Oleh pada 01 Mar 2017 kategori

Zaman sekarang kebanyakan ibu bapa sibuk bekerja. Kadang-kadang tak sempat nak tengok homework anak. Kadang-kadang tak sempat makan bersama anak. Kadang-kadang tak sempat jumpa anak langsung sebab sampai rumah pun tengah malam.

Semua ni pun tak sempat, apatah lagi nak buat bento pagi-pagi kat anak.

Namun, walau sesibuk mana pun kita, anak-anak kita masih perlu membesar dengan makanan yang berkhasiat dan mempunyai perkembangan otak yang baik.

masak simple je untuk anak seperti nasi goreng siapa ada periuk noxxa lagi mudah tak sampai 5 minit siap

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ada ibu bapa yang lebih gemar memberi wang saku setiap hari, dengan harapan anak-anak akan kenyang di kantin sekolah. Tapi benarkah anak beli makanan? Ataupun habis duit beli benda lain? Kalau beli makanan pula, makanan yang bagaimana?

Kami kongsikan 10 idea menu mudah untuk anda bekalkan kepada anak ke sekolah. Walaupun anda tak sempat nak luang masa sangat bersama anak, sekurang-kurangnya anda yakin bahawa makan mereka terjaga dengan baik.

roti gulungan sosej dan keju letak sayur kalau suka

1. Roti

Sandwic : anda boleh buat pelbagai jenis sandwic dengan menggunakan bahan-bahan yang berkhasiat seperti isi ayam, telur, tuna, cheese, salad dan tomato. Gunakan kreativiti anda. Nak buat sandwic tak sampai 5 minit pun.

Sausage rolls : walaupun menu ini memerlukan 'kerja' yang lebih sikit, tapi tak sampai 20 minit pun masa yang diperlukan untuk menyediakan roti yang dipenyek, digulung dengan sosej & cheese, dicelup ke dalam telur dan digoreng.

French toast : roti celup telur dan digoreng. Boleh letak cheese di tengah sekiranya suka.

Burger empat segi: Goreng daging burger dan buat burger mudah untuk anak dengan sayuran dan mayonis.

breakfast quesadilla dengan keju dan avokado potong kecil bentuk segitiga supaya senang makan

2. Tortilla / roti pita

Wraps : anda biasa makan KFC Chicken Wraps tak? Buat je lah apa-apa wraps untuk anak anda. Letak inti isi ayam, nugget, sosej dan dipadatkan dengan sayur-sayuran serta sos kegemaran anak.

Quesadilla : buat siap-siap sebelum tidur inti ayam dan sayur ikut suka anda. Boleh google resepi pilih mana yang anda suka. Esok pagi tuang inti atas tortilla, tabur cheese banyak-banyak, lipat tortilla dan bakar 8-10 minit atau sampai cheese cair. Boleh buat sambil potong kuku je.

Pizza : boleh gunakan tortilla atau roti pita sebagai asas. Tuang sos tomato dan ratakan ke seluruh permukaan roti. Letak la apa-apa bahan yang anda suka seperti daging, sosej atau crabstick beserta sayur-sayuran. Bakar sekejap sehingga inti masak atau cheese cair.

3. Nasi dan lauk "one-pot"

Lauk one-pot bermakna anda masak lauk ni hanya dalam satu periuk dan ada semua bahan dah kat dalam. Banyak contoh lauk one-potseperti tomyam, masak kunyit, masak kicap dan paprik di mana anda boleh lebihkan sayur-sayuran untuk variasi yang lebih berkhasiat.

Anda juga boleh masak menggunakan slow cooker sebelum tidurdan biarkan semalaman. Bangun pagi dah boleh terus tapau masuk dalam bekal. Jangan lupa masak nasi pula. Anak-anak perlukan karbohidrat lebih sebab banyak guna tenaga.

ayam paprik mengandungi semua jenis bahan dalam sejenis lauk hidang bersama nasi untuk bekalan anak

4. Pasta

pasta tuna berkrim nak lebih sedap boleh letak cili api kurangkan pedas kalau anak tak tahan

Sos Pasta Segera : yang ini paling mudah dan paling cepat. Sambil rebus pasta, sambil masak sos. Tak sampai 10 minit dah siap. Nak lagi sedap boleh masukkan daging cincang, hirisan sosej dan sayur-sayuran.

