Oleh pada 24 Mar 2018 kategori

fakta menarik mengenai empayar rom 16

Empayar Rom merupakan struktur sosial dan politikal yang paling luas dalam tamadun barat. Menjelang tahun 285 CE, empayar ini berkembang dengan terlalu luas hingga tak mampu untuk ditadbir oleh kerajaan pusat di Rome, menyebabkan ia dibahagi oleh Maharaja Diocletian kepada Empayar Barat dan Timur.

Pengaruh Empayar Rom terhadap tamadun barat sangat sangat penting dalam sumbangannya yang kekal kepada hampir setiap aspek budaya barat. iluminasi.com kongsikan 10 fakta mengenai empayar ini.

1. Saiz jajahan yang sangat besar

fakta menarik mengenai empayar rom

Menurut sejarah, Empayar Rom adalah antara empayar terbesar di dunia. Empayar ini bermula dari Rome dan meluaskan sayapnya hingga ke Mediterranean. Ia menguasai wilayah-wilayah di Eropah, Afrika Utara dan Timur Tengah.

Ketika berada di bawah pemerintahan Trajan bermula tahun 98 hingga 117, empayar ini berada di tahap paling berjaya sekali. Pada waktu ini, Empayar Rom memiliki kawasan jajahan seluas hampir 5 juta kilometer persegi yang didiami oleh 55 hingga 60 juga populasi manusia.

gladiator lelaki dan perempuan

Walaupun jumlah ini tidak begitu banyak pada hari ini, namun pada zaman itu ia merangkumi 25% daripada populasi dunia. Ia juga merupakan entiti politik bersatu terbesar di dunia sehingga ke pertengahan abad ke-19.

Segala ini membuktikan betapa kuatnya empayar ini satu ketika dulu.

2. Perdagangan air kencing

fakta menarik mengenai empayar rom 3

Air kencing pada zaman kita ini merupakan sesuatu yang tidak berharga dan jijik. Namun di Rome pada zaman empayar ini, lain sedikit. Air kencing dianggap sesuatu yang berharga kerana jumlah ammonia yang terkandung dalamnya.

Orang Roman menganggap air kencing berguna untuk membasuh pakaian, menyamak kulit binatang dan mencuci gigi. Tempat-tempat membasuh pakaian pada ketika itu mempunyai periuk tanah liat yang besar supaya boleh diisi dengan air kencing oleh orang awam.

fakta menarik mengenai empayar rom 2

Malah, mereka berjual beli air kencing disebabkan nilainya. Pemerintah empayar ini ketika itu, Vespasian melihat ini sebagai satu peluang dan mengenakan cukai kepada jual beli air kencing. Namun cukai ini menimbulkan kontroversi sehingga, Titus, anaknya sendiri memprotes tindakan bapanya.

3. Kemusnahan Rome

fakta menarik mengenai empayar rom 1

Individu yang bertanggungjawab di atas kemusnahan Rome pada tahun 410 AD dikenali sebagai Alaric the Visigoth, disebabkan iri hati dan balas dendam.

Dia mahu lebih daripada hanya menjadi warga Rom namun telah dikhianati dan diserang oleh Rom.

fakta menarik mengenai empayar rom 11

Alaric merancang untuk berunding dengan pihak Rom namun telah ditipu membuatkannya sangat marah.

Sebagai respon, Alaric membalas dengan dengan menghancurkan Kota Abadi itu, dan ia merupakan kali pertama Rom tewas kepada pihak musuh dalam tempoh 800 tahun.

fakta menarik mengenai empayar rom 10 890

Sebelum itu, beliau sudah 2 kali menyerang Rome, namun serangan ketiga itu adalah secara tiba-tiba yang dikatakan menyumbang kepada kejayaan. Walaupun ketika itu Rome bukanlah "ibu pejabat" empayar ini ketika itu, namun kesan kemusnahan ini memberikan impak yang sangat hebat.

4. "Kafe" Rom

fakta menarik mengenai empayar rom 8

Ahli arkeologi di Perancis telah melakukan penemuan yang menakjubkan yang memberikan kita gambaran mengenai kedai minuman di zaman Rom. Kedai tersebut dipercayai berusia 2,000 tahun dan dikotori dengan mangkuk minuman diperbuat daripada tulang haiwan.

fakta menarik mengenai empayar rom 9

Gambar: Dipercayai bahagian dapur kedai ini. 3 bulatan tersebut dipercayai tempat letaknya ketuhar membuat roti.

