Sukan memanjat dinding bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Di Malaysia sudah terdapat beberapa tempat yang menyediakan kemudahan untuk sukan ini. Dalam sukan ini, peserta perlulah memanjat ke puncak dan peserta yang mencatat masa terpantas akan dikira sebagai pemenang. Bagi anda yang gaya, sukan ini mungkin bukan untuk anda.
Tahukah anda, di bandar Groningen, Belanda terdapat dinding memanjat tertinggi di dunia yang dikenali sebagai Excalibur yang terletak di Klimcentrum Bjoeks (Bjoeks Climb Center). Selain daripada ketinggiannya yang begitu mencabar, rekabentuknya yang beralun memberikannya lebih cabaran kepada para peserta.
BESARKAN TEKS A- A+
Di pusat sukan ini, selain daripada Excalibur, terdapat pelbagai jenis dinding yang boleh dipanjat termasuklah bagi mereka yang baru pertama kali mencuba sukan ini. Pusat sukan ini telah dibuka pada 1996 oleh Gert van deer Veen dan rakannya, Alco Pols.
Bayangkan sekiranya anda Berjaya sampai ke puncak. Sudah tentu anda dapat melihat kawasan sekelilingnya yang sangat cantik. Bagi mereka yang gemarkan sukan lasak memanjat dinding, Excalibur merupakan satu perkara wajib yang anda cuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Sekiranya anda baru ingin menceburi sukan ini, di Malaysia terdapat beberapa tempat yang boleh anda kunjungi:
- Bolder Ventures, Subang Jaya, Selangor
- Putrajaya Challenge Park, Putrajaya
- Rockworld, Kulai, Johor Bahru
- Sabah Indoor Climbing Centre, Kota Kinabalu, Sabah
- Climb Asend, Kuching, Sarawak