Oleh pada 21 Sep 2018 kategori

Tahukah anda bahawa Nabi Muhammad S.A.W. (Rasulullah) pernah menghantar surat-surat kepada para pemerintah kerajaan lain pada waktu itu, bagi menjemput mereka untuk menerima Islam? Siapa sangka surat-surat yang dihantar baginda masih wujud dalam keadaan baik sehingga kini. 

Perancangan Rasulullah Bagi Menyampaikan Dakwah Islam

penyebaran dakwah islam

BESARKAN TEKS     A-  A+

Selepas pulang ke Madinah dari Perjanjian Hudaibiya, Nabi Muhammad S.A.W. telah membuat sebuah perancangan baharu bagi menyebarkan dakwah Islam kepada umum.

Apabila baginda memberitahu para Sahabat tentang pelan berkenaan, ada sebahagian daripada mereka yang sudah terbiasa dengan adat dan tatacara raja-raja empayar purba memaklumkan kepada Rasulullah bahawa selalu para raja tidak akan melayan surat-surat yang tidak mempunyai cop rasmi. 

Oleh itu, sebuah cop rasmi telah dibuat untuk Rasulullah, sebagai mewakili pemerintah kerajaan Islam yang baharu berkembang pada ketika itu. Cop tersebut mempunyai diukir dengan perkataan, 'Muhammad Rasulullah'. Sebagai penghormatan kepada Tuhan Yang Maha Esa, nama Allah diletakkan di atas, dibawahnya perkataan Rasul, dan paling bawah sekali nama Muhammad. 

Jemputan kepada Islam tersebut sebenarnya adalah jemputan untuk mempercayai tentang Keesaan Tuhan yang satu, dan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. itu adalah utusan-Nya. Antara surat yang dihantar ada menyebut tentang sekiranya Heraclius menjadi seorang Muslim, baginda akan diberi ganjaran dua kali ganda, merujuk bahawa Islam yang mengajar percaya kepada kedua-dua Jesus (Isa A.S.) dan baginda Rasulullah. 

Umum mengetahui bahawa Rasulullah merupakan seorang yang tidak pandai membaca mahupun menulis. Jadi siapakah sebenarnya yang menulis surat-surat tersebut bagi pihak baginda? Terdapat beberapa pendapat yang mengatakan bahawa tulisan yang dilihat pada surat-surat ini adalah hasil tulisan tangan sahabat paling rapat baginda, iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq. 

Pada bulan Muharram 628 Masihi, beberapa utusan telah dihantar ke beberapa ibu kota, di mana setiap daripadanya membawa sepucuk surat daripada Rasulullah sebagai jemputan terhadap para pemerintah atau raja-raja kepada Islam.

Antara para pemerintah yang dihantar utusan kepada mereka termasuklah Maharaja Byzantine (Rom Timur), Raja Ethiopia (Abyssinia), Gabenor Bahrain, Muqawqis Mesir dan Raja Parsi.

Kandungan Surat Rasulullah Kepada Maharaja Byzantine (Heraclius)

surat rasulullah kepada maharaja rom heraclius

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pemberi Rahmat.

Daripada Muhammad, hamba dan utusan Allah kepada Heraclius, pemimpin Rom.

Salam sejahtera kepada orang yang mengikuti petunjuk. Selain itu, saya menjemput kamu dengan jemputan keamanan. Sekiranya kamu menegakkan keamanan, maka kamu akan mendapat keamanan, Allah akan memberi ganjaran dua kali ganda. Sekiranya kamu berpaling, kamu akan menanggung dosa orang-orang Arian.

Katakanlah, 'Wahai Ahli Kitab, sampaikanlah kata-kata yang adil antara kami dan kamu, bahawa kami tidak akan menyembah kecuali Allah dan tidak mempersekutukan sesuatu dengan-Nya dan tidak mengambil satu sama lain sebagai tuhan-tuhan selain Allah.' Tetapi jika mereka berpaling, maka katakan, 'Berilah saksi bahawa kita adalah umat Islam [menyerahkan diri kepada-Nya].' (Quran 3:64).

