sahaja diumumkan pada hari ini dan seperti biasa ada pelajar bergembira dengan keputusan yang diterima manakala yang lainnya menangis kecewa.

Jika ditanyakan kepada orang dewasa, SPM bukanlah penentu masa depan kerana banyak lagi peluang yang boleh direbut selepas itu. Jika dibandingkan dengan STPM, ramai yang mengatakan bahawa peperiksaan SPM adalah jauh lebih mudah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, terdapat beberapa peperiksaan di dunia yang mana bukan calang-calang calon boleh melepasinya. iluminasi.com kongsikan 10 peperiksaan paling sukar di dunia.

10. Pakar Rangkaian Bertauliah Cisco - CCIE

cisco

CCIE adalah lebih kepada satu pensijilan, dan bukannya peperiksaan masuk untuk institusi pendidikan. Akan tetapi, ia adalah salah satu peperiksaan yang paling sukar di dunia.

Cisco menjalankan ujian ini untuk merekrut jurutera rangkaian. Peperiksaan ini menilai keupayaan calon untuk merancang, mengendali dan menyelesaikan masalah infrastruktur rangkaian menggunakan peralatan Cisco yang berbeza.

Peperiksaan dibahagikan kepada 6 bahagian dalam 2 fasa. Fasa praktikal berlangsung selama lapan jam. Cisco mendakwa kurang daripada 1% jurutera rangkaian di seluruh dunia berjaya menerima pensijilan ini.

9. Perkhidmatan Kejuruteraan India - IES

ies

Peperiksaan ini mempunyai 4 peringkat yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kesatuan (UPSC) di India.

UPSC merekrut Perkhidmatan Kejuruteraan India untuk menjaga perkhidmatan pengurusan dan teknikal kerajaan India.

Peperiksaan ini terdiri daripada 6 ujian. Setiap tahun, beratus-ratus ribu jurutera muncul untuk peperiksaan ini kerana pekerjaan yang ditawarkan agak lumayan.

8. Mensa

mensa

Persatuan Mensa adalah komuniti IQ tinggi yang tertua di dunia. Setiap negara mempunyai Persatuan Mensa sendiri.

Tiada had umur untuk mengambil ujian ini. Ujian IQ Mensa adalah ujian IQ yang tersangat sukar.

Anda boleh mencuba nasib anda untuk menjadi ahli Persatuan Mensa, tetapi anda perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 98% daripada markah keseluruhan.  

7. CFA - Penganalisis Kewangan Bertauliah

chartered financial analyst

CFA adalah pensijilan profesional yang dianugerahkan oleh Institut CFA. Menurut Wall Street Journal, ia adalah salah satu peperiksaan paling sukar di dunia.

Kurang daripada 20% pemohon yang berjaya melepasinya, yang mana kebanyakannya selepas percubaan berulang.

Secara purata, calon membuat 4 percubaan untuk melepasi peperiksaan. Sebaik sahaja calon melengkapkan program ini, mereka akan menjadi "CFA Charterholder."

6. CA - Akauntan Bertauliah

chartered account

Jika anda beranggapan bahawa peperiksaan CFA adalah sukar, anda masih belum tahu tentang peperiksaan Chartered Account di India ini.

CA adalah peperiksaan 3 peringkat yang dijalankan oleh Institut Akauntan Bertauliah India (ICAI).

Calon berhempas pulas, mengerah keringat dan air mata untuk beberapa tahun cuba melepasi 3 tahap yang sangat sukar ini.

Kebanyakan mereka berputus asa selepas percubaan berulang. Hanya kira-kira 10% calon sahaja yang berjaya lulus peperiksaan.

5. All Souls Prize Fellowship Exam

max harris antara salah seorang yang lulus all souls prize fellowship exam

Peperiksaan Fellowship ini dijalankan oleh Universiti Oxford.

Bahagian yang paling tidak masuk akal mengenai peperiksaan ini bukanlah kerana kesukarannya, tetapi hakikat bahawa Universiti Oxford hanya memilih dua orang untuk Fellowship daripada semua calon.

Sehingga beberapa tahun yang lalu, Universiti Oxford memerlukan calon-calon untuk menulis esei berdasarkan satu  topik tunggal.

Calon perlukan pengetahuan mengenai fakta dan minda yang kreatif untuk lulus peperiksaan ini.  

4. Institut Teknologi India - Joint Entrance Examination (JEE)

iit jee exam

Institut Teknologi India (IIT) telah mencipta beberapa eksekutif di Silicon Valley yang terkemuka termasuklah CEO Google, Sundar Pichai.

Tetapi untuk masuk ke IIT, anda perlu menduduki antara salah satu peperiksaan yang paling sukar di Bumi. IIT-JEE menjadi satu mimpi ngeri bagi mereka yang ingin menjadi jurutera di India.

Institusi lain seperti NIT, CFTI dan IIIT menerima pelajar berdasarkan peperiksaan yang sama. Lebih daripada setengah juta pelajar mengambil peperiksaan ini setiap tahun, tetapi hanya beberapa ribu orang sahaja yang diterima masuk ke IIT. 

3. Gaokao atau Peperiksaan Kemasukan Kolej Kebangsaan China

gaokao

Gaokao boleh dikatakan peperiksaan paling sukar di China. Pelajar mengambil ujian ini pada tahun terakhir sekolah menengah dan berharap dapat diterima masuk ke salah satu kolej terbaik di negara ini.

Peperiksaan ini dijalankan selama 9 jam selama dua hari. Ia wajib bagi pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Oleh sebab ini, hampir 10 juta calon mengambil peperiksaan ini setiap tahun.

Dan daripada jumlah yang ramai ini, hanya kira-kira 0.2% calon sahaja yang berjaya mendapatkan markah untuk masuk ke kolej ternama.

Gaokao telah menjadi penyebab utama kegelisahan di kalangan remaja di China sehinggakan banyak dokumentari telah dihasilkan tentang peperiksaan ini.

2. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kesatuan (UPSC)

upsc

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kesatuan (UPSC) menjalankan peperiksaan ini setiap tahun untuk merekrut untuk pelbagai jawatan dalam kerajaan.

Peperiksaan ini dijalankan dalam 3 tahap yang berlangsung selama beberapa bulan, dengan tahap terakhir adalah temuduga peribadi.

Ia adalah salah satu peperiksaan yang paling sukar di dunia. Malah, mereka yang lulus peperiksaan IIT-JEE juga gagal untuk lulus peperiksaan UPSC ini.

Kadar lulus adalah di antara 0.1% hingga 0.4% sahaja.

1. Peperiksaan Master Sommelier Diploma 

master sommelier diploma 70

Ini adalah peperiksaan untuk pakar pembuat wain. Court of Master Sommeliers telah ditubuhkan pada tahun 1977 dan mengendalikan peperiksaan ini.

Anda boleh mengambil peperiksaan Diploma Master Sommelier hanya jika anda lulus Sijil Sommelier Lanjutan.

Calon bukan sahaja perlu lulus peperiksaan teori lisan, tetapi juga akan berhadapan dengan ujian rasa 6 jenis anggur dalam keadaan mata tertutup dan perkhidmatan restoran praktikal.

Kebanyakan calon berputus asa selepas 5 hingga 6 percubaan. Selama 40 tahun yang lalu, hanya 229 orang sahaja yang telah berjaya melepasi peperiksaan ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)