Juga terdapat pinggan-pinggan, kerusi baring, 3 buah ketuhar, dan batu giling yang digunakan untuk menggiling tepung. Kedai tersebut merupakan tempat pertemuan popular bagi orang Rom dan Celt.

Jika anda mengunjungi kedai ini sebagai pelanggan, anda dapat menikmati makanan seperti lembu dan kambing, roti pita dan juga ikan.

5. Gladiator Rom minum minuman tenaga

fakta menarik mengenai empayar rom 6

Jika kita pada hari ini ada Red Bull dan Livita, gladiator Rom pada ketika itu juga mempunyai sesuatu yang lebih kurang sama dengan minuman tenaga ini. Ia diperbuat daripada abu tumbuhan dan air. 

Walaupun mungkin sukar untuk menelan ramuan ini namun tahap kalsium yang terkandung sangat berguna.

Ada juga yang mengatakan ia tidak memberikan apa-apa perubahan. Gladiator-gladiator juga dilayan seperti atlet masa kini seperti rawatan perubatan pakar, rutin latihan intensif dan diet istimewa.

6. Takut kepada golongan kidal

xena pahlawan tangan kidal

Orang Rom mempunyai prejudis terhadap mereka yang kidal berpunca daripada kepercayaan bahawa golongan ini tidak boleh dipercayai dan menyebarkan nasib malang. Perkataan "sinister" yang bermaksud jahat merupakan perkataan negatif pada zaman kini, namun ia bermaksud "kiri" pada asalnya.

Ia disebabkan kepercayaan aneh yang dipercayai oleh orang Rom bahawa ia mengandungi bunyi negatif. Tanggapan buruk ini sangat menjadi-jadi sehingga mereka memakai cincin di jari hantu pada tangan kiri untuk menangkis nasib malang.

7. Pengawal Praetoria

fakta menarik mengenai empayar rom 12

Pengawal Praetoria adalah individu yang bertanggungjawab mengawal maharaja namun kesetiaannya semakin berkurangan dan dipengaruh oleh korupsi. Ia mempunyaii pengaruh terhadap kesejahteraan hidup maharaja, malah mampu untuk membunuh maharaja sendiri.

Donative merupakan hadiah yang diberikan kepada pengawal Praetoria oleh maharaja baru selepas maharaja sebelumnya dibunuh. Ia mewujudkan insentif kepada pengawal ini untuk membunuh maharaja bagi memperoleh ganjaran.

8. Pertarungan gladiator bermula sebagai upacara pengebumian

fakta menarik mengenai empayar rom 14

Pertarungan antara gladiator merupakan sebahagian daripada upacara pengebumian bagi bangsawan yang kaya. 2 orang hamba akan bertarung sebagai satu bentuk penghormatan kepada yang si mati.

Orang Rom mempercayai bahawa darah manusia menyucikan roh si mati.

rome gladiator

Namun apa yang lebih dahsyat dilakukan oleh Julius Caesar, yang mengarahkan pertarungan melibatkan beratus-ratus hamba membunuh sesama sendiri sempena kematian anak dan bapaya.

Pertarungan itu menjadi sangat popular sehingga ia menjadi satu bentuk hiburan biasa.

9. Hukuman rejam sampai mati

fakta menarik mengenai empayar rom 00

Hukuman bunuh digunakan oleh komander senior dalam Tentera Rom iaitu melibatkan hukuman rejam sampai mati untuk menghukum unit atau kumpulan yang disabitkan kesalahan besar seperti pembelotan dan pemberontakan.

Hukuman ini diwujudkan untuk mengurangkan jenayah tersebut dan menjadi hukuman paling efektif kerana mereka yang melakukan jenayah ini bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah nyawa rakan-rakan lain.

gladiator bertarung di colosseum

Ia juga bermakna rakan tentera yang menyedari akan sesiapa yang mahu melakukan jenayah ini, mampu menghentikan jenayah itu sebelum terlambat. Satu kumpulan atau kira-kira 480 orang tentera akan dipilih untuk dihukum dan dibahagikan kepada kumpulan dengan 10 orang setiap kumpulan. 

Setiap kumpulan harus mencabut undi dan seorang daripada 10 orang itu akan menerima hukuman mati. 9 rakan yang lain pula ditugaskan untuk merejam individu tersebut dengan batu sehingga mati.


tags : , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)