Toksik merupakan bahan kimia yang memberi kemudaratan atau menyebabkan kematian jika dikonsumsi, atau masuk ke dalam badan dalam jumlah yang cukup. Ketoksikan biasanya diukur di dalam bentuk mouse unit (MU), mewakili dos toksik yang membunuh 50% tikus (LD50) apabila terdedah kepada bahan toksik itu. Senarai di bawah merangkumi 10 bahan yang paling berbahaya dan membunuh untuk manusia yang mempunyai berat purata 90kg.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10 – Kafien

caffein

Anggaran dos membunuh: 18 gram

Walaupun adalah sangat susah untuk mencapai tahap membunuh dengan kafien yang terkandung di dalam kopi atau teh melainkan anda cuba untuk membunuh diri.  Terdapat juga kematian yang dilaporkan akibat dari terlebih dos pil caffeine. Biasanya secawan kopi yang kita minum mengandungi purata kafien sebanyak 95-200 mg.

Dengan hanya 2 gram kafien sahaja sudah cukup untuk membuatkan anda dimasukkan ke dalam hospital. Dalam kes lain dengan kelebihan dos yang lebih tinggi, gejala seperti disorientasi, psikosis dan juga rhabdomyolysis (kerosakan pada tisu otot) boleh terjadi.

9 – Heroin

heroin 639

Anggaran dos membunuh: 4 gram

Heroin adalah bahan separa sintetik berasaskan morphine, yang dihasilkan daripada tanaman poppy. Seperti mana candu yang lain, heroin digunakan samada sebagai ubat penahan sakit atau juga sebagai dadah rekriasi. Namun begitu bahan ini mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk disalah gunakan.

Nama bahan ini diambil dari perkataan German iaitu “heroisch”, yang menggambarkan perasaan berani akibat efek penggunaannya.Pada asalnya ianya dihasilkan untuk merawat masalah batuk dan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan. Kesan akibat lebihan dos bahan ini boleh menyebabkan keguguran, jangkitan hati, dan juga kematian.

8 – Dendrotoxin (bisa mamba hitam)

mamba hitam

Anggaran dos membunuh: 1.5 gram

Dendrotoxin dihasilkan oleh ular mamba hitam yang juga dikenali dengan "ular 7 langkah" kerana mangsa patukan ular ini biasanya tidak dapat bergerak lebih dari 7 langkah setelah dipatuk. Toksik dari bisa ular ini mendiami neurotransmisi dengan menyekat dorongan urat saraf dengan kata lain melumpuhkan saraf.

Mangsa gigitan ular mamba hitam akan mula merasakan seperti gigitan semut pada seluruh anggota badan dan lidah, dan hilang keupayaan untuk mengawal otot. Jika tidak dirawat dengan cepat mangsa akan merasakan kesakitan di bahagian dalam perut, kesesakan nafas, kejutan dan akhirnya lumpuh yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

7 – Arsenik

arsenic

Anggaran dos membunuh: 2 gram

Arsenik merupakan kandungan semulajadi di dalam kerak bumi dan merupakan bahan yang sangat bertoksik di dalam bentuk asalnya. Ia selalunya digunakan di dalam industri pembuatan aloi, kaca, kertas, besi dan pelbagai lagi. Ia juga terdapat di dalam rokok kerana pokok tembakau boleh menyerap bahan ini dari tanah.

Kesan dari arsenik ini boleh mengganggu kandungan di dalam sel tubuh untuk proses pemindahan tenaga. Keadaan ini boleh menyebabkan beberapa organ gagal berfungsi dan akhirnya membawa kepada maut. Walaupun arsenik boleh menyebabkan ketoksikan, namun ia juga memainkan peranan penting dalam merawat leukemia.

6 – Sianida

cyanide

Anggaran dos membunuh: 1.3 gram

Sianida ini sangat popular digunakan semasa perang dunia kedua dan juga oleh perisik rahsia sebagai senjata membunuh yang pantas dan senyap. Fungsi sianida ialah membuatkan sel tidak dapat mengakses oksigen dan menghasilkan tenaga, ini akan menyebabkan serangan tiba-tiba, sesak nafas dan juga serangan jantung. Kematian boleh terjadi dalam hanya beberapa minit sahaja.

Pendedahan kepada toksik bahaya ini juga boleh terjadi akibat merokok, terhidu asap bahan bakaran plastik atau arang, mengkonsumsi tanaman atau air yang telah tercemar dan sebagainya. Biasanya mangsa akan mengalami berubahan warna pada kulit akibat sianida ini.

