Semua orang ingin menjadi kaya sejak dari kecil. Memang benar bahawa wang ringgit tidak boleh membeli kebahagian tetapi ia pasti dapat menjadikan hidup anda lebih mudah dan seronok. Namun, adakah semua kanak-kanak atau remaja yang memiliki kemewahan sejak kecil ini bahagia?

Berikut adalah senarai beberapa orang kanak-kanak dan remaja paling kaya di bawah usia 20 tahun mengikut penilaian pada tahun 2019. Sebahagian daripada mereka memiliki kekayaan dengan usaha sendiri, walaupun dengan bantuan ibu bapa. Sebahagian lagi bakal mewarisi kekayaan keluarga mereka yang besar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Jackie Evancho (18 Tahun) - Anggaran nilai kekayaan : RM 10.34 juta

jackie evancho

Jackie Evancho memulakan kerjaya sebagai penyanyi sejak berusia 8 tahun melalui pertunjukan bakat tempatan di New Jersey. Selepas beberapa percubaan yang gagal, dia akhirnya diterima menjadi finalis America's Got Talent musim kelima.

Jackie menjadi semakin terkenal apabila dia berjaya masuk ke pusingan akhir pertandingan itu. Jackie kemudian menghasilkan album pertamanya pada tahun 2010 berjudul O Holy Night dan berjaya mendapat tempat kedua dalam Billboards 200.

Sejak itu, Jackie telah terlibat dalam banyak pembikinan album termasuk dipanggil berduet. Dia juga dikenali kerana sering melakukan kerja-kerja kebajikan. Pada tahun 2017, dia telah disenaraikan dalam Majalah Forbes sebagai "30 pemuzik hebat di bawah 30 tahun".

9. Syed Sumail Hassan (19 Tahun) - Anggaran nilai kekayaan : RM 13.54 juta

sumail

Syed Sumail Hassan yang lebih dikenali sebagai "SumaiL" adalah pemain profesional Dota 2 dan salah seorang ahli pasukan "Evil Geniuses". Sumail telah memenangi beberapa kejohanan Dota 2 yang berprestij termasuk pertandingan The International 2015.

Pada kejohanan itu, Pasukan Evil Geniuses mendakwa telah memenangi hadiang wang tunai lebih daripada RM 26.9 juta. Ini menjadikan Sumail sebagai individu termuda yang pernah memenangi hadiah lebih daripada USD 1 juta (RM 4.15 juta) dalam satu kejohanan eSport.

Sumail dilahirkan di Karachi, Pakistan dan mula bermain Dota 2 seawal usia tujuh tahun lagi. Dia dinamakan sebagai '30 Remaja Paling Berpengaruh' oleh Majalah Time pada tahun 2016. Pasukan Evil Genuises berada di tempat ketiga dalam The International tahun lalu dan memenangi wang tunai kira-kira RM 10.34 juta.

8. Dannielynn Birkhead (12 Tahun) - Anggaran nilai kekayaan : RM 41.37 juta

dannielynn birkhead 631

Dannielynn Birkhead adalah anak perempuan kepada mendiang pelakon, model dan personaliti televisyen Anna Nicole Smith. Seperti mendiang ibunya, Dannielynn juga sedang melalui perjalanan untuk menjadi model yang berjaya.

Salah satu kempen peragawati yang menaikkan namanya ialah pada tahun 2013 apabila dia menjadi Gadis Guess Edisi Musim Bunga. Ia adalah acara istimewa bagi Dannielynn kerana ibunya juga pernah menjadi model untuk syarikat yang sama.

Semasa kelahirannya, tuntuan siapakah bapa kepada Dannielynn telah menarik perhatian media. Beberapa personaliti berprofil tinggi seperti Howard K. Stern, Frederic von Anhalt dan Larry Birkhead mengaku sebagai bapanya termasuklah bekas pengawal peribadi mendiang ibunya Alexander Denk. Ujian DNA secara rasmi telah membuktikan Larry Birkhead sebagai bapa kandungnya.

Pada tahun 2008, Dannielynn telah dinamakan sebagai pewaris tunggal kepada peninggalan mendiang ibunya yang bernilai kira-kira RM 2.9 juta.

7. Rory John dan Phoebe Adele Gates (19 dan 16 Tahun) - Kekayaan bakal diwarisi : RM 41.37 juta seorang

rory john dan phoebe adele gates

Rory John Gates dan Phoebe Adele Gatas adalah anak kepada pasangan billionaire Bill Gates dan Melinda Gates. Bill Gates terkenal dengan matlamat demawannya yang besar dan sumbangan amal yang dilakukan selama bertahun-tahun.

Bill Gates juga mahukan anak-anaknya menjadi sebahagian daripada matlamat ini. Bill dan Melinda telah mengumumkan bahawa ketiga-tiga orang anak mereka hanya akan mendapat sebahagian kecil sahaja daripada jumlah kekayaan mereka.

Apa yang Bill dan isterinya lakukan ini adalah sebagai dorongan untuk menggalakkan anak-anak mereka mencapai sesuatu dengan usaha sendiri. Anak sulung Bill iaitu Jennifer tidak termasuk dalam senarai ini kerana telah berusia 22 tahun.

6. Ryan (8 Tahun) - Anggaran nilai kekayaan : RM 45.5 juta

ryan toysreview

YouTube adalah suatu fenomena yang besar dan telah terbukti menjadi platforrm untuk selebriti dalam talian bagi generasi masa kini. Ramai bintang YouTube kini yang mempunyai peminat yang lebih ramai daripada pelakon televisyen.

