Oleh pada 02 Nov 2017 kategori

Ramai yang tahu negeri seperti Perlis dan Pulau Pinang merupakan negeri terkecil yang ada di Malaysia. Orang ramai juga menganggap negara seperti Singapura merupakan negara-negara yang kecil tetapi tidak ramai yang tahu bahawa masih wujud negara yang lebih kecil daripada negeri-negeri di Malaysia. 

Fakta menarik tentang Singapura ialah ia merupakan sebuah negara yang mempunyai keluasan bersaiz 687 km² dan mempunyai saiz lebih kecil daripada negeri Perlis yang bersaiz 821 km²  dan Pulau Pinang yang bersaiz 1048 km². Namun keluasan ini sebenarnya boleh dianggap besar kerana negara-negara di bawah mempunyai saiz berkali-kali ganda lebih kecil daripada negeri-negeri ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ramai yang pasti tertanya jika negara ini sangat kecil, bagaimana ia boleh terus kekal dengan ekonomi yang tidak seberapa. Sebenarnya ekonomi negara-negara ini boleh dianggap agak kukuh kerana kebanyakkan negara ini merupakan tempat pelancongan yang memperoleh banyak keuntungan daripada pelancong asing. Jika berkesempatan, jangan terlepas peluang untuk menikmati keindahan negara ini.

10. Malta - 316 km² 

Malta merupakan sebuah negara pulau yang terletak di Laut Mediterranean. Negara ini sebenarnya terdiri daripada 3 pulau iaitu Gozo, Comino dan Malta. Republik Malta mempunyai jumlah penduduk seramai 450,000 membuatkan negara ini sebagai salah satu negara yang terpadat di dunia. Salah satu tarikan bagi pelancong-pelancong kerana ia terkenal dengan cuaca cerahnya, pantai-pantai yang menarik, kehidupan malam yang meriah serta kaya dengan sejarah lampau.

9. Maldives - 300 km²

maldives negara paling kecil di dunia

Maldives merupakan sebuah tempat percutian yang digemari ramai dan ia merupakan negara terkecil di Asia. Jika anda mencari Maldives di Google Map, anda harus zoom sebanyak 3-4 kali untuk melihat kerana ia sangat kecil. Maldives terkenal dengan pantai pasir putihnya selain air laut yang berwarna biru kristal menjadi tarikan utama pelancong. Jika hendak melancong ke Maldives, anda harus sediakan wang yang sangat banyak.

8. Saint Kitts and Nevis - 261 km²

saint kitts and nevis negara paling kecil di dunia

Negara ini merupakan gabungan dua pantai Caribbean dan ia merupakan antaranya pulau pertama yang dipenuhi dengan orang-orang daripada Eropah. Seperti negara-negara dalam senarai, ekonomi utama negara ini juga bergantung kepada pelancongan. Untuk mereka yang suka menyelam, anda amat digalakkan ke negara ini kerana iai mempunyai berbagai jenis hidupan marin.

7. Marshall Islands - 181 km²

marshall island negara paling kecil di dunia

Republik Pulau Marshall merupakan sebuah pulau yang boleh dijumpai di Lautan Pasifik. Ia terletak antara tengah-tengah pulau Hawaii dan benua Australia. Sekeliling pulau ini mempunyai biodiversiti yang hebat dan terdapat sehingga 800 spesis ikan selain sebanyak 160 spesis batu karang. Selain itu, anda juga dapat mencuba menaiki kapal karam di kawasan sekililing pulau ini.

6.Liechtenstein - 160 km²

liechtenstein negara paling kecil di dunia

Negara ini merupakan sebuah negara terpencil di antara Switzerland dan Austria. Liechtenstein juga merupakan satu-satunya negara yang terletak di Alps. Negara berbahasa Jerman ini merupakan negara terkaya di dunia berdasarkan nilai kasar keluaran dalam negara (GDP) per kapita dengan kadar pengangguran terendah dunia iaitu 1.5%. Disebabkan tiada lapangan terbang, anda harus mendarat di lapangan terbang Zurich untuk sampai ke negara ini yang diperintah oleh seorang putera.

5. San Marino - 61 km²

san marino negara paling kecil di dunia

San Marino terletak dalam Itali namun ia bukan sebahagian daripada negara Itali. Negara ini juga merupakan sebuah negara yang mempunyai suasana tenang dan juga merupakan antara negara yang terkaya di dunia berdasarkan GDP per kapita. Negara ketiga terkecil di Eropah ini mempunyai jumlah penduduk seramai 30,000. Gambar di atas menunjukkan Guaita kubu tertua negara ini dengan pemandangan yang indah.

4. Tuvalu 26 km²

tuvalu negara paling kecil di dunia

Negara yang pernah dikenali sebagai Pulau Ellice ini terletak di Lautan Pasifik dan berada di timur laut Australia. Seramai 10,000 orang penduduk menetap di negara ini dan hanya mempunyai jalan raya yang jaraknya hanya 8 km. Negara ini hanya mempunyai satu hospital dan ia pernah dijajah oleh British sebelum mencapai kemerdekaan pada 1978.

Walaupun ia mempunyai tarikan yang menarik seperti pantai laut biru kristal, namun tidak ramai pelancong yang datang kerana jaraknya yang jauh. Pada tahun 2010, pelancong yang bercuti ke negara ini kurang daripada 2,000 dan 65% datang disebabkan oleh urusan perniagaan.

3. Nauru - 21 km²

nauru negara terkecil di dunia

Nauru merupakan negara pulau yang terkecil di dunia dan ia terkenal pada tahun 1980 kerana perlombongan fosfat tapi sekarang ia hanya merupakan pulau yang sepi. Tidak ramai pelancongan yang datang ke sini selepas hampir semua sumber fosfat di negara ini telah habis. 90% daripada penduduk negara ini tidak mempunyai pekerjaan dan salah satu fakta menarik tentang negara ini ialah ia mempunyai mempunyai kadar obesiti kedua tertinggi dunia.

2. Monaco - 2 km²

monaco negara terkecil di dunia

Bagi peminat bola sepak, anda pasti terkejut kerana tidak pernah menyangka Monaco merupakan sebuah negara. Monaco terkenal buat mereka yang gemar berjudi, barangan mewah dan bersiar-siar menaiki bot.. Ia bersempadan dengan negara Perancis dan disebabkan negara ini sangat kecil, kelab pasukan bolasepaknya terpaksa masuk dengan liga negara Perancis. Negara ini merupakan negara paling padat di dunia.

1. Vatican City - 0.44 km²

vatican city negara terkecil di dunia

Negara terkecil ini dikelilingi oleh bandar Rom di Itali dan terkenal dengan kerana ia merupakan pusat Gereja Katolik. Negara ini mempunyai gereja terbesar di dunia dan ia juga merupakan tempat yang sesuai buat mereka yang meminati seni kerana banyak karya zaman Renaissance yang dipaparkan di negara ini. Ekonomi negara ini disumbang oleh 1 billion ahli Gereja Katolik Rom.

sumber: World Atlas




Hakcipta iluminasi.com (2017)