Oleh pada 09 May 2017 kategori

Nike merupakan sebuah jenama sukan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Selain bola sepak, jenama ini juga mempunyai ramai peminat daripada kalangan atlet lumba lari.

Beberapa hari lepas, baru sahaja berlangsungnya acara larian dalam usaha memecah rekod dunia marathon. Projek yang diberi nama Breaking2 ini adalah usaha Nike untuk mencatat masa bawah 2 jam bagi acara marathon.

vaporfly

Sebagai perbandingan, rekod dunia acara marathon kini dipegang oleh Denis Kimetto dengan catatan masa 2:02:57. Untuk projek ini, 3 orang pelari dari Afrika telah dipilih - Kipchoge (Kenya), Zersenay Tadese (Eritrea), dan Lelisa Desisa (Ethiopia). Trek di Monza, Itali telah dipilih untuk projek ini dimana peserta perlu berlari sebanyak 17.5 pusingan iaitu bersamaan 42km jarak marathon.

Rekod Dunia Marathon

Graf berikut memaparkan perubahan rekod dunia acara marathon semenjak tahun 1908. Kali terakhir rekod dunia dicatat adalah pada tahun 2012 ketika acara Berlin Marathon.

rekod dunia marathon

2 jam 25 saat

2 jam 25 saat adalah masa rasmi yang dicatat oleh Kipchoge sebaik melintasi garisan penamat. Walaupun misi projek Breaking2 ini gagal, ianya telah memberi inspirasi kepada pelari marathon seluruh dunia yang boleh menyaksikan acara tersebut secara langsung.

Sebaik menamatkan larian, Kipchoge memberi ucapan berikut:

Today, I have learned that the impossible is possible. The next generation should know that nothing is impossible in this world. Real focus, determination and real hope, can take you somewhere

Walaupun begitu, International Association of Athletics Federations (IAAF) iaitu sebuah badan khas yang bertanggungjawab memelihara standard acara marathon tidak mengiktiraf catatan masa tersebut sebagai rekod dunia baru atas beberapa faktor:

1. Penggunaan pacer berganti-ganti. Beberapa pacer telah digunakan secara berganti-ganti sepanjang larian di mana pacer ini akan membentuk diamond disekeliling peserta. Perkara ini dilakukan untuk mengurangkan rintangan angin.

2. Pengguna kereta untuk memaparkan kelajuan (pace) peserta.

3. Penggunaan kasut khas buatan Nike yang penuh kontroversi. Kasut yang diberi nama Vaporfly ini dibuat khas dan diletakkan sekeping plat untuk meningkatkan efisiensi pelari sebanyak 4%.

vaporfly shoe

Selain projek Breaking2 ini, terdapat ramai lagi pengkaji yang membuat kajian mengenai formula terbaik untuk memecahkan rekod dunia bawah 2 jam dengan gabungan formulasi makanan yang betul, jenis kasut, pakaian dan lain-lain lagi. 

Terdapat juga desas-desus pesaing Nike, iaitu Adidas juga dijangka melancarkan projek yang hampir serupa dalam usaha mempromosikan produk mereka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)