Oleh pada 30 Aug 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Sudah berlangsung sembilan musim, dengan sepuluh juara yang telah diiktiraf, kini tiba masanya untuk Gegar Vaganza (GV) kembali dengan edisi terbaharu, All Stars.

Semua juara terdahulu bakal bersaing semula, yang antaranya adalah penyanyi Jaclyn Victor, Datuk Aishah, Siti Nordiana, Naqiu, Azharina Azhar dan beberapa lagi.

Namun, semua mereka akan menghadapi enam peserta lain yang akan dipilih oleh penonton melalui undian 'hot seat' di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

Bekas peserta yang berhak menerima undian untuk merebut posisi enam peserta tambahan ini terdiri daripada senarai pemenang Top 4 dalam sembilan musim yang lepas.

Antara nama-nama yang tersenarai termasuk Mamat Exist, Ameng Spring, Liza Hanim, Zamani Slam, Amelina, Muss, Noraniza Idris, Nikki Palikat, Shila Amzah dan ramai lagi.

GV10 bakal menghiburkan penonton selama 12 minggu dengan siaran langsung dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap hari Ahad, bermula pada 24 September 2023, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104).

Sementara itu, musim yang diberi nama 'Gegar Vaganza X' ini masih mengekalkan tiga juri tetap yang tidak asing, iaitu pengarah muzik terkemuka, Datuk Ramli MS, ikon legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan penyanyi yang juga merupakan guru vokal terkenal, Datuk Syafinaz Selamat.

Semua peserta akan dinilai sepenuhnya oleh kuasa juri profesional.

Bagi pengacaraan hos pula, terdapat rombakan yang akan diperkenalkan pada konsert minggu pertama kelak.

           

Senarai 10 Peserta Pertama Gegar Vaganza All Stars Musim 10 (2023)

         

Jaclyn Victor

gegar vaganza 2023 58976

Juara GV9 / Musim 9 (2022)

Baca: Biodata Jaclyn Victor

        

Siti Nordiana

all star gegar vaganza

Juara GV2 / Musim 2 (2015)

Baca: Biodata Siti Nordiana

       

Naqiu (Boboy)

gegar vaganza 10 558

Juara GV6 / Musim 6 (2019)

Baca: Biodata Naqiu

         

Datuk Aishah

juara gegar vaganza 86497

Juara GV4 / Musim 4 (2017)

Baca: Biodata Datuk Aishah

         

Azharina Azhar

astro gempak gegar vaganza

Juara GV3 / Musim 3 (2016)

Baca: Biodata Azharina Azhar

       

Noryn Aziz

peserta gegar vaganza 2023 58111

Juara GV5 / Musim 5 (2018)

Baca: Biodata Noryn Aziz

        

Aliff Aziz

juara juara gegar vaganza

Juara GV8 / Musim 8 (2021)

Baca: Biodata Aliff Aziz

       

Cliff Umar

peserta gegar vaganza 11939

Juara GV7 / Musim 7 (2020)

Baca: Biodata Cliff Umar

         

Hady Mirza

senarai pemenang gegar vaganza 60820

Juara GV6 / Musim 6 (2019)

Baca: Biodata Hady Mirza

        

Ayai Ilusi

undian gegar vaganza 32532

Juara GV1 / Musim 1 (2014)

Baca: Biodata Ayai Illusi

                   

Kemaskini: Ini enam peserta tambahan yang terpilih melalui undian 'hot seat'.

         

Zamani (Slam)

hot seat gegar vaganza 56800

Tempat Ketiga GV5 / Musim 5 (2018)

Baca: Biodata Zamani

       

Ezad Lazim (Exists)

gv 02098

Tempat Ketiga GV2 / Musim 2 (2015)

Baca: Biodata Ezad Lazim

        

Liza Hanim

gegar vaganza 2023 hot seat 54698

Naib Juara GV4 / Musim 4 (2017)

Baca: Biodata Liza Hanim

         

Tomok (New Boyz)

all stars gegar vaganza 60050

Tempat keempat GV9 / Musim 9 (2022)

Baca: Biodata Tomok

       

Nikki Palikat

pemenang gegar vaganza 56871 525

Naib Juara GV8 / Musim 8 (2021)

Baca: Biodata Nikki Palikat

          

Suki Low

gegar vaganza 2023 live 59873 732

Tempat Ketiga GV8 / Musim 8 (2021)

Baca: Biodata Suki Low

       

        

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Sementara itu, di bawah ini adalah senarai calon yang bersaing untuk mendapat tempat sebagai peserta Gegar Vaganza All Stars melalui 'hot seat'. Enam daripada mereka telahpun dipilih sebagai peserta yang ke-11 hingga ke-16 melalui undian penonton.

       

Cara Undi Peserta Hot Seat Di Astro Gempak

1. Pergi ke laman sesawang https://voting.astro.com.my/gegarvaganza-hotseat

2. Log masuk dengan menggunakan akaun Astro atau Facebook anda.

3. Kemudian anda akan diberikan 50 undian bagi setiap akaun, setiap hari bagi mengundi calon bintang kegemaran.

4. Undian mula dibuka pada 29 Ogos 2023 jam 6 petang dan ditutup pada 10 September 2023 pukul 11.59 malam.

        

Untuk undian Anugerah Gegaran Generasi Juara dan Bintang Cuckoo Paling Gempak, rujuk artikel: Cara Undi Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

         

Senarai Calon Hot Seat

1. Haleeda (Naib Juara GV1)

2. Mamat Exists (Tempat Ketiga GV1)

3. Rahmad Mega (Tempat Keempat GV1)

4. Farahdhiya (Naib Juara GV2)

5. Ezad Lazim (Tempat Ketiga GV2)

6. Zarul Umbrella (Tempat Ketiga GV3)

7. Ameng Spring (Tempat Keempat GV3)

8. Liza Hanim (Naib Juara GV4)

9. Lan Solo (Tempat Ketiga GV4)

10. Hazami (Tempat Keempat GV4)

11. Dia Fadila (Naib Juara GV5)

12. Zamani Slam (Tempat Ketiga GV5)

13. Amelina (Tempat Keempat GV5)

14. Jatt Ali (Tempat Ketiga GV6)

15. Nurfatima (Tempat Keempat GV6)

16. Muss (Naib Juara GV7)

17. Ayu Damit (Tempat Ketiga GV7)

18. Noraniza Idris (Tempat Keempat GV7)

19. Nikki Palikat (Naib Juara GV8)

20. Suki Low (Tempat Ketiga GV8)

21. Bob Yusof (Tempat Kedua GV9)

22. Shila Amzah (Tempat Ketiga GV9)

23. Tomok (Tempat Keempat GV9)

         

Baca: Info Penuh Program Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Kini Kembali! Ini 8 Fakta Info Gegar Vaganza 2023 (Musim 10)

        

Kredit video: Mana lebih menyengat? Semua juara kembali bersaing di pentas ‘All Stars’

       

astro gegar vaganza 356

Sidang media memperkenalkan 10 peserta pertama GV 2023 dengan tagline 'Bintang Terus Menyengat' yang diadakan pada Selasa. Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)