Antara yang paling muda di kalangan mereka ialah Ryan yang berusia 8 tahun. Dia telah membuat banyak keuntungan hanya dengan memberi review permainan baru dan bermain dengannya dalam saluran Ryan ToysReview.

Bagi berjuta-juta pengikutnya, Ryan bukan sahaja dilihat sebagai seorang selebriti internet tetapi sebagai seorang sahabat sejati. Sejak berusia tiga tahun lagi, ibu bapa Ryan telah menumpukan sebahagian besar masa mereka untuk Ryan dan membuat video.

Kini, saluran Ryan ToysReview di YouTube telah mempunyai sebanyak lebih daripada 17 juta pengikut.

5. Valentina Paloma Pinault (11 Tahun) - Kekayaan bakal diwarisi : RM 49.64 juta

valentina paloma pinault

Valentina Paloma merupakan anak kepada pelakon wanita Salma Hayek dan Francois-Henri Pinault. Bapanya merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat fesyen, Kering.

Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu dijangka akan mewarisi kekayaan sebanyak RM 49.64 juta daripada ibu bapanya. Namun, ramai yang berpendapat bahawa Valentina Paloma mungkin akan mewarisi lebih daripada jumlah yang dijangkakan itu.

4. Akshay Ruparelia (19 Tahun) - Anggaran nilai kekayaan : RM 62 juta

ashkay ruparelia

Akshay Ruparelia adalah seorang usahawan British yang menjadikan idea ringkasnya kepada perniagaan bernilai jutaan pound pada usia belasan tahun. Pada Disember 2016, dia telah menubuhkan Doorsteps.co.uk.

Laman web itu merupakan sebuah agensi hartanah dalam talian yang membolehkan pelanggannya membeli rumah untuk komisyen paling rendah. Akshay telah menjual rumah pertamanya ketika sediang bersiap-sedia untuk menghadapi peperiksaan sekolahnya.

Agensi itu mengupah perunding hartanah bebas secara kontrak berdasarkan jumlah hartanah yang mereka miliki. Dengan cara ini, dia telah menghapuskan keperluan penggunaan ejen tradisional dan dapat mengurangkan kos operasi yang ketara. 

Laman web Doorsteps.co.uk pada masa ini bernilai lebih kurang RM 62 juta dan merupakan agensi hartanah ke-14 yang terbesar di United Kingdom.

3. Blue Ivy Carter (7 Tahun) - Kekayaan bakal diwarisi : RM 4.14 Billion

blue ivy carter

Seorang billionaire yang berusia 7 tahun? Perkara ini tidaklah begitu mengejutkan sekiranya ibu dan bapa kanak-kanak ini adalah dua kuasa besar dalam industri muzik iaitu Jay Z dan Beyoncé.

Dengan nilai bersih gabungan dua artis ini mencecah nilai lebih daripada RM 4 billion, anak perempuan mereka iaitu Blue Ivy Carter sememangnya menikmati kehidupan yang hanya kebanyakan daripada kita hanya mimpikan.

Daripada pesta ulang tahun yang mewah dan hadiah-hadiah mahal, ia menunjukkan bahawa kedua-dua artis ini sememangnya menyediakan harta yang banyak untuk anak sulung mereka ini. Nilai bersih Blue Ivy juga didorang olehnilai jenamanya yang semakin meningkat.

2. Putera George of Cambridge (5 Tahun) - Anggaran nilai kekayaan : RM 12.4 Billion

putera george

Putera George of Cambridge atau nama penuhnya George Alexander Louis adalah anak sulung kepada Duke dan Duchess of Cambridge iaitu Prince William dan Kate Middleton.

Putera George merupakan Putera Mahkota British yang ketiga dalam turutan menaiki takhta selepas datuknya Putera Charles dan bapanya Putera William

Putera George dijangka mempunyai kesan yang besar terhadap ekonomi British, sama seperti keluarga diraja yang lain. Nilai bersih semasanya yang tinggi diperolehi daripada impak itu. Putera George juga dijangka akan mewarisi kekayaan daripada bapanya bernilai RM 165.5 juta.

1. Puteri Charlotte of Cambridge (3 Tahun) - Anggaran Nilai kekayaan : RM 20.7 Billion

princess charlotte 453

Putera George bernilai kira-kira RM 12.4 billion dan mungkin suatu hari nanti akan menaiki takhta. Akan tetapi, gelaran kanak-kanak terkaya dunia kini jatuh kepada adik perempuannya iaitu Puteri Charlotte dengan anggaran nilai bersih sebanyak RM 20.7 billion.

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana seorang gadis berusia tiga tahun boleh bernilai begitu besar? Ini memandangkan dia dilahirkan dalah salah satu keluarga paling berkuasa di dunia.

Penilaian yang sangat tinggi terhadap kekayaan Puteri Charlotte kebanyakannya disebabkan oleh pengaruhnya dalam industri fesyen. Kini kita ketahuinya sebagai "Charlotte effect", hampir sama dengan "Kate effect" yang dicetuskan oleh ibunya Kate Middleton tidak lama dahulu. "Charlotte effect" kini sudahpun melanda dan memberi kesan terhadap pasaran runcit British. 

Anggaran nilai bersih kanak-kanak Diraja ini adalah berdasarkan nilai mereka kepada ekonomi British. Oleh kerana belum lagi diwarisi kekayaan keluarga mereka secara sah, satu-satunya cara untuk mengira nilai bersih mereka adalai dengan menilai potensi mereka untuk menarik berbilion-billion ringgit dalam bentuk jualan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)