Setiap individu mempunyai tandatangan atau autograf yang tersendiri. Ada yang ringkas dan ada juga yang sangat unik. Namun, kesemuanya hanya berharga untuk diri sendiri sahaja dan tidak bagi orang lain.
Agak pelik untuk memikirkan mengapa satu tandatangan itu boleh mencecah harga jutaan ringgit. Namun bagi tandatangan yang diturunkan bersempena peristiwa atau daripada individu terkenal yang telah mati, ia boleh menjadi sangat bernilai.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 7 autograf yang paling mahal di dunia.
7. Autograf Albert Einstein pada gambarnya - RM311,000
Albert Einstein terlibat dalam bidang penyelidikan saintifik yang serius, tetapi beliau mempunyai sisi yang agak kelakar. Beliau menyembunyikan lidahnya dalam gambar yang diambil pada hari ulang tahunnya yang ke-72 oleh seorang jurugambar akhbar bernama Arthur Sasse.
Acara itu berlangsung di Princeton University pada bulan Mac 1951. Einstein mengambil banyak salinan imej ini tetapi yang ditandatangani hanyalah satu atau dua keping sahaja.
Walau bagaimanapun, pemalsu meniru tandatangannya dan mencipta banyak salinan tiruan gambar ikonik ini. Pakar membuktikan bahawa kesemuanya adalah palsu namun pada tahun 2009, satu salinan foto yang asli telah dijual.
Ia juga disahkan oleh ahli keluarga Einstein yang hidup sebagai tulen. Versi tulen ini dijual dengan harga RM311,000.
6. Autograf Joe DiMaggio dan Marilyn Monroe pada besbol - RM794,000
Bintang besbol New York Yankees Joe DiMaggio dan isterinya, pelakon jelita Holywood, Marilyn Monroe, merupakan salah satu pasangan selebriti paling terkenal dalam sejarah Amerika Syarikat.
Oleh itu, apabila mereka berdua menandatangani sebiji bola besbol, nilainya melonjak menjadi sangat tinggi. Acara di mana tandantangan itu diturungkan adalah sesi latihan Yankee tahun 1961 di Florida.
Bola besbol terkenal itu adalah satu-satunya item yang ditandatangani oleh kedua-dua pasangan bintang ini. Apabila ia dijual pada tahun 2006, pengumpul tanpa nama sanggup mengeluarkan RM794,000 untuk menambahkan koleksinya.
5. Autograf Jimi Hendrix pada kontrak - RM831,000
Jimi Hendrix adalah lambang gaya hidup bebas, hedonistik, gaya hidup bunga tahun 1960-an. Zaman di mana dia kuat mabuk dan mengambil dadah melihatkan lagenda muzik itu meninggalkan dunia ketika berusia 27 tahun pada tahun 1970.
Sebelum kematiannya, pada tahun 1965, Jimi Hendrix menandatangani satu kontrak yang mana bersetuju menjual haknya untuk royalti sebanyak 1%.
Apa yang tak masuk akal adalah kontrak yang ditandatangani ini kini bernilai sangat tinggi. Muzik Jimi Hendrix juga terus menggungguli carta untuk seketika selepas kematiannya.
Disebabkan ini, kontrak ini telah dijual dengan RM831,000 dalam sebuah lelongan pada tahun 2009.
4. Autograf Babe Ruth pada bola besbol - RM1.6 juta
Babe Ruth terkenal sebagai 'Sultan Swat' ketika kerjaya basebalnya yang telah memecahkan rekod dari tahun 1914 hingga 1935.
Dia menandatangani banyak bola besbol sepanjang hayatnya dan salah satu daripadanya memepunyai nilai lebih daripada RM1 juta pada tahun 2014.
Walau bagaimanapun, koleksi Babe Ruth yang mengatasi nilai tersebut adalah sebiji bola besbol yang baru yang ditandatangani lagenda besbol tersebut, yang telah dijual pada tahun 2012.
Bola tersebut dijual dengan harga RM1.6 juta dalam satu jualan lelongan menjadikanya sebagai antara salah satu bola besbol paling mahal pernah dijual dalam sejarah.
3. Autograf John Lennon pada album milik pembunuhnya - RM2.18 juta
8 Disember 1980 adalah hari yang begitu pahit dan suram dalam sejarah muzik. Pada hari tersebut, bintang Beatles, John Lennon menemui ajalnya di tangan seorang lelaki yang bernama Mark David Chapman.
Pada awal hari tersebut, Mark Chapman telah mendapatkan autograf Lennon di atas salinan album 'Double Fantasy' yang baru dikeluarkannya.
Dia kemudiannya kembali beberapa jam selepas itu dan melepaskan lima tembakan yang menyebabkan John Lennon maut pada usia yang agak muda iaitu 40 tahun.
David Mark Chapman tidak melarikan diri selepas melakukan perbuatan berdarah itu. Dia duduk dengan tenang membaca buku ikon JD Salinger 'The Catcher in the Rye' dan menunggu polis tiba.
Album yang ditandatangani oleh John Lennon itu bernilai RM2.18 juta pada tahun 2003 dan nilainya lebih tinggi hari ini.
2. Autograf Abraham Lincoln pada Pengisytiharaan Pembebasan - RM3.12 juta
Pada tahun 1864, setahun sebelum kematiannya, Presiden Abraham Lincoln menandatangani 48 salinan Proklamasi Emansipasi yang menamatkan perhambaan di Amerika Syarikat.
Dua puluh enam salinan dokumen bersejarah ini masih bertahan sehingga ke hari ini dan dipaparkan di universiti dan muzium, dengan beberapa yang lain menjadi hak milik persendirian
Pada tahun 1991, satu salinan dokumen ini dijual dengan harga RM3.12 juta. Pada tahun 2012, satu lagi telah dibeli oleh jutawan, David Rubenstein dengan harga RM8.3 juta.
Namun rekod tersebut menjadi milik salinan yang pernah dimiliki oleh Bobby Kennedy yang dijual pada tahun 2010.
Kemudian, seorang pengumpul yang tidak diketahui namanya menjual salah satu salinan tersebut dengan harga RM15.4 juta sekaligus mencipta rekod terbaru bagi autograf paling mahal di dunia ketika itu.
1. Autograf George Washington pada Akta Kongres - RM40.7 juta
Tempat pertama dalam senarai autograf paling mahal ini adalah salinan peribadi George Washington bagi Perlembagaan, Rang Undang-undang Hak, dan Kongres Pertama.
Beliau menandatangani halaman pertama buku ini yang telah dilelong dalam acara lelongan di Sotheby's pada tahun 2012.
Koleksi ini dibeli dengan segera dibeli oleh Ann Bookout, ahli lembaga Vernon Ladies Association yang merupakan organisasi tak berkeuntungan yang mengurus Estate Virginia Washington.
Persatuan tersebut membayar sejumlah RM40.7 juta untuk mendapatkan memorabilia yang tak mungkin akan berulang tersebut.
Selepas pembelian dibuat, mereka meletakkan buku itu di lokasi yang sepatutnya di Perpustakaan Presiden Washington di White House.