single baru aiman tino sufian suhaimi berentak rancak

Pastinya peminat penyanyi remaja, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi berasa cukup teruja apabila mereka berdua dikhabarkan bakal muncul dengan single ketiga masing-masing yang berentak rancak.

Selain itu, Sufian juga akan mengeluarkan dua buah lagu pada masa akan datang yang mana antaranya merupakan lagu raya.

Liriknya sudah ada tetapi belum ada judul yang sesuai. Kali ini saya cuba membawa konsep lebih rancak dan ceria kerana mahu menjadi lebih versatil. Saya tidak mahu kekal pada satu genre yang sama saja. Konsep lagu terbaru itu nanti akan lebih meraikan cinta berbanding meratapi cinta.

Sementara itu, lagu terbaru Aiman Tino itu pastinya memberikan kelainan kepadanya yang memang terkenal dengan lagu balada dengan lirik tentang seorang jejaka yang menghidapi penyakit dan menunggu ajal.

Mula dipasarkan sekitar bulan Julai akan datang, album ketiga Aiman dikhabarkan masih mengekalkan konsep jiwang namun sedikit rancak.

Sumber: Harian Metro


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)