Goreng : pasta juga boleh buat goreng-goreng macam biasa.

5. Mi, bihun atau koay teow

Yang ni pun mudah dan senang dimasak. Boleh digoreng kering atau goreng basah, boleh juga buat kuah seperti sup, tomyam, kari dan sebagainya. Tak susah pun.

koay teow goreng 605

6. Makanan frozen

Dibeli : sekarang ni dah macam-macam makanan sejuk beku yang dijual. Walaupun lebih berkhasiat jika buat sendiri from scratch, namun kalau anda rasa betul-betul dah tak ada masa sangat, beli je lah. Kalau boleh elakkan beli makanan proses seperti nugget dan sosej. Sebaliknya, belilah makanan macam ayam goreng ke, roti canai ke.

Buat sendiri : kalau anda mempunyai masa lapang pada hujung minggu, luangkan sedikit masa untuk memasak dan bekukan lauk-pauk itu mengikut saiz hidangan. Anda boleh masak siap-siap menu pelbagai jenis. Tak kisahlah masakan Melayu ataupun western. Bila nak siapkan bekalan untuk anak, keluarkan dari peti ais dan panaskan semula saja dalam microwave.

buat sendiri lauk frozen cuma panaskan bila nak guna

7. Lempeng atau pancake

lempeng pancake comel

Lempeng atau pancake sesuai dimakan dengan kedua-dua jenis kuah sama ada manis atau savuri. Anda juga boleh menjadi sedikit kreatif dengan membuat pancake ala sandwic. Sapukan saja inti kegemaran anak seperti jem buah-buahan atau sapuan mentega kacang serta coklat, hidangkan bersama potongan buah. Kan senang dan menyihatkan.

9. Cucur dan kuih-muih

kalau tak ada masa buat sendiri boleh beli kuih frozen pelbagai jenis cuma goreng atau kukus sahaja tak sampai 10 minit dah siap

Goreng atau kukus sendiri kuih frozen setiap pagi. Pelbagai pilihan boleh didapati di pasaraya ataupun kedai runcit. Karipap, popia, donat, pau berinti... macam-macamlah. Nak lebih sihat, boleh hidang dengan salad atau potongan buah.

ada lebihan nasi impit atau ketupat palas boleh buat ketupat goreng

10. Makanan lebihan

Panaskan semula : Tak susah mana pun. Anda cuma perlu panaskan sahaja makanan yang berlebihan di rumah, bungkuslah untuk anak anda. Ada sesetengah ibu yang memang gemar masak lebih sebab boleh disimpan untuk bekalan anak. Mudah dan berkhasiat.

Menu kreatif : Gunakan lebihan makanan itu untuk membuat satu hidangan baru. Sebagai contoh, lebihan lauk daging masak kicap boleh dimasukkan ke dalam gorengan mi atau koay teow. Cuma tambah sayur dan telur dah siap.

Ada juga segelintir anak-anak yang tak mahu bawa bekal sebab malu dengan kawan-kawan. Ini sering terjadi pada anak yang lebih berusia, seperti di sekolah menengah.

bungkus dalam kertas pembungkus makanan untuk elak anak rasa malu sebab bawak bekal

Satu tip yang boleh digunakan ialah : bungkuskan makanan dalam bekas atau kertas bungkusan yang selalu digunakan oleh peniaga. Dengan cara ini, anak tidak akan berasa malu kerana kawan-kawan ingat dia beli kat kedai. Hehe.

Sentiasalah perhatikan apa yang anak anda makan. Macam-macam penyakit sangat dah sekarang ni. Kita taknak generasi muda dan semua bakal pemimpin ni awal-awal dah kena darah tinggi, kencing manis pada usia muda.




Hakcipta iluminasi.com (2017)