Sebenarnya, manusia tak perlu untuk ke angkasa lepas untuk menerokai tempat yang belum dijejakkan kaki oleh manusia. Baru-baru ini sekumpulan saintis antarabangsa telah melakukan uji selidik pertama dunia menerokai biodiversiti marin ke dasar laut di pantai timur Australia.

"Zon abyssal" adalah lapisan lautan berkedalaman 4,000 hingga 6,000 meter dan berada dalam kegelapan yang kekal. Ekspedisi ini telah menemukan banyak spesis-spesis haiwan yang sangat pelik dan belum pernah ditemui manusia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin kongsikan 12 makhluk dasar laut yang pelik yang ditemui oleh saintis.

1. Ketam Merah Berkilat

red shiny crab 12 makhluk dasar laut yang sangat pelik dan dahsyat

Ketam merah berkilat ini mempunyai perisai paku yang digunakannya untuk melindungi diri daripada bahaya di dasar laut. Ini bukanlah ketam sebenar tetapi lebih berkait dengan "ketam hermit", yang mempunyai paku-paku pada badannya dan bukannya cangkerang.

2. Coffinfish  

coffinfish 12 makhluk dasar laut yang sangat pelik dan dahsyat

Ikan yang sangat misteri ini dikenali sebagai coffinfich, mempunyai mata kebiru-biruan dan berkaki merah. Ia tergolong dalam keluarga anglerfish, dan berkemungkinan adalah spesis yang baru ditemui di dunia ini.

3. Cacing kacang tanah

cacing kacang tanah

Cacing kacang tanah atau peanut worm (Sipuncula) adalah sejenis ulat dasar laut yang menyerupai bentuk zakar manusiaa. Apabila ia diancam, cacing ini akan mengikat kepalanya yang panjang ke dalam dan membuatkannya kelihatan seperi kacang tanah.

Cacing ini boleh membiak dengan kedua-dua cara iaitu secara seksual dan aseksual.

4. Jerung "Cookiecutter"

cookiecutter shark 12 makhluk dasar laut yang sangat pelik dan dahsyat

Jerung kecil yang boleh mengeluarkan cahaya, dengan gigi serat yang disusun kemas tinggal di lautan "zon senja" dengan kedalaman sehingga 1,000 meter. Ia biasanya menyerang ikan-ikan yang lebih besar seperti ikan paus, ikan lumba-lumba dan kadang-kadang manusia.

Ikan ini akan melekatkan diri pada badan mangsa dan kemudiannya menggigit daging manusia hingga terkoyak.

5. Ikan cicak

ikan cicak 12 makhluk dasar laut yang sangat pelik dan dahsyat

Ikan cicak adalah spesis pemangsa dominan di dasar laut, namun begitu ia tidak mudah bagi mereka untuk tinggal di laut dalam. Dengan kedalaman 1,000 hingga 2,500 meter yang terdapat sedikit sahaja makanan, ikan ini bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ia biasanya bersaiz kecil dan spesis yang paling besar hanya mampu membesar kira-kira 60 sentimeter panjang sahaja.

6. Ikan blob

ikan blob 12 makhluk dasar laut yang sangat pelik dan dahsyat

Ikan blob ini ditemui di kedalaman 2.5 kilometer di New South Wales, Australia. Ia mempunyai daging berair yang lembut dan merupakan pemangsa hendap yang tinggal di dasar, menunggu mangsa yang cuai melalui kawasan habitat mereka.

7. Ikan tanpa muka

ikan tanpa muka 12 makhluk dasar laut yang sangat pelik dan dahsyat

Dengan tiada mata, ikan "tiada muka" ini ditemui berkilometer di bawah permukaan air. Spesis ini pertama kali dijumpai di utara Laut Coral lebih daripada 140 tahun dahulu ketika pelayaran HMS Challenger, ekspedisi lautan dunia pertama di dunia. 

Ia kemudiannya ditemui semula di Australiaa selepas lebih daripada satu abad.

8. Corallimorph

corallimorph 12 makhluk dasar laut yang sangat pelik dan dahsyat

Organisma karang ini tergolong dalam kumpulan yang sama dengan anemoni, ikan jeli, karang keras dan makhluk-makhluk bersungut lain di laut.

9. Brittle Star

brittle star 12 makhluk dasar laut yang sangat pelik dan dahsyat

Brittle Star ini boleh ditemui bermula dari Siberia di utara Antartika sehingga ke bahagian selatan. Namun, tiada maklumat yang diketahui mengenai spesis ini.

10. Cacing zombi

cacing zombi 12 makhluk dasar laut yang sangat pelik dan dahsyat

Cacinz zombi (Osedax) biasanya ditemui dalam sisa-sisa bangkai ikan paus yang membusuk di dasar lautan. Ia biasanya membuat lubang masuk ke dalam tulang-tulang ikan paus untuk mencari makanan. 

Dengan tidak mempunyai mulut, perut atau dubur yang berfungsi, cacing ini mempunyai bakteria di dalamnya yang mencerna sisa-sisa ikan paus yang dimakan.

Ekstra

11. Labah-labah Penyedut Anemone Gergasi

giant anemone sucking sea spiders 12 makhluk dasar laut yang sangat pelik dan dahsyat

Haiwan yang seperti makhluk asing ini sebenarnya bukanlah labah-labah tetapi atropod (keluarga ketam) yang paling tua di bumi. Ia bersaiz sangat kecil dan mempunyai badan yang boleh mengeluarkan cahaya.

12. Khinzir laut

khinzir laut 12 makhluk dasar laut yang sangat pelik dan dahsyat

Khinzir laut yang comel ini dijumpai di Rizab Marin Freycinet di Tasmania, Australia. Ia adalah spesis "pembersih vakum" laut menggunakan tiub berbentuk kaki untuk bergerak melalui lumpur dan menyedut segala mikroorganismaa.




Hakcipta iluminasi.com (2017)