Oleh pada 08 Aug 2017 kategori

Artikel ini ditulis oleh Dr. Muhammad Izzat di laman Facebook milik beliau. Beliau merupakan seorang Pegawai perubatan Obstetrik & Ginekologi (khusus dalam kesihatan sistem pembiakan wanita (faraj, uterus, dan ovari) dan kehamilan, melahirkan anak, dan tempoh selepas bersalin). Iluminasi.com telah mendapat kebenaran untuk mengulang siar penulisan beliau dan telah menyunting bagi memudahkan pembacaan.

dr izat

Jamu rapat plus, Maajun anggun bistari, korset kerengga inul, Herba perapat, Jamu terkenang-kenang malam pertama, Jus kekal dara, jamu ketatkan miss V, dan macam-macam lagilah. Terkadang segan nak menyebut pelbagai produk, sebagaimana dakwaan mereka adalah makanan tambahan yang membantu mengekalkan kesihatan wanita. 

jamu

Terbuktikah keberkesanan produk-produk ini? Wallahualam.

Setelah dilihat dan diteliti, tiada sebarang bukti melalui kajian yang menyatakan makanan tambahan yang dihebohkan merata tempat ini, adalah berkesan. Apa yang ada hanyalah testimoni persendirian yang saya sendiri kurang yakin akan kebenarannya.

Istilah "tanda-tanda rahim tak sihat" yang disalahgunakan oleh penjuak produk

maklumat tak sahih

Terdapat satu post dari laman Facebook yang sangat terkenal, yang berkongsi dengan para pembaca mengenai tanda-tanda rahim tak sihat. Istilah "rahim tidak sihat" tidak boleh giunakan sewenang-wenangnya, kerana ia boleh menimbulkan kegelisahan dan kerisauan yang tidak semena-mena pada golongan wanita.

Istilah ini tersangat umum dan tidak membawa apa-apa makna, kerana ia bukanlah sesuatu yang ringkas dan mudah. Masalah berkaitan rahim sahaja pun sudah sangat rumit, itu belum termasuk mengenai ovari dan juga tiub fallopio.

Untuk mempelajari mengenai sistem pembiakan wanita tidak akan berkesudahan kerana sentiasa terdapat penemuan baru yang membantu dalam merawat masalah lain. Dan itu belum disentuh bab mengandung.

Masalah perubatan pada rahim

adenomyosis

Endometriosis/adenomyosis - kesakitan yang amat sangat akibat haid, kesukaran untuk hamil, kembung perut dan sakit ketika hubungan kelamin

fibroids

Fibroid - ketumbuhan yang tidak berbahaya pada lapisan dinding rahim yang menyebabkan haid menjadi banyak, kadangkala merasa sakit ketika datangnya haid. saiz rahim juga adalah lebih besar daripada yang sepatutnya.

uterine prolapse

Rahim jatuh (tombong) - amat berkait rapat dengan seorang wanita yang melahirkan ramai anak, ataupun kelahiran terdahulu dibantu oleh alatan Forceps

Cara rawatannya adalah berbeza-beza, bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi oleh wanita tersebut. Ia sama ada dengan ubat-ubatan atau cara pembedahan bergantung kepada gejala-gejala yang dihadapi oleh pesakit dan apa yg pesakit mahukan, namun berdasarkan penilaian para doktor

Penjual berikan maklumat tidak sahih untuk lariskan produk

Jadi, penggunakaan korset, jamu, herba dan bengkung TIADA BUKTI KLINIKAL yang mengatakan ianya boleh merawat endometriosis, fibroid ataupun rahim jatuh.

jamu

Para penjual produk, TOLONG jangan mengaut keuntungan dengan memberikan maklumat yang tidak sahih kepada pengguna, dengan harapan produk anda terjual laris dan licin!

Saya menyeru kepada pengguna agar membanyakkan bacaan yang boleh dipercayai dan lapangkan minda bertanya pada yang bertaulilah.


tags : , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)