Oleh pada 29 May 2018 kategori

Kredit foto: Facebook Habib Bibou (paparan skrin video)

Video seorang lelaki memanjat sebuah bangunan di Paris untuk menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak lelaki yang tergantung dari balkoni di tingkat empat menjadi tular di media sosial.

Mamoudou Gassama atau digelar sebagai 'Spiderman Islam' berumur 22 tahun dan merupakan seorang pendatang dari Mali.

Disebabkan jasa dan keberaniannya itu, Gassama diberikan kewarganegaraan Perancis dan mendapat pekerjaan sebagai ahli bomba.

video spiderman islam selamatkan kanak kanak curi perhatian dunia 1

Kredit foto: Facebook Emmanuel Macron

Menurutnya, tindakan tersebut dilakukan kerana kecintaannya terhadap golongan kanak-kanak dan tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku.

Menerusi video itu, Gassama hanya mengambil masa kira-kira 40 saat untuk sampai ke arah kanak-kanak malang berumur 4 tahun itu yang cuma berpaut pada sebuah pagar.

Video yang dimuatnaik di Facebook itu sehingga kini telah ditonton sebanyak 14 juta kali.

Sumber:

1. Facebook ABC News

2. Facebook CNN

3. Facebook BBC News

4. Facebook ABC News

5. Facebook USA Today 

6. Facebook Al Jazeera English

7. Facebook NBC News

8. Facebook Channel NewsAsia

9. Facebook 9 News Sydney

10. Facebook NDTV

11. Youtube The Star Online

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)