Oleh pada 04 Dec 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Prestasi cemerlang Tomok dalam konsert separuh akhir Gegar Vaganza 10 (GV10) menyaksikannya dinobatkan sebagai juara mingguan.

Dia menggegarkan pentas dengan persembahan mantap, berjaya menawan juri dan muncul sebagai pemenang dengan markah tertinggi, iaitu 80.00%.

Melalui penyampaian lagu C.I.N.T.A. dan Bahalol yang dikenali menerusi penyanyi asal, XPDC, kembali dihidupkannya di pentas.

         

gegar vaganza 37878

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Sementara itu, pada akhir episod, semua peserta berjaya melepasi saingan tanpa sebarang penyingkiran yang dilakukan oleh pihak produksi.

Panel juri tetap, yang diwakili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, memutuskan keputusan.

Sehubungan dengan itu, tempat di minggu akhir ditempa oleh lapan peserta.

Dalam senarai finalis ialah Siti Nordiana, Tomok (New Boyz), Naqiu (Boboy), Nikki Palikat, Hady Mirza (Singapura), Azharina Azhar, Jaclyn Victor dan Liza Hanim.

Hasil markah daripada pungutan tiga orang juri adalah seperti berikut:-

        

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza Musim 10 (2023) Minggu Kesebelas (Separuh Akhir)

1. Tomok (C.I.N.T.A., Bahalol) - 80.00%

2. Nikki Palikat (Pelesit Kota, Gemuruh) - 79.50%

3. Naqiu (Memori Sekuntum Rindu, It's My Life) - 72.50%

4. Hady Mirza (Opera Hidup, Tragedi Oktober) - 70.75%

5. Jac (Mistikus Cinta, Taman Rashidah Utama) - 69.00%

6. Liza Hanim (Paku, Jangan Khianati Aku) - 67.75%

7. Azharina (What's Up?, Livin’ On A Prayer) - 65.25%

8. Siti Nordiana (Hampa Hatiku, Sudah Ku Tahu) - 61.50%

      

Keputusan - Tiada peserta tersingkir

        

Anugerah Bintang Paling Power Meow (Markah Tertinggi Dari Juri) - Tomok

Bintang Cuckoo Paling Gempak (Undian Peminat) - Naqiu

Anugerah Gegaran Generasi Juara (Undian Peminat) - Jaclyn Victor

        

Baca: Siapa Juri Jemputan Final All Stars Gegar Vaganza 2023? Ramli MS Beri Hint! Dedah Siapa Pilih Rakan Duet Finalis, Format Pemarkahan Konsert Akhir

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir / Final (Minggu 12) Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: "Atas 3 Orang.." Ramli MS Dedah Di Sebalik Keputusan Konsert Minggu 10 All Stars Gegar Vaganza

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Bad Indigo

Baca: Biodata Penyanyi Liza Hanim, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Cara Undi Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

        

Peranan pengacaraan mengetengahkan penyampaian daripada hos pentas utama, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Konsert Gegar Vaganza Musim 10 (GV10) atau Gegar Vaganza X memeriahkan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi siaran langsung di saluran Astro Ria (104), setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula 24 September 2023.

Penonton boleh mengikuti program ini secara digital menerusi aplikasi Astro Go, Sooka serta platform On Demand di Astro Box secara dalam talian (online).

Untuk keterangan berkaitan format penjurian, hadiah yang ditawarkan dan butiran lengkap mengenai GV10, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

         

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 11 (Separuh Akhir)

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)