Oleh pada 09 Oct 2017 kategori

Kredit foto: showbiz.liputan6.com

Penyanyi dan aktres jelita Indonesia, Luna Maya teruk dihentam gara-gara membuat kemunculan di sebuah majalah tempatan bersama seekor orang utan.

Yayasan Perlindungan Orang Utan Borneo (Borneo Orang Utan Survival Foundation) mengecam sesi fotografi penerbitan itu yang dianggap mengeksploitasi haiwan terancam.

Susulan itu, BOS Foundation mengeluarkan peringatan tegas di laman Instagram.

"Borneo Orang Utan Survival (BOS) Foundation berasa kecewa terhadap kandungan ini.

"Orang Utan adalah spesies terancam dan dilindungi di bawah undang-undang. Tidak selayaknya orang utan diperlakukan sebegini, dipromosi sebagai haiwan peliharaan atau permainan," tulis BOS Foundation.

Yayasan berkenaan mahu pihak terbabit faham tentang sensitiviti apabila melibatkan haiwan yang hampir pupus dan dilindungi.

Tidak setakat itu, netizen juga bangkit bersuara mempertikaikan tindakan tidak bertanggungjawab majalah berkenaan.

tangkap gambar dengan orang utan luna maya dihentam 2

Kredit foto: Astro Gempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)