pulau pitcairn tempat paling sukar untuk sampai

Kepulauan Pitcairn adalah sekumpulan empat pulau gunung berapi yang terdiri daripada Pulau Pitcairn, Pulau Henderson, Pulau Ducie dan Pulau Oeno yang terletak di Lautan Pasifik selatan.

Pulau-pulau ini adalah Wilayah Luar Negara Inggeris yang terakhir di Pasifik.

Jumlah kawasan pulau-pulau ini adalah 46.6 kilometer persegi dan yang kedua terbesar. Hanya bahagian Kepulauan Pitcairn yang terbentang sejauh 3.6 kilometer dari timur ke barat sahaja yang mempunyai penduduk.

Ketika ini, kepulauan ini mempunyai 50 penghuni sahaja yang berasal dari hanya 4 keluarga berbeza, sekaligus menjadikan ia sebagai kawasan yang paling sedikit penduduk di dunia.

Kebanyakan penduduk adalah dari keturunan sembilan orang bekas kelasi kapal Bounty yang memberontak dan orang Polinesia (umumnya orang Tahiti) yang mengiringi mereka.

Mereka menetap di pulau itu pada 1790 dan membakar satu-satunya kapal yang membawa mereka ke sana. Bangkai kapal tersebut masih kelihatan di bawah air di Teluk Bounty.

penduduk pulau pitcairn

Sebelum Pulau Henderson dan Pulau Ducie ditemui pada tahun 1606 oleh seorang pelaut Portugis yang berlayar untuk mahkota Sepanyol iaitu, Pedro Fernandes de Queirós, Kepulauan Pitcairn didiami oleh orang Polinesia yang hanya tinggal di Pulau Henderson, Pulau Pitcairn dan Pulau Mangareva yang terpisah 400 kilometer jauhnya.

Walaupun jarak antara pulau-pulau sangat jauh, namun penduduk pulau itu menjual barang-barang dari satu pulau ke pulau yang laut menaiki bot dan mempunyai hubungan sosial yang kuat yang bergantung kepada pertukaran ekonomi.

Apabila sumber-sumber alam tertentu yang penting telah habis, ia menyebabkan penghapusan hubungan sosial dan pertukaran barangan, sekaligus mencetuskan perang saudara yang bermula di Mangareva.

Perang tersebut menyebabkan kepupusan penduduk di Pulau Pitcairn dan Pulau Henderson. Oleh itu, apabila pulau-pulau itu ditemui oleh orang-orang Eropah pada abad ke-17, kedua-duanya tidak berpenghuni.

Pada tahun 1791, dalam misi untuk mencari kelasi kapal Bounty yang memberontak, Kapten Tentera Laut Diraja Edwards menemui semula Pulau Ducie.

lokasi kepulauan pitcairn di lautan pasifik 651

(Lokasi Kepulauan Pitcairn di Lautan Pasifik)

Pulau itu dinamakan sempena kapten Tentera Laut Diraja, Francis Reynolds-Moreton, Baron Ducie ke-3.

Pada tahun 1838, Pulau Pitcairn menjadi sebuah jajahan British dan merupakan antara wilayah pertama di mana hak suara diberikan kepada wanita.

Hanya selepas satu dekad kemudian, masyarakat semakin berkembang di pulau itu.

Kerajaan British menawarkan Pulau Norfolk kepada penduduk kepulauan itu dan pada tahun 1856, keseluruhan populasi Pitcairn seramai 193 orang berpindah ke Pulau Norfolk.

Walau bagaimanapun, selepas hanya 18 bulan, 17 orang daripada mereka kembali ke pulau asal diikuti oleh 27 yang lain dalam tempoh 5 tahun berikutnya. 

Hari ini pulau ini mempunyai sekitar 60 orang penduduk dan menawarkan tanah percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin berpindah ke sana.

peta kepulauan pitcairn

Namun, tawaran ini agak sukar untuk diterima kerana tiada siapa di dunia moden dan canggih yang sanggup untuk tinggal di pulau terpencil ini.

Ia bukanlah seperti berpindah ke negara yang mana anda boleh keluar dan masuk sesuka hati. Anda mungkin perlu menunggu selama 3 bulan untuk sampai ke pulau itu. 

Jadi, betapa sukarnya untuk seseorang sampai ke Kepulauan Pitcairn ini?

pelabuhan bounty 142

leh kerana ia adalah wilayah British, kita akan gunakan London sebagai lokasi untuk berlepas.

Dari London, anda perlu terbang ke Los Angeles dan dari sana, anda perlukan penerbangan sambungan ke Tahiti yang mana jumlah masa yang diperlukan adalah sekitar 24 jam.

Kemudian, anda perlu menaiki satu lagi penerbangan dari Tahiti ke pulau yang paling hampir dengan Kepulauan Pitcairn yang mempunyai lapangan terbang, iaitu Pulau Mangareva.

Penerbangan ini mengambil masa selama lima setengah jam, tetapi masalahnya adalah bahawa perjalanan ini hanyalah sekali dalam seminggu.

perjalanan ke pulau pitcairn

Namun, menunggu selama seminggu di Tahiti bukanlah satu idea yang membosankan kerana anda boleh bersiar-siar.

Setelah terbang dari Tahiti ke Mangareva, anda perlu menaiki bot ke Pitcairn yang terletak 531 kilometer dari Mangareva. Di sini anda mungkin berhadapan dengan masalah paling besar kerana perkhidmatan bot ini sangatlah jarang.

Jika anda terlepas bot, anda perlu menunggu selama 3 bulan untuk menaiki bot seterusnya. Dan apabila anda berjaya menaiki bot ini, jumlah masa yang memisahkan anda dengan Pulau Pitcairn adalah 32 jam. 

Ini sekaligus menjadikan Pulau Pitcairn sebagai antara salah satu pulau yang paling terpencil dan sukar untuk sampai di dunia.

Rujukan:

1. Outdoor Revival

2. Business Insider

3. Britannica



Hakcipta iluminasi.com (2017)