5 – Tetrodotoxin

ikan buntal

Anggaran dos membunuh : 0.003 gram

Bahan ini juga biasanya dipanggil tetrodox atau TTX, ialah sejenis bahan yang diketahui tiada penawarnya. Bahan ini paling banyak didapati pada ikan buntal berbanding haiwan lain. Namun begitu sesetengah spesis ikan buntal ini sedap rasanya dan ia merupakan hidangan terkenal di Jepun yang dinamakan fugu dan hanya chef yang mempunyai lesen sahaja boleh menyediakan hidangan ini.

Ia boleh menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung, kebas dan kelumpuhan otot di mana mangsa tidak dapat bergerak bergantung kepada kadar keracunan. Walaupun lumpuh mangsa akan berada di dalam keadaan sedar sehingga membawa kepada kematian. Kematian akibat tetrodotoxin ini biasanya terjadi setelah 20 minit sehingga 8 jam setelah terkena toksik ini.

4 – Ricin

ricin

Anggaran dos membunuh : 0.0005 gram

Ricin adalah protein yang disejat dari biji pokok jarak dan Ia boleh dihasilkan menjadi serbuk atau cecair putih. Hanya dengan kuantiti yang sangat sedikit mampu membunuh manusia jika disuntik atau dihidu. keracunan dari ricin ini akan menyebabkan sel tidak dapat menghasilkan protein yang diperlukan oleh badan.

Episod pertama penggunaan bahan ini ialah pada tahun 1978, apabila seorang pembangkang Bulgaria iaitu Georgi Markov telah ditikam pada kaki mengunakan payung yang diubah kepada senjata di hadapan khalayak ramai di Jambatan Waterloo, London. Senjata itu telah diletakkan bahan yang mengandungi ricin dan menyebabkan Markov mati 4 hari kemudian.

3 – Merkuri

mercury

Anggaran dos membunuh : 0.00015 gram

Salah satu dari bahan berunsur besi yang paling bahaya ialah Dimethylmercury atau biasanya dipanggil Merkuri. Bahan ini ditemui sejak dari zaman dahulu lagi sekitar tahun 1500SM. Ianya terbukti membawa maut dengan hanya serapan serendah dos 0.1ml. Gejala dari keracunan merkuri ini bergantung kepada dos dan jenis antaranya ialah otot berasa kebas dan lemah, kesukaran bercakap atau melihat dan pelbagai lagi.

Toksik ini juga boleh meresap melalui sarung tangan getah dan masuk sehingga ke dalam kulit. Salah satu kes kematian akibat Mercury adalah seorang ahli kimia Karen Wetterhahn, di mana berbulan sebelum itu terjadi kemalangan kecil yang menyebabkan tumpahnya beberapa titik Mercury pada sarung tangan getah yang dipakainya.

2 – Batrachotoxin (bisa katak dart)

racun katak dart

Anggaran dos membunuh : 0.00012 gram

Toksik yang sangat kuat boleh dijumpai pada sesetengah spesis katak, terutamanya katak dart dari kawasan Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Kebiasaannya orang asli di sana menggunakan racun ini pada anak panah atau sumpit. Tergolong di dalam kategori neurotoxin di mana ia mangganggu sistem saraf mangsa dengan menyekat isyarat yang dihantar oleh otak kepada otot atau organ.

Toksik ini dikeluarkan oleh katak melalui cairan pada belakang badan dan telinganya apabila berasa terganggu, sakit atau cemas. Setakat ini belum ada penawar yang betul-betul membantu menangani keracunan batrachotoxin ini.

1 – Botulinum toxin (BOTOX)

botox 21

Anggaran dos membunuh : 0.00000015 gram

Walaupun Botox merupakan satu toksin yang paling merbahaya namun ia boleh digunakan bagi tujuan perubatan bagi masalah yang berkaitan dengan sistem saraf seperti stroke, multiple sclerosis, Parkinson dan cerebral palsy. Akan tetapi penggunaannya yang paling popular adalah di dalam bidang pembedahan kosmetik di mana ia membantu mencegah kulit berkedut dengan melumpuhkan otot pada muka supaya sentiasa tegang.

Kebiasaannya untuk sebarang prosedur perubatan,mereka hanya menggunakan sedikit sahaja bahan toksin ini kerana jika disuntik ke dalam saluran darah sebanyak 80 nanogram atau dihidu sebanyak 240 nanogram sahaja boleh membawa kepada kematian. Kesan daripada keracunan toksin ini membawa kepada kelumpuhan dan kemudian merebak kepada masalah pernafasan. Toksin ini 40 juta kali lebih berbahaya berbanding Cyanide. 

Rujukan:

1. medlineplus

2. flipper.diff.org

3. www.who.int

4. thoughtco

5. www.cdc.gov

6. theborneopost

7. britannica

8. medicinenet

9. thelistcafe




Hakcipta iluminasi.com (2017)