Purata ketinggian terendah bermakna purata ketinggian orang dewasa daripada populasi sesebuah negara termasuk kedua-dua jantina dan diambil dari kajian berskala besar serta tinjauan wakil penduduk negara secara keseluruhan.

Dalam negara-negara yang disenaraikan, adalah perkara biasa untuk melihat ketinggian orang dewasa yang lebih pendek daripada ketinggian dewasa yang setaraf dengan norma global.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bentuk badan yang rendah tidak diberikan piawaian yang tepat namun di negara maju, seorang lelaki yang lebih rendah daripada 162.6 sentimeter dan wanita yang lebih rendah daripada 149.9 sentimeter dianggap sebagai pendek.

Namun, di negara Eropah yang mana individu tinggi menjadi kebiasaan, lelaki yang lebih rendah daripada 170.2 sentimeter dan wanita lebih rendah daripada 157.5 sentimeter dianggap pendek. 

Ketinggian dibawah purata dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa kerap berpunca daripada kekurangan zat makanan.

Walaupun kekurangan ketinggian dikaitkan dengan genetik seseorang atau faktor hormon pertumbuhan manusia, namun faktor kebudayaan dan persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan, dan kali ini iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 10 negara dengan purata ketinggian paling rendah di dunia.

10. Nigeria - 162 sentimeter

nigeria 10 negara dengan populasi paling pendek di dunia

Nigeria juga berusaha dengan sehabis baik untuk meningkatkan ketinggian purata penduduknya 162 sentimeter termasuk kedua-dua jantina. Rantau Sahel ini sangat kekurangan zat makanan yang menyumbang kepada terbantutnya pertumbuhan rakyat Nigeria.

Statistik menunjukkan bahawa terdapat kira-kira 1.1 juta kanak-kanak kekurangan zat makanan di negara ini yang mana kebanyakannya disebabkan oleh persekitaran yang gersang.

UNICEF terus memantau keadaan di Nigeria, tetapi keganasan sektarian yang berlaku terutama di sepanjang sempadan utara telah mempengaruhi usaha mereka. Faktor lain seperti keadaan alam sekitar yang kekurangan air bersih dan keadaan yang tidak bersih tidak membantu mereka.

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang dibawa ke tempat selamat dan bersih, serta diberikan makanan yang bernutrisi tinggi akhirnya mencapai pertumbuhan fizikal yang sihat.

Ini menunjukkan betapa pentingnya kebersihan kepada kesihatan dan pertumbuhan, apabila segala faktor lain adalah sama.

9. Iraq - 160.7 sentimeter

iraq 10 negara dengan populasi paling pendek di dunia

Satu kajian oleh penyelidik Norway menunjukkan bahasa semenjak perang dengan Amerika Syarikat pada tahun 2003 meletus, kekurangan nutrisi meningkat kepada 7%, yang mana sangat tinggi berbanding negara Afirka sub-sahara.

Apa yang dahulunya sebuah negara yang pesat membangun, kini telah menjadi negara dunia ketiga, dengan 400,000 kanak-kanak kekurangan zat makanan menyebabkan peningkatan penyakit berbahaya.

Kira-kira 6.5 juta rakyat Iraq ketika ini mengalami catuan makanan dan ramai di antara mereka memerlukan perubatan. Dengan perang yang berterusan dan konflik domestik, keperluan asas telah diabaikan sepenuhnya, dan kanak-kanak kini mempunyai berat 5 kilogram di bawah tahap normal.

8. Malaysia - 159.4 sentimeter

10 negara dengan populasi paling pendek di dunia 962

Tidak ketinggalan, Malaysia juga berada dalam senarai negara dengan purata ketinggian terendah, iaitu 159.4 sentimeter. Statistik menunjukkan bahawa 12.5% daripada kanak-kanak di Malaysia mempunyai berat badan di bawah tahap normal, manakalan 400,000 yang lain terbantut.

Angka-angka ini sebahagiannya merangkumi kebantutan pada ketinggian purata rakyat Malaysia dewasa. Faktor persekitaran seperti tahap kebersihan yang rendah, kekurangan bekalan air bersih, perumahan yang tidak betul dan kekurangan makanan menyumbang kepada masalah ini.

Mereka yang terkesan dengan masalah ini adalah keluarga-keluarga yang hidup di bawah garisan kemiskinan.

7. Vietnam - 158.8 sentimeter

vietnam 10 negara dengan populasi paling pendek di dunia

Vietnam kini sudah beberapa dekat bergelut dengan masalah ini dengan purata ketinggian adalah 158.8 sentimeter. Walaupun negara ini dilihatkan mengalami kemajuan dalam hal ini, kekurangan zat makanan masih berleluasa.

Demografi adalah salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini sukar untuk dibasmi, terutamanya dalam masyarakat yang hidup di kawasan gunung terpencil. ChildFund di Vietnam telah membuat langkah-langkah kecil tetapi penting, dalam membantu menyediakan susu kepada kanak-kanak komuniti ini.

Perselisihan dalaman yang berlakusudah pasti memberikan kesan kepada kesihatan populasi negara ini.

6. India - 158.1 sentimeter

india 10 negara dengan populasi paling pendek di dunia

Juga berada dalam senarai ini adalah negara dengan populasi kedua tertinggi di dunia, iaitu India dengan purata ketinggian 158.1 sentimeter. Di India, isu-isu kebudayaan dan alam sekitar sering memberi kesan kepada kesihatan kanak-kanak dan seterunya menyebabkan masalah kekurangan zat makanan.

