Kredit foto: Instagram Raja Azmi

Kediaman keluarga penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman di Ulu Klang dimasuki seekor ular tedung!

Dalam kejadian yang berlaku pada pagi Khamis itu, kehadiran reptilia tersebut hanya disedari apabila pembantu rumahnya hendak menyidai kain di belakang rumah.

"Terkejut dan panik apabila pembantu rumah tiba-tiba menjerit selepas melihat seekor ular tedung memasuki rumah saya menerusi pintu belakang.

"Mungkin juga banyak barang lama yang diletakkan di belakang rumah membuatkan dia menyorok di situ ditambah pula musim hujan sekarang," kata Raja yang dipetik daripada portal Mstar Online.

Susulan itu, selebriti berumur 57 tahun ini segera menghubungi pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Hasil pencarian pihak terbabit selama hampir setengah jam akhirnya berjaya menjumpai ular jenis anak tedung berbisa.

ular tedung masuk rumah raja azmi 2

Kredit foto: Instagram Raja Azmi

Jelas penerbit filem Cinta 200 Ela itu, dia dimaklumkan bahawa kejadian yang sama sudah acapkali berlaku di kawasan berkenaan.

"Saya tunggu mereka cari sampai jumpa kerana ular itu berbisa dan mereka kata sekarang memang banyak kejadian ular masuk rumah di kawasan ini," dedahnya.

Raja berkata, kejadian itu mungkin terjadi kerana lokasi kediamannya yang berhampiran kawasan pembinaan.

"Kawasan rumah saya ini dekat tapak pembinaan dan ia mungkin menyebabkan reptilia seperti ular muncul di kawasan perumahan," katanya.

Sumber berita: Mstar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)