Oleh pada 27 Sep 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Konsert pada minggu pertama Gegar Vaganza (GV) All Stars menghadirkan 16 nama besar dalam industri hiburan tempatan mahupun serantau.

Dalam senarai barisan peserta ini, juara-juara GV dari musim-musim terdahulu kembali menyahut cabaran beraksi, termasuk Datuk Aishah, Ayai Illusi, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Naqiu (Boboy), Noryn Aziz, Hady Mirza (Singapura), Azharina Azhar, Aliff Aziz (Singapura) dan Cliff Umar.

Di samping itu, enam penyanyi dari musim-musim sebelumnya turut dipilih melalui undian yang dilakukan oleh peminat di laman web Astro Gempak. Pilihan "Hot Seat" ini memanggil sekumpulan penyanyi ulung yang terdiri daripada Zamani (Slam), Liza Hanim, Ezad Lazim (Exists), Tomok (New Boyz), Nikki Palikat dan Suki Low.

Dalam melaksanakan tugas persembahan untuk minggu pertama, para juara diberi tanggungjawab untuk melantunkan lagu-lagu yang pernah dirakamkan oleh juara GV yang lain, sementara peserta 'hot seat' pula membawakan lagu-lagu daripada rakan alumni GV mereka.

Yang menjadikan situasi ini lebih istimewa ialah lagu-lagu ini telah dipilih oleh ketua juri iaitu Datuk Ramli MS (Tok Ram).

            

gegar vaganza 69878

Kredit foto: Instagram Ayai Illusi

        

Berikut adalah senarai lagu yang para peserta ini pertaruhkan sebagai tugasan persembahan pada minggu sulung tersebut.

         

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2023 (GV10) Minggu Pertama

1. Zamani - Langkah Seiringan (Exists)

2. Siti Nordiana - Beribu Sesalan (3 Suara : Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah)

3. Naqiu - Di Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor)

4. Jaclyn Victor - Janji Manismu (Datuk Aishah)

5. Tomok - Kata (Hazami)

6. Liza Hanim - Jangan Kau Mimpi (Siti Sarah Raisuddin)

7. Ezad Lazim - Kembali Terjalin (Slam)

8. Aishah - Gemilang (Jaclyn Victor)

9. Ayai Illusi - Cinta Beralih Arah (Aishah)

10. Azharina Azhar - Angkara (Siti Nordiana)

11. Aliff Aziz - Wanita Seluruh Dunia (Cliff Umar)

12. Nikki Palikat - Bertakhta Di Hati (Farahdhiya)

13. Hady Mirza - Segalanya Ku Terima (Kumpulan Illusi)

14. Noryn Aziz - Ikut Rentakku (Jaclyn Victor)

15. Cliff Umar - Sayang Sayang (Aliff Aziz)

16. Suki Low - Hanya Di Mercu (Ayu Damit)

          

Lagu Pembukaan - Nabil Ahmad (Terhangat Di Pasaran - KRU feat Adam), Elly Mazlein (Dag Dig Dug - Haiza), Jihan Muse (Angkat Kaki - Sheeda), Nyanyian Beramai-Ramai (Rindu - Amelina)

         

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 All Stars Gegar Vaganza 2023 (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Biodata Penyanyi Ayai Illusi, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

        

Kumpulan panel juri masih diketuai oleh Datuk Ramli MS, yang bersama-sama dengan Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi legenda dari Indonesia, Hetty Koes Endang.

Program mingguan yang juga dikenali sebagai 'Gegar Vaganza X' itu diterajui oleh trio pengacara terkenal, iaitu Nabil Ahmad, Elly Mazlein dan Jihan Muse. Acara ini disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula pada 24 September 2023, setiap hari Ahad, pukul 9 malam, secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Ia juga boleh dinikmati secara dalam talian (online) melalui perkhidmatan penstriman Astro Go dan Sooka, serta platform On Demand menerusi Astro Box. Untuk maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh mengenai GV10, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

          

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 1

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)