Kajian yang dilakukan oleh Kesihatan Keluarga Negara menunjukkan bahawa 43.5% daripada kanak-kanak India kekurangan berat badan manakala 47.9% pula terbantut. Walaupun angka-angka ini sangat membimbangkan namun ramai di antara mereka mampu meneruskan kelangsungan hidup disebabkan oleh sistem kesihatan yang lebih baik berbanding negara-negara membangun yang lain. 

Ibu-ibu kurus yang kekurangan nutrisi dilihatkan mewariskan masalah ini kepada anak-anak mereka yang sudah sedia terdedah.

5. Peru - 157.5 sentimeter

peru 10 negara dengan populasi paling pendek di dunia

Dengan purata ketinggian 157.5 sentimeter, Peru berada di tangga ke-5 senara ini. Di Peru, kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan nutrien yang paling kerap berasal daripada masyarakat hutan dan dataran tinggi.

Masalah budaya, kelaparan dan penyakit menjadi faktor penambah kepada masalah ini. Juga, kemiskinan, makanan yang tak selamat dan pengeluaran pertanian yang rendah memberikan kesan kepada masalah kekurangan zat rakyat Peru.

Hasil daripada ini sering menyebabkan berlakunya kebantutan pertumbuhan, pencapaian akademik yang negatif dan produktiviti kerjaya yang rendah. Perkhidmatan kesihatan dan program pemberian makanan di sekolah tidak boleh diakses oleh semua, disebabkan kemiskinan dan demografi.

4. Sri Lanka - 156.2 sentimeter

sri lanka 10 negara dengan populasi paling pendek di dunia

Ketinggian orang dewasa biasanya ditentukan oleh pemakanan yang baik ketika kanak-kanak, dan kajian nutrisi baru-baru ini menunjukkan kesihatan pemakanan kanak-kanak di Sri Lanka tidak banyak berubah dalam masa 10 tahun yang lalu.

Faktor lain seperti penyakit zaman kanak-kanak juga menyumbang kepada masalah ini. Faktor kebudayaa dan alam sekitar juga mungkin menjadi punca kekurangan zat makanan seperti pemakanan tambahan yang teruk disebabkan oleh sumber makanan tradisional dan masakan yang tidak mempunyai nutrien yang betul.

Obesiti juga disebabkan oleh pilihan makanan yang tak betul dan juga ia tidak membekalkan nutrien yang mencukupi walaupun kandungan kalori adalah tinggi. Anak-anak kaya di Sri Lanka juga mengalami masalah kekurangan nutrisi pada kadar 11.0% dan ibu mereka sendiri merupakan faktor penentu sama ada keperluan nutrisi anak-anak dipenuhi.

3. Filipina - 156.2 sentimeter

filipina 10 negara dengan populasi paling pendek di dunia

Masalah kekurangan zat makanan di Filipina adalah agak teruk yang menjejaskan purata ketinggian orang dewasa, menjadikannya 156.2 sentimeter. Jabatan Pendidikan Filipina baru-baru ini mengeluarkan angka-angka yang menunjukkan 1.8 juta kanak-kanak Filipina kekurangan zat dan ia boleh mengakibatkan keabnormalan seperti terbantut dan ponteng sekolah.

Kajian juga menunjukkan masalah ini sangat lazim ketika tempoh awal kehamilan, di mana ibu hamil tidak dilengkapi secara fizikal untuk melahirkan dan menjaga anak. Hasilnya ialah kemungkinan keadaan ini diulangan dalam generaasi akan datang adalah sangat tinggi. Walaupun program pemberian makanan percuma dilancarkan, namun dana tidak mencukupi.

2. Indonesia - 151.8 sentimeter

indonesia 10 negara dengan populasi paling pendek di dunia

Penduduk Indonesia termasuk ke dalam senarai antara orang Asia terpendek, dengan purata ketinggian 151.8 sentimeter. Trend ini telah menular dalam generasi disebabkan ramai kanak-kanak di Indonesia kekurangan gizi. Kebantutan dilihat berlaku di banyak negara-negara membangun dan ditunjukkan dalam ketinggian "normal" masing-masing, namun kajian menunjukkan pertumbuhan kanak-kanak dikaitkan dengan pemakanan yang sihat.

Pencapaian pendidikan dan kejayaan kerjaya juga bergantung kepada pemakanan yang baik dan seterusnya membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang baik. UNICEF kini menyokong program makanan percuma di Indonesia yang akan membantun menangani masalah ini.

1. Bolivia - 151.1 sentimeter

bolivia 10 negara dengan populasi paling pendek di dunia

Dan di tangga pertama, adalah negara dari benua Amerika Selatan, iaitu Bolivia yang dipercayai mempunyai populasi dengan purata ketinggian terendah iaitu 151.1 sentimeter. Bolivia merupakan antara negara Amerika Selatan yang paling miskin, dan 1 daripada 3 kanak-kanak di bawah usia 5 tahun mengalami kekurangan nutrisi yang kronik yang kerap menyebabkan saiz badan di bawah tahap normal.

Genetik dan faktor hormon juga dilihatkan sebagai faktor penyumbang, yang mana kanak-kanak perempuan Bolivia lebih terkesan berbanding kanak-kanak lelaki. Statistik kelahiran dari Dewan Bandaraya La Paz menunjukkan 42% daripada bayi juga dilahirkan dengan ketinggian yang kurang. Negara-negara seperti Kanada, Belgium dan Perancis telah melakukan langkah membantu dan menghasilkan program makanan untuk membantu untuk membantu menangani masalah kekurangan zat makanan di Bolivia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)