Oleh pada 26 Jun 2017 kategori

Anak-anak adalah angerah terbesar dalam hidup bagi pasangan yang telah berumahtangga. Siapa tak nak anak kan?Semua pasangan yang berumahtangga mesti nak cahaya mata bagi melengkapkan keluarga. Tapi disebalik menjadi anugerah kepada kita mereka juga merupakan penguji tahap kesabaran kita sebagai ibu bapa.

Semua orang pernah mengalami situasi ini, anda letih dan penat bekerja atau tertekan dengan masalah peribadi, serta seang bertengkar dengan pasangan, ketika itu juga lah datang si kecil kepada anda. Macam biasa mereka akan bercakap, meminta sesuatu atau merengek pada kita, namun dalam tak sedar, anda marah dan tengking mereka. Bukan niat untuk menyakiti, tapi kadang-kala perkara itu terjadi diluar kawalan kita sebagai seorang manusia biasa.

Setelah melihat wajah anak-anak yang tidak bersalah selepas dimarah, terus datang perasaan menyesal dengan tindakan itu dan baru terfikir apa yang telah anda lakukan. Kami nak berkongsi 9 perkara yang anda tak patut cakap pada anak-anak anda.

1. "Jangan kacau ibu..."

o angry kid facebook 430

Jika anda kerap cakap pada anak anda "Jangan kacau ibu" atau "Ayah sibuk", sebagai kanak-kanak mereka akan menghayati mesej yang anda sampaikan. Mereka akan beranggapan tidak perlu untuk berinteraksi dengan anda lagi kerana anda selalu menidakkan kemahuan mereka untuk bercakap, kata Dr. Suzette Elgin, pengasas Ozark Center for Language Studies. Mereka akan cenderung untuk tidak memberitahu anda mengenai perkara yang berlaku dalam hidup mereka semasa mereka membesar kerana anda lah yang mencorakkan mereka sebegitu.

Cuba untuk bersabar dengan kerenah mereka kerana ia adalah satu lumrah bagi mereka. Jika anda lebih melayan, anda akan lihat hasilnya yang mana akan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

2. "Awak ni sangat...."

parents angry at kid

Jangan melabel anak anda kerana ianya adalah perbuatan yang memberikan impak yang besar. "Kenapa awak ni cuai sangat? atau "Kenapa awak ni jahat sangat?". Apabila mereka mendengar anda melabel mereka dengan sesuatu, mereka akan mempercayai label itu tanpa mempersoalkannya. Ia seolah-olah anda memberitahu yang mereka sememangnya cuai atau jahat, walhal anda bertanyakan kerana marah. Mereka akan percaya label itu adalah lumrah diri mereka, jadi ia akan terbawa-bawa hingga ke dewasa. Anda sendiri pasti masih teringat label yang ibu atau ayah anda beri pada anda kan? Jadi jangan sesekali melabel anak anda.

3. "Kenapa awak tak boleh jadi macam abang awak?"

communication2

Sememangnya ia merupakan sesuatu yang biasa bagi ibu bapa membanding-bandingkan anak-anak mereka. "Tengok abang dapat markah A dalam Sains. Kenapa tak boleh dapat A macam abang jugak?". Ia seakan-akan boleh memberikan semangat dan contoh kepada yang lain untuk diikuti, namun biasanya perkara sebaliknya akan berlaku. Setiap anak anda itu adalah berbeza dan mempunyai kelebihan masing-masing. Sangatlah tidak adil untuk membandingkan mereka kerana tiada siapa yang sempurna. Si adik mungkin lebih rajin mengemas rumah manakala si abang rajin belajar.

4. "Takkan itu pun tak tahu..."

o parents kids fighting facebook 982

Kanak-kanak kecil akan belajar melalui kesilapan, sama ada cepat atau lambat. Disebabkan mereka masih kecil dan tidak tahu baik buruk, jadi mereka akan sentiasa melakukan kesalahan dan ia adalah tugas kita untuk memperbetulkannya dengan cara yang tepat. Anak anda mungkin tidak tahu yang pisau itu tajam jadi ia tanggungjawab anda untuk meletakkannya di tempat yang lebih selamat.

Walaupun anak anda baru saja melakukan kesalahan yang sama semalam, komen daripada anda perlulah betul. Daripada berkata "Takkan itu pun tak tahu..", adalah lebih baik jika anda berkata "Ibu lagi suka kalau adik buat macam ni, terima kashi". Mereka akan berasa gembira dan lebih menghargai, menyebabkan mereka akan cuba buat seperti itu lagi kerana anda menyukainya.

5. "Cepat la sikit..."

screaming kid

Di dalam kesibukan melakukan rutin harian seperti bekerja dan sebagainya pastinya anda pernah mengeluarkan kata-kata seperti ini kepada anak anda. Namun perlu diingat, jika anda selalu berleter dengan meletakkan tangan di pinggang, ia tidak akan menyelesaikan masalah itu malah akan memberi impak negatif kepada diri anda sendiri. Rasa bersalah yang anda cuba timbulkan dalam diri anak anda kerana lambat melakukan sesuatu tidak akan mempercepatkan tindakan mereka tetapi hanya membuatkan mereka rasa sedih atau tertekan.

"Memang sangat sibuk pagi tadi  di rumah dan saya terlalu banyak kerja, tetapi saya amat tidak menyukai wajah terakhir saya yang ada dalam fikiran anak saya adalah saya tengah marah," kata penulih "How to Say It to Your Kids". Daripada menggertak (Ayah dah suruh tutup TV tadi kan?) supaya cepat melakukan sesuatu, lebih baik anda sendiri yang mencari cara untuk mempercepatkan tindakan itu, sebagai contoh, anda sendiri yang menutup TV.

6. "Bagusnya anak ayah...."

4919807 orig

Aik, kenapa puji anak sendiri adalah sesuatu yang tidak patut? Ya, memang benar memuji anak anda atas usaha atau perangai mereka yang baik adalah satu tindakan yang betul. Masalahnya akan datang apabila ianya digunakan terlalu kerap dan anda memuji sembarangan. Daripada mula bangun pagi sehingga waktu tidur, anda asyik memuji. Lama-kelamaan mereka akan dapat tahu sama ada pujian itu benar-benar dimaksudkan kerana usaha mereka atau pujian semata-mata.

Cara untuk mengelakkan ia daripada terjadi, cuba untuk hanya memuji mereka jika mereka melakukan sesuatu dengan sebenar-benar usaha. Menghabiskan secawan gelas bukanlah sesuatu yang sukar bagi mereka, jadi anda tak perlu puji. Dan juga, anda perlu memuji tindakan mereka dan bukan diri mereka. Dengan ini mengelakkan mereka berasa sombong dan menggalakkan mereka untuk melakukan perkara-perkara yang baik.

Selamat mencuba!

Sumber : Parenting


tags : , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)