Oleh pada 20 Nov 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Konsert Gegar Vaganza 2023 All Stars yang kesepuluh menyambung perjuangan sembilan bintang yang sedang bertanding.

Minggu ini dengan tema yang diberikan adalah "Fiesta Muzika" dan lagu pilihan Tok Ram, sembilan peserta yang masih dalam pertandingan adalah Siti Nordiana, Tomok (New Boyz), Jaclyn Victor, Hady Mirza (Singapura), Naqiu (Boboy), Nikki Palikat, Azharina Azhar, Liza Hanim dan Aliff Aziz (Singapura).

Tema kali ini memberikan mereka peluang untuk menghidupkan lagu-lagu dengan genre irama tradisional dan 'world music' dari pelbagai bahasa, termasuk lagu kedua yang dipilih oleh Ramli MS.

Pilihan lagu-lagu yang disediakan untuk menghangatkan acara ialah:-

            

gegar vaganza 96853

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Senarai Lagu Konsert Suku Akhir Gegar Vaganza 2023 (GV10) Minggu Kesepuluh

1. Jaclyn Victor - Conga (Gloria Estefan, Miami Sound Machine) & The Ketchup Song / Asereje (Las Ketchup)

2. Siti Nordiana - Mehndi Laga Ke Rakhna (Lata Mangeshkar, Udit Narayan) & Ayam Den Lapeh (Elly Kasim)

3. Aliff Aziz - Cindai (Datuk Seri Siti Nurhaliza) & Gambus Jodoh (Tan Sri P. Ramlee)

4. Tomok - The Cup of Life (Ricky Martin) & Melodi Hati (Shawn Baharin)

5. Nikki Palikat - Perhaps, Perhaps, Perhaps (Desi Arnaz) & Macarena (Los Del Río)

6. Hady Mirza - Orak Arek (Datuk Zainal Abidin) & Mak Siti (Blues Gang)

7. Liza Hanim - Samudera (Datuk Nora Ariffin) & Yaladan (S. Fauziah, Orkes Ghazal Sri Maharani)

8. Naqiu - Bol Radha Bol (Mukesh) & Ala Emak Kawinkan Aku (Zainorin Md Dom)

9. Azharina Azhar - La Bamba (Ritchie Valens) & Rambu Ramba (Noorshila Amin)

       

Lagu Pembukaan - Jihan Muse & Nabil Ahmad - Cari Tapak (Senario)

         

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 (Separuh Akhir) Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Berapa Jumlah Finalis Akhir All Stars Gegar Vaganza 2023? Ramli MS Beri Hint!

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Bad Indigo

Baca: Biodata Penyanyi Liza Hanim, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Cara Undi Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

        

Pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS, bintang legenda Indonesia Hetty Koes Endang dan pengajar vokal berpengalaman dalam industri muzik, Datuk Syafinaz Selamat, akan bertindak sebagai juri tetap dalam peranan ini.

Program lebih meriah dengan kehadiran Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara utama.

Konsert Gegar Vaganza Musim 10 (GV10) atau Gegar Vaganza X terus menyinari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam siaran langsung di saluran Astro Ria (104) setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula 24 September 2023.

Pilihan rancangan ini turut disediakan di aplikasi Astro Go, Sooka dan platform On Demand di Astro Box.

Untuk maklumat mengenai format penjurian, hadiah yang ditawarkan dan perincian lengkap mengenai GV10, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

        

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 9

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)