minnewanka bandar dalam air

Sekiranya dilihat orang, Tasik Minnewanka yang terletak di Kanada kelihatan seperti tadik biasa. Dikeliling pokok-pokok hijau serta berada di dalam Taman Negara Banff, tasik sepanjang 20 kilometer ini menarik perhatian mereka yang menyintai alam semulajadi, serta sesuai untuk dijadikan kawasan riadah aktiviti kayak.

Walaupun begitu, bagi mereka yang tidak mengetahui apa yang pernah berlaku di tasik itu, mereka pasti terkejut mengetahui rahsia yang tersimpan di dalam tasik besar itu.

Tasik Minnewanka sebenarnya adalah sebuah tasik yang diubah oleh tangan manusia. Pada asalnya, lokasi tasik tersebut sebenarnya pernah menempatkan sebuah pekan pelancongan kecil yang dahulunya sarat dengan aktiviti orang ramai. Kini, pekan itu ditenggelami air dan bagi mereka yang berminat melawatnya, pastikan anda memakai peralatan menyelam.

Sejarah 'Minnewanka Landing'

gambar asal pekan peranginan minnewanka

Dibuka pada tahun 1886, pekan kecil yang dikenali dengan nama Minnewanka Landing ini dikunjungi orang ramai, selepas pembukaan rumah peranginan bagi pengunjung. Lama kelamaan, ekoran kemajuan ekonomi yang pesat, pekan itu berkembang sehingga menampung banyak bangunan lain dengan tarikan utamanya ketika itu, adalah tasik yang memang sedia ada namun dalam saiz yang lebih kecil.

Perubahan ketara mula berlaku ke kawasan itu selepas projek pembinaan empangan oleh Calgary Power Co. bermula pada tahun 1912, menyebabkan air memenuhi beberapa bahagian di Minnewanka Landing. Walau demikian, perkara itu tidak menghalang kemajuan Minnewanka Landing dengan pembukaan lebih banyak bangunan serta lot tanah, bagi menambah bilangan kabin baru diteruskan.

tarikh empangan dibuat bandar dalam air

Perang dunia kedua melanda mengubah nasib pekan itu selama-lamanya. Oleh kerana ada rancangan membuka sebuah kilang pemprosesan ammonium nitrat di Calgary- yang akan digunakan sebagai bahan letupan semasa perang, ini menyebabkan beban keperluan kuasa elektrik bertambah selain daripada pertambahan jumlah penduduk.

Tasik Minnewanka dilihat berpotensi sebagai lokasi untuk pembukaan sebuah lagi empangan, yang akan menampung permintaan itu.

Pada 4 Jun 1941, pemimpin kerajaan Kanada mengumumkan kepentingan negara jauh mendahului segalanya jadi mereka mengambil keputusan untuk meneruskan pembinaan empangan kedua di Tasik Minnewanka.

Tasik Minnewanka diperbesarkan menjadi saiz yang dapat kita lihat sekarang. Empangan kedua yang dibina menyebabkan paras air naik melebihi 100 kaki tinggi seterusnya menenggelamkan pekan Mnnewanka Landing.

Pekan yang ditinggalkan dalam air

tiang empangan lama minnewanka

Kesemua penduduk yang telah menjadikan lokasi itu sebagai tempat tinggal mereka, selama lebih 53 tahun sebelum itu, diminta berpindah keluar kerana empangan baru yang telah berjaya dibina.

Air yang naik bukan saja telah menenggelamkan pekan kecil itu, malahan turut sama menenggelamkan empangan lama yang dibina lebih awal berikutan saiznya yang jauh lebih besar.

Ketika ini, satu-satunya cara untuk pengunjung 'melawat' pekan ini adalah melalui aktiviti penyelaman skuba dengan beberapa lokasi dalam air dijadikan tarikan utama. Lokasi paling menarik untuk mereka yang mahu mencuba adalah lokasi asal hotel terbesar di situ, yang masih tegak berdiri. Rumah yang ada masih boleh dimasuki dengan struktur jalan raya yang siap dibina masih lagi menghubungkan lokasi-lokasi yang telah ditenggelami air.

minnewanka bandar ditinggalkan dalam air

Walaupun cabaran menyelam di situ dikatakan sangat menakjubkan bagi yang dah mencuba, mereka yang telah merasainya mengakui cuaca yang sangat sejuk menyukarkan selaman.

Suhu yang sangat sejuk itu memberi cabaran besar pada penyelam, namun membantu untuk memelihara struktur pekan itu daripada reputan dan kerosakan. Kebanyakan struktur yang dibina menggunakan kayu masih lagi berkeadaan elok dilindungi suhu sejuk yang melambatkan proses pereputan.

Oleh kerana Minnewanka Landing masih terpelihara dengan baik walaupun telah tenggelam lebih 67 tahun, ini menjadikan lokasi tersebut kawasan menyelam yang berbaloi untuk dikunjungi, menyimpan pelbagai struktur menarik dalam air untuk diterokai mereka yang berani.

Rujukan

Divermag (fail PDF)


tags : , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)