Oleh pada 07 May 2017 kategori

Mekap atau produk kosmetik adalah alat atau bahan yang selalu digunakan oleh wanita-wanita untuk menghias diri. Mekap juga digunakan oleh mereka yang terlibat dalam industri perfileman, televisyen, dan sebagainya untuk mencapai bentuk wajah atau gaya yang direncanakan. Namun, mekap tidak dibuat untuk dipakai sepanjang hari dan tidak dibuat untuk tahan selama-lamanya.

simbol tarikh luput mekap11

Lama-kelamaan, produk kosmetik akan dibuang juga dan digantikan dengan mekap yang baru. Mekap lama makin kurang berkualiti, susah digunakan kerana mungkin keras atau warna pudar dan tidak menarik dan kadang-kadang tidak elok digunakan kerana boleh menyebabkan jangkitan kepada kulit akibat wujudnya bakteria di dalam mekap itu.

Sebagai pengguna mekap, anda perlu tahu bilakah anda harus membuang mekap anda. Namun, caranya tidaklah susah dan merumitkan. Sila lihat kepada mekap anda sekarang! Lihat pada label di belakang atau di bawah mekap anda. Terdapat beberapa simbol yang anda perlu faham fungsinya.

Terdapat simbol kecil di label mekap anda yang dikenali sebagai PAO atau Period After Opening simbol. Simbol kecil ini akan memberitahu anda bahawa berapa bulankah mekap anda ini boleh digunakan dengan selamat selepas anda membukanya.

simbol tarikh luput mekap 1

simbol tarikh luput mekap 2

PAO ini diperkenalkan pada label kosmetik pada tahun 2005 oleh European Commission, yang memerlukan semua produk kosmetik yang kitaran hidup selama 30 bulan atau lebih untuk meletakkan simbol ini. Bagi produk kosmetik yang mempunyai kitaran hidup kurang 30 bulan perlu meletakkan minima berapa bulan ataupun tarikh luput pada label produk.

Disebabkan itulah, anda boleh melihat simbol kecil ini pada setiap produk kosmetik atau mekap anda dan ini menyenangkan pengguna kerana boleh mengetahui berapa lama anda boleh menggunakannya. PAO ini bergantung kepada jenis-jenis mekap kerana produk yang berbeza dibuat daripada kandungan yang berbeza.

Kebiasaannya, produk seperti foundation, primer dan juga blusher dapat bertahan selama 24 bulan selepas dibuka. Bagi produk seperti lipstik, kebiasaannya adalah 12 sehingga 18 bulan. 

simbol tarikh luput mekap 3

simbol tarikh luput mekap 4

simbol tarikh luput mekap 6

Anda sudah tahu maksud simbol kecil itu di produk kosmetik anda? 

Sekarang, sila selongkar semua produk kosmetik anda dan rekodkan berapa bulan lagikah anda harus menggunakannya!


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)