Teh dianggap sebagai salah satu minuman tertua di dunia. Tidak ada tempat di planet ini di mana teh tidak dihidangkan.
Sepanjang zaman pelbagai jenis teh digunakan sebagai elemen penting dalam perayaan, minuman upacara atau bahkan menjadi rutin untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan.
Terdapat juga beberapa peristiwa penting dalam sejarah yang berkaitan secara langsung dengan teh. Sebagai contoh Perang Opium Pertama atau Parti Teh Boston yang terkenal, yang mencetuskan Perang Revolusi Amerika.
BESARKAN TEKS A- A+
Tidak dinafikan bahawa teh adalah minuman yang teranam dalam banyak budaya, walaupun sejarah menunjukkan bahawa minum teh berasal dari China.
Hari ini, terdapat banyak jenama teh yang dihasilkan dan diminum oleh ramai pencinta teh di seluruh dunia, menunjukkan bahawa teh adalah perniagaan yang berkembang pesat.
Namun, terdapat teh yang boleh menjadi tersangat mahal mengikut keadaan tertentu dan iluminasi.com kongsikan 10 teh paling mahal di dunia.
10. Silver Tips Imperial - RM1,673 sekilogram
Teh yang popular ini terkenal dengan warna serta rasa yang sangat istimewa dan kuat.
Ditanam di tengah-tengah Himalaya sekitar 5,000 hingga 8000 kaki di atas paras laut, daun teh ini dituai dan dihantar ke Estet Teh Makaibari, di Darjeeling, India yang merupakan kilang teh pertama di dunia.
9. Gorreana Broken Leaf Black – RM1,918 sekilogram
Gorreana berbangga menjadi ladang tertua dan satu-satunya perkebunan teh yang masih beroperasi di Eropah.
Antara produk-produknya yang sangat eksklusif termasuklah Teh Leaf Black Leaf yang sangat mahal.
Daun teh Broken diperbuat daripada daun tertentu dan ia mempunyai warna tembaga yang lembut dan diperkaya dengan aroma buah.
8. Gyokuro – RM2,720 sekilogram
Ketika mana kebanyakan daun teh melalui proses penggilingan, namun daun teh Gyokuro tidak. Sebaliknya, daunnya dilindung daripada matahari selama dua minggu sebelum dituai.
Fasa ini menyerap kandungan asid amino daun yang memberikan teh ini mempunyai rasa yang lebih manis serta aroma yang unik.
Daun teh Gyokuro ditanam di daerah Uji, Jepun dan harganya $ 650 per kilo.
7. Poo Poo Pu-Erh – RM4,184 sekilogram
Ya, nama teh ini menjelaskan sendiri jenis teh ini. Ia diperbuat daripada najis serangga yang diberi makan daun teh di Taiwan. Para petani menggunakan penyepit kecil dan gelas pembesar untuk mengutip najis-najis tersebut kerana ia tersangat kecil.
Jenis teh ini dikatakan telah dihasilkan pada abad ke-18 sebagai hadiah kepada Maharaja China iaitu Qianlong.
6. Yellow Gold Tea Buds – RM12,554 sekilogram
Harga yang mahal untuk jenis teh ini sebenarnya tidak menghairankan kerana daunnya disembur dengan emas 24 karat.
Walaupun teh ini mendapat warna emasnya secara artifisial, ia masih sesuai untuk digunakan oleh manusia. Proses penuaiannya juga membuatkan harganya melonjak tinggi.
Petani memotong daun teh ini dari pokok yang renek menggunakan gunting emas. Penuaian hanya dilakukan pada satu hari setiap tahun, menjadikan tunas teh emas kuning ini sangat sangat jarang dan sukar didapati.
5. Tieguanyin – RM12,554 sekilogram
Teh oolong yang diperkaya ini mendapat namanya sebagai penghormatan kepada Guan Yin, seorang dewa dalam agama Buddha yang dikenali sebagai dewa rahmat.
Daunnya segar dan berwarna emas cerah. Dikatakan bahawa daun ini boleh dibancuh sebanyak tujuh kali sebelum rasa kuat kacang berangan yang unik hilang.
Disebabkan ini, dalam pasaran hari ini, sekilo daun Tieguanyin Teh bernilai RM12,554 sekilogram.
4. Vintage Narcissus Wuyi Oolong – RM27,200
Dibuat lebih daripada 500 tahun yang lalu, teh ini dinamakan sempena legenda Greek iaitu Narcissus, walaupun daunnya ditanam dan dituai di Gunung Wuyi, di Wilayah Fujian di China.
Kotak khas untuk membungkus teh ini dieksport dari China ke Singapura dan dihantar ke Hong Kong di mana ia dijual kepada pengumpul teh Cina.
3. Panda Dung – RM292,215
Bagi mereka yang suka minuman eksotik, Teh Panda Dung adalah sangat sempurna sebagai hidangan yang untuk menghangatkan hari-hari mereka yang sejuk.
Dibuat dari najis panda yang diberi makan dengan daun teh dan buluh liar, dikatakan teh tahi ini panda kaya dengan nutrisi dan antara yang termahal di dunia.
2. PG Tips Diamond Tea Bag – RM62,678 setiap satu uncang
Kandungan beg ini terdiri daripada Teh Silver Tips Imperial yang sudah menjadi jenis daun teh yang mahal. Tetapi apa yang menjadikan produk ini lebih istimewa ialah pembungkusannya.
Setiap beg dihasilkan dengan 280 butir berlian dan merupakan buatan tangan oleh tukang berlian Boodles. Produk istimewa ini adalah untuk memperingati ulang tahun ke-75 syarikat.
1. Da-Hong Pao – RM5.02 juta sekilogram
Sangat sukar untuk membayangkan dan menghadam bahawa daun teh boleh bernilai jutaan ringgi. Tetapi bagi mereka yang berada dalam perniagaan teh, ini adalah kenyataan.
Untuk harga daun teh termahal di dunia diungguli oleh daun Da-Hong Po yang bernilai RM5 juta sekilogram.
Ini adalah disebabkan oleh jenis teh ini telah ditanam sejak zaman Dinasti Ming dan telah diisytiharkan sebagai harta negara oleh kerajaan China.
Biasanya diberikan sebagai hadiah kepada individu-individu penting seperti tokoh, orang-orang terhormat, dan selebriti, proses membuat Da-Hong Pao Tea kekal menjadi rahsia yang dijaga ketat oleh orang Cina.