Oleh pada 29 Nov 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Bukan lapan dan bukan juga tujuh? Dua angka ini sebelumnya dianggap sebagai jumlah peserta yang bakal diangkat sebagai finalis akhir dalam program, All Stars Gegar Vaganza (ASGV) 2023.

Peminat rancangan ini mungkin boleh meragui semula dakwaan itu, kerana ada kemungkinan hanya lima yang akan bertanding.

Datuk Ramli MS, sebagai juri tetap ASGV, seolah-olah membayangkan apabila ditanya tentang kemungkinan dua penyingkiran di separuh akhir.

Ramli, yang biasa dipanggil Tok Ram, mengaitkan pertanyaan itu dengan jumlah penyanyi yang dijemput ke peringkat akhir.

"Minggu separuh akhir akan menyajikan banyak kejutan. Tadi (Nabil dan Jihan) telah umumkan tiga penyanyi undangan untuk konsert akhir, dan hanya tinggal dua lagi artis jemputan yang belum didedahkan.

"Tetapi hakikatnya, semua awak tidak tahu bahawa mungkin juga terdapat lapan penyanyi jemputan kesemuanya," ujarnya selepas konsert ASGV minggu kesepuluh berakhir pada Ahad.

        

gegar vaganza 75508

Antara penyanyi yang akan melengkapkan pentas ASGV minggu akhir ialah Ella, Dayang Nurfaizah dan Aina Abdul. Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Jawapan Ramli seakan memberi isyarat bahawa penyanyi-penyanyi undangan peringkat akhir ini akan memeriahkan segmen duet yang akan diulangi semula.

Apabila ditanya sama ada ini juga bermakna seramai lima bintang akan beraksi sebagai finalis, seiring dengan jumlah penyanyi undangan yang juga lima orang, kata Ramli:-

"Ada lima. Jadi, mungkin kami akan singkirkan tiga peserta. Kami boleh buang tiga peserta pada peringkat separuh akhir nanti!"

Tidak dapat dipastikan sama ada itu benar atau hanya satu gimik. Kita tunggu bersama!

         

Baca: "Atas 3 Orang.." Ramli MS Dedah Di Sebalik Keputusan Konsert Minggu 10 All Stars Gegar Vaganza

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 2023 All Stars Minggu 11 (Musim 10)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 (Suku Akhir) Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Berapa Jumlah Finalis Akhir All Stars Gegar Vaganza 2023? Ramli MS Beri Hint!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Bad Indigo

Baca: Biodata Penyanyi Liza Hanim, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Cara Undi Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

Baca: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

         

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 10 (Suku Akhir)

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)