Kandungan Surat Rasulullah Kepada Raja Ethiopia (Raja Habasyah Najasyi)

surat rasulullah kepada raja habsyah najasyi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dari Muhammad hamba Allah dan utusan Allah kepada Najasyi Raja Habasyah. 

Keselamatan bagi orang yang mengikuti petunjuk.

Selamat sejahtera kepada kamu bahawa saya bersyukur kepada Allah untuk kamu. Allah, tidak ada Tuhan selain Dia, Yang Maha Menguasai, Maha Suci, Maha Penyelamat, Maha Pemberi Aman dan Maha Pembeda. Saya bersaksi bahawa Isa anak Maryam roh Allah (Spirit of Allah), dan firman-Nya yang diberikan kepada Maryam yang suci lagi perawan, lalu ia hamil dari roh dan tiupan-Nya, sebagaimana Ia menciptakan Adam dengan tangan-Nya.

Saya mengajak kamu kepada Allah Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya, mematuhi dengan ketaatan kepada-Nya dan untuk mengikuti saya dan mempercayai apa yang saya bawa. Saya Rasulullah, saya mengajak kamu dan para pasukanmu kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi. Saya telah menyampaikan pesan dan memberi nasihat, maka terimalah nasihat. Keselamatan bagi orang yang mengikuti petunjuk. 

Kandungan Surat Rasulullah Kepada Gabenor Bahrain (Munzir ibn Sawa Al Tamimi)

surat rasulullah kepada gabenor bahrain munzir

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Dari Nabi Muhammad S.A.W. kepada Munzir bin Sawa, semoga kesejahteraan bersama kamu.

Saya memuji Allah, Tuhan Yang Satu dan tiada yang boleh disembah melainkan Dia. Saya naik saksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah dan Rasul-Nya. Kemudian, saya mengingatkan kamu kepada Allah.

Sesiapa yang menerima peringatan melakukannya untuk kebaikannya sendiri. Barang siapa yang menerima pengikutku dan bertindak menurut bimbingan mereka; dia, sebenarnya, mengikut saya dan menerima nasihat saya.

Para pengikutku sangat memuji kelakuan kamu. Kamu akan terus berada di pejabat kamu sekarang. Kamu harus tetap setia kepada Allah dan Nabi-Nya. Saya menerima cadangan kamu berkenaan rakyat Bahrain. Saya memaafkan kesalahan para pesalah.

Oleh itu, kamu juga boleh memaafkan orang-orang Bahrain yang mahu meneruskan iman mereka sama ada Yahudi mahupun Majusi, dan mereka harus  membayar Jizia. 

Kandungan Surat Rasulullah Kepada Muqawqis Mesir (Cyrus a.k.a Pemerintah Mesir)

surat rasulullah kepada muqawqis mesir

Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dari Muhammad hamba Allah dan utusan-Nya kepada Muqauqis raja Qibthi.
Keselamatan bagi orang yang mengikuti petunjuk.

Aku mengajakmu dengan ajakan Islam. Masuklah Islam maka kamu akan selamat. Masuklah Islam maka kamu akan diberikan Allah pahala dua kali ganda. Jika kamu menolak maka atasmu dosa penduduk Qibthi.

“Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang orang yang berserah diri (kepada Allah)” (QS ali Imran 3:64). (Al-Mawahib al Laduniyah).”

Kandungan Surat Rasulullah Kepada Raja Parsi (Kisra Abrawaiz)

surat rasulullah kepada raja parsi kisra abrawaiz

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad Rasulullah kepada Kisra Raja Persia.

Keselamatan bagi yang mengikuti petunjuk, yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan aku adalah utusan Allah kepada semua umat manusia, untuk memberi peringatan bagi siapa yang hidup. Masuklah Islam maka kamu akan selamat, dan jika kamu mengabaikannya maka atasmu dosa orang orang Majusi.

*Kandungan surat-surat ini diambil daripada bahasa Inggeris sebelum diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Terjemahan surat ini mungkin sedikit berbeza dengan kandungan versi asal. 

Sumber & Rujukan Tambahan:

  1. cyberistan.org
  2. islam.ru
  3. english.alarabiya.net
  4. en.wikipedia.org



Hakcipta iluminasi.com (2017)